tatod Publish time 4-4-2025 08:49 PM

Pemilik 99 Speed Mart Jutawan Keempat Terkaya Di Malaysia, Buktikan OKU Juga Boleh Berjaya



Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd iaitu Lee Thiam Wah dilaporkan menjadi jutawan keempat terkaya di Malaysia

Menurut laporan Berita Harian, keuntungan syarikat berkenaan naik sebanyak RM2 bilion selepas ia merekodkan tawaran awam permulaan (IPO) terbesar di Malaysia dalam tempoh tujuh tahun, sejak penyenaraian Lotte Chemical Titan Holding Bhd yang bernilai RM3.77 bilion pada 2017 pada harga RM1.65 seunit.

Difahamkan, kaunter 99 Speed Mart dijual pada RM1.90 sesaham yang memberi nilai pasaran sebanyak RM15.9 bilion dan menambah kekayaan bersih Thiam Wah sebanyak RM2 bilion.

Berdasarkan harga saham RM1.90, kekayaan bersih Thiam Wah mencecah sehingga RM13 bilion!



Ini secara tidak langsung telah menempatkan beliau sebaris dengan bilionair seperti Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Sunway, Tan Sri Dr Jeffrey Cheah yang berada di tangga kelapan dalam senarai 50 individu terkaya Malaysia Forbes (AS$2.4 bilion) dan tokoh korporat Genting Bhd, Tan Sri Lim Kok Thay (AS$2.2 bilion)

Menurut laporan juga, Thiam Wah memegang 28.2 peratus kepentingan langsung dan 51.5 peratus kepentingan tidak langsung dalam 99 Speed Mart melalui syarikat miliknya, Lee LYG Holdings Sdn. Bhd.

Sedikit info tentang kisah hidup beliau, Lee Thiam Wah tidak dapat menggunakan kakinya sejak kecil akibat polio.

Walaupun menghadapi kesukaran untuk bergerak seperti orang lain, beliau berjaya membuktikan kejayaan dalam industri runcit.



Bermula dengan jual makanan ringan tepi jalan

Disebabkan tidak mampu untuk meneruskan pembelajaran hingga ke sekolah menengah, beliau mengisi masa lapang dengan menjual makanan ringan di tepi jalan.

Thiam Wah membuka sebuah kedai runcit yang dikenali sebagai Pasar Raya Hiap Hoe di Klang paada 1987 ketika berusia 23 tahun. Difahamkan ia adalah hasil daripada wang yang dikumpulnya hasil jualan makanan ringan.

Selepas itu, kedai tersebut telah diambil alih dan dijenamakan semula kepada 99 Speedmart.

Kini, beliau memiliki lebih daripada 2,600 cawangan di seluruh negara dan berhasrat untuk mencapai 3,000 cawangan beroperasi menjelang 2025. - Seismik

Pages: [1]
View full version: Pemilik 99 Speed Mart Jutawan Keempat Terkaya Di Malaysia, Buktikan OKU Juga Boleh Berjaya


ADVERTISEMENT