10pp
Airmata mahupun senyuman,
bukanlah cerminan wajah hati,
tak siapa tahu.
CNM
10pp
aku ingin terbang ke alam bawah sedar, dengan menunggang mimpi.
CNM
10pp@3-3-4
Saat hati berbunga,
hanya yang indah,
tertabir pada pandangan mata.
CNM
10pp
Hujan memaksaku memadu kasih bersama puisi di laman maya ini.
CNM
10pp
andai tiada lagi air matamu untuk ditangiskan, maka berikan senyuman.
CNM
10pp
Siapa periksa esok?
siapa jaga periksa esok?
masuk tidur awal...
CNM
10pp
Hujan berteduh,
Mentari menyeri,
senyum jangan keruh,
salam selamat pagi.
CNM
10pp
Kutuliskan nama di dada rindu, buat tatapanmu di angin lalu.
CNM
10pp
Mentari pagi meluapkan wangian rindu yang menguntum di tangkai hati.
CNM
10pp
Bukan senang membuka minda remaja yang dalam kemaruk keseronokan dunia.
CNM
10pp
kita tak akan lupa, andai kita yang mencipta sendiri pengalaman.
CNM
10pp
menuding itu mudah,
membuang ego itu payah,
mari sama-sama muhasabah.
CNM
10pp
berjanji
seribu kali lebih mudah,
melunaskannya teramat payah,
jika berhelah.
CNM
10pp@3-3-4
Bila sepi bertamu,
bahasa terpasung kelu,
kata-kata membeku tidak berlagu.
CNM
10pp
bicara orang tua yang pahit, menyimpan kemanisan yang tak terduga.
CNM
10pp
Hujan berhenti
mentari kembali
awan berlalu pergi
muncul pelangi menyeri...
CNM
10pp
jika tidak mampu membantu, usah menambah parah luka di jiwa.
CNM
10pp
tiada berguna sesen untuk berbicara dengan mereka yang buta hati.
CNM
10pp
tangisan dijadikan mata wang buat membeli simpati di kedai hati.
CNM
10pp
Selamat pagi,
berikan senyuman berseri,
menawan hari,
dengan wajah suci...
CNM