Perdagangan, penjajahan faktor penyerapan bahasa asing
KUALA LUMPUR: Pengaruh bahasa asing dalam bahasa Melayu termasuk bahasa sukuan tidak boleh dinafikan dalam usaha memperkayakan perbendaharaan kata selain menambah kosa kata dan variasi terutama dalam aspek budaya, alam sekitar serta kehidupan tradisional.
Dalam konteks bahasa asing, pengaruh bahasa seperti Sanskrit, Arab, Portugis, Belanda, Tamil berlaku bukan sekadar disebabkan oleh hubungan perdagangan tetapi juga atas faktor penjajahan.
Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dr Hazami Jahari, berkata pengaruh bahasa asing misalnya Sanskrit sudah muncul sejak zaman kerajaan Hindu-Buddha di alam Melayu, sekitar abad kelima hingga ke-13.
Justeru, banyak perkataan dalam bidang agama, kesusasteraan, pentadbiran, dan falsafah berasal daripada bahasa ini, antaranya raja, putera, pustaka, syurga, neraka, agama, dunia dan manusia.
"Selain Sanskrit, bahasa Arab juga turut diserap masuk dalam bahasa Melayu dan ia berlaku seiring dengan kedatangan Islam ke Nusantara sejak abad ke-13.
"Perkataan-perkataan yang digunakan dalam bidang agama, pentadbiran, dan perdagangan banyak diambil daripada bahasa Arab, misalnya ilmu, hikmah, wahyu, maklumat, adil, zakat dan nikah," katanya.
penjajahan faktor penyerapan bahasa asing
facebook sharing buttonwhatsapp sharing buttontwitter sharing buttonemail sharing button
Isnin, 7 April 2025, 7:46pm
Cari kata kunci
Minda Pembaca
Komentar
Agama
Sastera
Kolumnis
Lain-lain (Rencana)
Perdagangan, penjajahan faktor penyerapan bahasa asing
Oleh Haliza Mohamad - April 7, 2025 @ 12:28pm
[email protected]
facebook sharing buttonwhatsapp sharing buttontwitter sharing buttonemail sharing button
Penjajahan, perdagangan menjadi faktor penyerapan bahasa asing ke dalam bahasa Melayu seperti Inggeris, Sanskrit, Arab, Portugis, Belanda, Tamil berlaku. Gambar hiasan
Penjajahan, perdagangan menjadi faktor penyerapan bahasa asing ke dalam bahasa Melayu seperti Inggeris, Sanskrit, Arab, Portugis, Belanda, Tamil berlaku. Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Pengaruh bahasa asing dalam bahasa Melayu termasuk bahasa sukuan tidak boleh dinafikan dalam usaha memperkayakan perbendaharaan kata selain menambah kosa kata dan variasi terutama dalam aspek budaya, alam sekitar serta kehidupan tradisional.
Dalam konteks bahasa asing, pengaruh bahasa seperti Sanskrit, Arab, Portugis, Belanda, Tamil berlaku bukan sekadar disebabkan oleh hubungan perdagangan tetapi juga atas faktor penjajahan.
Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dr Hazami Jahari, berkata pengaruh bahasa asing misalnya Sanskrit sudah muncul sejak zaman kerajaan Hindu-Buddha di alam Melayu, sekitar abad kelima hingga ke-13.
ADVERTISEMENT
Powered By VIDCRUNCH
Cars stock video 1 5Feb25Cars stock video 1 5Feb25
Justeru, banyak perkataan dalam bidang agama, kesusasteraan, pentadbiran, dan falsafah berasal daripada bahasa ini, antaranya raja, putera, pustaka, syurga, neraka, agama, dunia dan manusia.
Disyorkan
Selangor tawar 100 rumah sementara kepada mangsa kes letupan paip gas
Polis siasat individu guna gelaran 'Datuk Seri' tidak sah dalam FB, dakwa kurniaan Sultan Selangor
MB Selangor mohon maaf tindakan isteri
'Lagu Allah Lanjutkan Usia Sultan bukan Negaraku' - KPM
Menyambut Syawal dengan kesyukuran
Menyambut Syawal dengan kesyukuran
▶︎ 0:24
Ucapan Hari Raya mengikut sunnah
Ucapan Hari Raya mengikut sunnah
▶︎ 4:46
Berpuasa 6 hari di bulan Syawal
Berpuasa 6 hari di bulan Syawal
▶︎ 0:24
Pahala berganda bagi orang yang berpuasa
Pahala berganda bagi orang yang berpuasa
▶︎ 0:24
Ramadan pembebasan daripada api neraka
Ramadan pembebasan daripada api neraka
▶︎ 0:24
Kalori tersembunyi: Air bandung
Kalori tersembunyi: Air bandung
▶︎ 1:02
Al-Rayyan untuk orang berpuasa
Al-Rayyan untuk orang berpuasa
▶︎ 0:24
"Selain Sanskrit, bahasa Arab juga turut diserap masuk dalam bahasa Melayu dan ia berlaku seiring dengan kedatangan Islam ke Nusantara sejak abad ke-13.
