10pp:
...mencintailah seadanya, jangan biar cinta bermusim tumbuh di ladang hatimu...
CNM
10pp:
...kejujuran bukan hanya di pentas, kejujuran perlu walau di kamar...
CNM
10pp: pedih
...mampukah dikutip pedih yang berserakan dalam segenap denyutan nadi kepiluan...
CNM
10pp;
...gelap malam hanya rutin, ia akan berlalu pergi setibanya mentari...
CNM
10pp
...malam berbunga
kembang menyemarakkan haruman cinta
dan hangatan asmara bergelora...
CNM
10pp
...kubekalkan setitis penawar rindu buatmu tika jarak dan masa memisahkan...
CNM
10pp:
...amarah akan membakar jiwamu, apabila dingin ia hanya meninggalkan debu...
CNM
10pp
...perlukah bernada tinggi sentiasa?
kerana yang mendengar pelbagai cita rasa...
CNM
10pp:
...seramai mana pun kenalan jatuh bangun selalunya tetap sendiri juga...
CNM
10pp
...belajarlah berdiri dengan kaki sendiri, andai jatuh tak menyusahkan sesiapa...
CNM
10pp : laut itu
laut itu,
seperti juga aku
tidak pernah
mengenal erti jemu...
ctjunedasuki Last edited by ctjunn on 18-4-2013 02:10 PM
10pp: penjara janji
penjara janji ini
mengajar aku erti berani
biar cuma sendiri.....
ctjunndasuki Last edited by ctjunn on 18-4-2013 02:13 PM
10 pp : kekalahan
sungguh tidak pernah
aku terfikir bahawa
kekalahan ini
menyesakkan hati......
ctjunndasuki Last edited by ctjunn on 18-4-2013 02:12 PM
10 pp: kota hati
kota hati ini
kudirikan dengan
jambangan kasih
dan butir harapan.......
ctjunndasuki Last edited by ctjunn on 18-4-2013 02:12 PM
100 pp: perjalanan
perjalanan ini
sementara cuma
sebelum aku bermukim
di lembah pengabadian.
ctjunndasuki
100pp:cermin
cermin ini
tidak pernah
sekalipun cukup
untukku mentafsir
biasan hati.
ctjunndasuki Last edited by ctjunn on 18-4-2013 02:33 PM
10 pp: bukan aku
bukan aku
yang meminta engkau pergi
setelah realiti berganti mimpi...
ctjunndasuki
100pp: belajar
biarkanlah
aku berguru lagi
cuma kali ini
sendiri tanpa kamu....
ctjunndasuki
10pp
...ujian datang dan pergi, pastikan ketabahan teguh menyebati dalam diri...
CNM
10pp: bukan
bukan enggan
menunggumu
seperti selalu
cuma aku
sudah tahu malu...
ctjunndasuki