tatod Publish time 4-4-2025 08:43 PM

seismik Ramai Pasangan Bercerai Di Usia Emas Akibat Suami Ketagihan Media Sosial - Pakar



Seorang pakar Perunding Kaunselor Kekeluargaan dan Perkahwinan mendedahkan bahawa banyak kes perceraian melibatkan pasangan berumur 50 tahun ke atas berpunca gara-gara akibat ketagihan media sosial

Menurut laporan Sinar Harian, Hushim Salleh berkata penggunaan aplikasi seperti TikTok dan Facebook, terutamanya dalam kalangan suami menyebabkan menyebabkan hubungan yang dibina bertahun lamanya akhirnya hancur begitu sahaja.

Difahamkan, trend perceraian di usia tua kini dilihat semakin meningkat apabila rekod kes yang dikendalikannya mencecah purata tiga kes perceraian setiap bulan sejak Januari lalu.



"Ketagihan terhadap media sosial kini menjadi penyumbang utama kepada perceraian selepas lebih 20, 30, atau 40 tahun berkahwin.

"Ramai isteri mengadu bahawa suami mereka terlalu asyik dengan TikTok, sering tersenyum dan ketawa sendirian serta mengabaikan komunikasi dengan mereka.

"Situasi ini menyebabkan isteri berasa kesunyian, lebih- lebih lagi apabila pada usia ini, pasangan suami isteri biasanya hanya tinggal berdua di rumah. Anak-anak pula sudah tamat belajar, bekerja, dan berkahwin, lalu menetap secara berasingan," katanya.

Salah satu punca isteri membuat keputusan untuk bercerai adalah kerana kurang komunikasi dalam rumah tangga

Apabila kurang komunikasi antara pasangan, maka semakin sukar untuk berbincang bersama pasangan.

Menurut Hushim lagi, hampir separuh daripada kes yang dikendalikannya berakhir dengan perceraian.

Hal tersebut berlaku kerana si suami tidak menunjukkan sebarang perubahan selepas sesi kaunseling.



"Mereka yang nekad bercerai sering mengatakan keputusan itu dibuat kerana mereka sudah lama tidak bahagia. Selama ini, mereka bertahan demi anak-anak yang masih kecil, tetapi kini, apabila anak-anak sudah dewasa, mereka memilih untuk mengakhiri perkahwinan yang tidak membahagiakan.

"Masalah rumah tangga yang tidak diselesaikan dan diperbaiki juga menjadi punca utama berlakunya perpisahan.

"Saya sedang menangani dua kes isteri yang keluar rumah dan enggan pulang. Mereka lebih selesa tinggal di rumah anak dan meluangkan masa dengan cucu kerana merasakan tiada makna untuk kembali ke rumah sendiri jika suami hanya sibuk dengan telefon.

"Ada juga isteri yang sudah bersara merancang untuk tinggal di rumah jagaan warga emas yang moden dan berbayar.

"Mereka berpendapat bahawa tinggal di rumah jagaan lebih menyeronokkan kerana dapat berinteraksi dengan rakan sebaya, berbanding hidup dalam kesunyian di rumah sendiri," tambahnya.

Hushim sempat memberi teguran agar golongan suami lebih bijak mengawal penggunaan media sosial dan gajet untuk mengelakkan rumah tangga yang dibina bertahun-tahun hancur

"Suami perlu belajar menjadi pasangan yang romantik kerana ia mampu mengeratkan kembali hubungan suami isteri.

"Mereka juga perlu menjadikan isteri sebagai sahabat, tempat bergurau senda, dan teman berbual.

"Komunikasi amat penting dan tidak boleh diabaikan, kerana ia menjadi faktor utama dalam kebanyakan kes penceraian. Selain itu, suami juga perlu mempunyai empati terhadap isteri," tegasnya. - Seismik



Pages: [1]
View full version: seismik Ramai Pasangan Bercerai Di Usia Emas Akibat Suami Ketagihan Media Sosial - Pakar


ADVERTISEMENT