"Perkataan-perkataan yang digunakan dalam bidang agama, pentadbiran, dan perdagangan banyak diambil daripada bahasa Arab, misalnya ilmu, hikmah, wahyu, maklumat, adil, zakat dan nikah," katanya.
Hazami berkata, pengambilan perkataan daripada bahasa lain misalnya Cina, Portugis dan Belanda juga berlaku disebabkan faktor hubungan perdagangan malah penjajahan.
Mengambil contoh pengaruh bahasa Cina, ia dikaitkan dengan hubungan perdagangan antara pedagang Cina dan kerajaan-kerajaan Melayu sejak zaman Srivijaya dan Melaka. Begitu juga halnya dengan pengaruh bahasa Tamil yang dikaitkan dengan hubungan perdagangan dan migrasi masyarakat India Selatan ke alam Melayu. Susulan itu, banyak istilah berkaitan makanan, perniagaan, dan budaya berasal daripada bahasa itu misalnya canai, kedai, kolam.
Katanya, banyak perkataan berkaitan makanan, perniagaan, dan budaya berasal daripada bahasa Cina, antaranya tauke, laci, teh, bihun, cawan, camca dan cincau.
"Faktor penjajahan juga boleh dikaitkan dengan penyerapan perkataan-perkataan bahasa asing ke bahasa Melayu.
"Misalnya setelah penjajahan Portugis di Melaka pada tahun 1511, beberapa perkataan dalam bahasa Portugis diserap ke dalam bahasa Melayu antaranya bendera, almari, garpu, jendela dan kereta.
"Begitu juga halnya dengan bahasa Belanda. Susulan penjajahan di beberapa wilayah di alam Melayu seperti di Indonesia, pengaruhnya mula kelihatan dalam bahasa Melayu. Namun ia kurang ketara berbanding dengan Portugis dan Inggeris.
"Bagaimanapun, hari ini masih terdapat beberapa perkataan yang kekal digunakan dalam bahasa Melayu, contohnya kamar, senapang, duit dan engsel," katanya.
Tambahnya, pengaruh bahasa Inggeris pula berlaku secara ketara sejak era kolonialisme British di Tanah Melayu dan Borneo. Susulan itu banyak istilah dalam bidang sains dan teknologi diambil daripada bahasa itu dan diserap masuk ke bahasa Melayu antaranya polis, televisyen, komputer, bas, tayar, mesin, fail, hospital, doktor dan kelas.
Bagaimanapun katanya, bahasa Melayu juga turut diperkayakan dengan bahasa sukuan. Antara yang biasa ditemukan adalah perkataan-perkataan misalnya daripada bahasa Jawa, Bugis dan Minangkabau dan ia sudah berlaku sejak zaman Kesultanan Melaka atas faktor penghijrahan.
Bahasa Melayu katanya menyerap banyak perkataan daripada bahasa-bahasa serumpun, terutamanya dalam perbendaharaan kata sehari-hari dan budaya. Antaranya tatanan/ aturan (Jawa), tatakrama/sopan santun (Jawa), awet (Jawa), unjut/bungkusan (Minangkabau)
"Selain itu, bahasa sukuan Sabah dan Borneo juga turut diserap masuk misalnya, paling terkini dan sudah dirakamkan dalam Kamus Dewan Perdana ialah jerayawara, merarau, ruai dan somet (Sarawak), manakala ambuyat, meridap dan bersindau (Sabah)
"Penggunaan bahasa sukuan ini dapat membantu melestarikan bahasa asalnya. Namun dalam masa sama, kata yang hendak diangkat itu mestilah memberikan ketepatan makna, konsep, proses, keadaan atau ciri yang hendak disampaikan, singkat dan tidak mempunyai konotasi buruk sebelum kelulusan diberikan oleh sebuah jawatankuasa yang dilantik," katanya.
Hazami berkata, perkataan daripada bahasa asing atau sukuan akan dipertimbangkan untuk diserap masuk jika bahasa Melayu belum mempunyai istilah yang setara atau jika perkataan sedia ada tidak dapat menggambarkan konsep dengan tepat.
Mengambil contoh perkataan tagal dari bahasa Kadazandusun, ia merujuk kepada sistem larangan menangkap ikan dalam tempoh tertentu kerana konsep ini unik kepada budaya mereka.
Perkataan yang mencerminkan identiti budaya sesuatu masyarakat juga boleh diambil untuk mengekalkan nilai sejarah dan warisan bangsa, misalnya Ranyai (dari bahasa Iban) yang merujuk sejenis pokok buatan dalam perayaan Gawai Dayak.
Katanya, ketika ini pendokumentasian bahasa sukuan dilaksanakan oleh DBP Cawangan Sabah dan DBP Cawangan Sarawak. Ia merangkumi pembinaan kamus bahasa sukuan, pengumpulan leksikal bahasa sukuan dan penyelidkan bahasa sukuan.
Antara bahasa yang sedang ditangani termasuklah Lundayeh, Dumpas, Kadazandusun dan Bisaya dari Sabah manakala Bidayuh Bau, Kedayan, Kayan, Matu Daro, Tering, Sekapan dan Lun Bawang (Sarawak). - BH Online
Pages:
[1]