zasrfikri Publish time 8-5-2025 01:05 AM

ANITA SARAWAK : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN

GALAKSIVIRAL - Penghibur Terulung. Biduanita Nusantara. Legenda Muzik Nusantara. Itulah Anita Sarawak. Satu nama yang cukup gah dan besar di dalam industri muzik Malaysia, Singapura dan juga Indonesia. Beliau cukup dikenali sebagai penghibur versatile dan kebijaksanaan beliau dalam menyanyikan pelbagai jenis lagu dengangaya teknik vokal yang tersendiri dan mantap. Muzik dan lagu beliau juga selalu melangkaui trend muzik zaman tersebut dan dikagumi ramai. Beliau juga sentiasa melakukan inovasi dalam persembahan pentas, imej dan vokal agarsentiasa kekal relevan dan disukai ramai peminat. Oleh yang demikian, jom kita baca info ringkas dan lagu apakah yang paling popular daripada Biduanita Anita Sarawak.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjYnwaZV7jMzFSeJaVLDIxxDMFylhvxdSIDxt5xbTWfcDOEEY13ARkTc6YHcTFE8V-Aq5E6upfu6FN0lG3YR_9v65h1qTlgIdRwgnq6q0j_eUHpw9zU2BZ5WAmAv-MgNCoYOQp21whVTGaFDsnVp1rhK2061bo3Jj6xi264A6uuB4zknFpNadug_spsloE/w271-h360/unnamed.jpg


BIODATA RINGKAS ANITA SARAWAKNamaPenuh : Ithnaini binti Mohd Taib
Tarikh Lahir : 23 Mac 1952
Tempat Lahir : Singapura
Tahun Aktif : 1956 - kini
Album Solo Studio : 22
1972 - La La Lu Lu
1973 - Beautiful Sunday
1974 - Antara Aku Dan Dia
1975 - Live At Mandarin Singapore
1975 - Anita
1977 - Love Me
1976 - Sophiscated Lady
1976 - Berdendang Bersama Anita
1978 - Dancing In The City
1978 - The Way I Feel Tonight
1979 - Anita Sarawak
1979 - Gayamu Biar Sederhana
1981 - For The Love
1982 - Damai
1984 - Bawalah Daku Pergi
1985 - Dunia Oh Dunia
1985 - Aku Menyayangimu
1989 - Asmara
1990 - Cinta Nan Satu
1992 - Antara Yang Manis
2004 - Seksis
2005 - Another Dimension


ANITA SARAWAK
12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN

01. AKHIRNYA KINI PASTI
Komposer : Mazlan Hamzah
Penulis Lirik : Johan Nawawi
Album : Asmara
Tahun : 1989
Catatan : Lagu ini adalah salah satu lagu wajib hampir kesemua pertandingan nyanyian di Malaysia sejak era 90 an sehinggalah kini. Lagu yang muziknya agak ke depan pada masa itu menjadikan lagu ini cepat menjadi perhatian peminat dan sangat popular dikalangan peminat seni tempatan. Ditambah pula vokal mantap nyanyian Biduanita Anita Sarawak yang penuh berkarakter dan berwarna, menjadikan lagu ini bertambah eksklusif dan mahal.

Video Lagu Akhirnya Kini Pasti


02. TRAGEDI BUAH APEL
Komposer : Ithnix
Penulis Lirik : Ithnix
Album : Bawalah Daku Pergi
Tahun : 1984


Catatan : Lagu ini sangat popular di Nusantara sejak ia diterbitkan sehinggalah kini. Terdapat banyakversi nyanyian lagu ini baik di Malaysia mahupun di Indonesia. Lagu ini merupakan lagu signature Biduanita Anita Sarawak di Indonesia terutamanya.


Video Lagu Tragedi Buah Apel


INFO LANJUT BOLEH BACA DI LINK INI >>> https://galaksiviral.blogspot.com/2025/05/anita-sarawak-12-lagu-paling-popular.html

manopBKK Publish time 18-12-2025 08:48 AM

NamaPenuh : Ithnaini binti Mohd Taib :lol:
Pages: [1]
View full version: ANITA SARAWAK : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN


ADVERTISEMENT