10pp
...sepandai mana pun kita berenang, jangan sesekali cuba melawan arus...
CNM
10pp: kehilangan
masih seperti semalam
camarku yang hilang
tetap enggan pulang
kepangkuan
ctjunndasuki
10pp: izinkanlah
izinkanlah aku
mampir di birai hatimu
buat seketika
berkongsi hiba
ctjunndasuki
10pp
..sebarang rintihan,
selidiki sebelum jadi tragedi,
sesal dulu pendapatan lumayan...
CNM
10pp : sepi
sepi itu
ialah temanku
yang paling akrab
semenjak engkau pergi
ctjunndasuki
10pp: rindumu
rindumu sedari tadi
masih ada di sini
enggan juga pergi
ctjunndasuki
10pp: percuma
cintaku untukmu
percuma
sayangku padamu
juga percuma
hanya perlu kaubaja
ctjunndasuki
10pp: mana mungkin
mana mungkin
kubisa tersenyum
kalau engkau
enggan berpaling
lagi padaku
ctjunndasuki
10pp
hah! kenapa senyum?
terbau wangian?
Ooo! patutlah malam jumaat...
sila...
CNM
10pp: malam
malam
jangan kau pergi
sebelum aku
lena dalam
dakapan mimpi
ctjunndasuki
10pp
...ada yang menerkam
ada yang diterkam
karam dalam pekat malam...
CNM
10pp
eh! senyum pepagi
apa mimpi malam tadi
tentu menyenang hati...
CNM
10pp: malam tadi
malam tadi
aku bermimpi
kau datang
menyapa hati
lalu pergi.....
ctjunndasuki
10pp:aku ingin
aku ingin
bicara denganmu
tentang masa laluku
hamparlah waktumu
untukku
ctjunndasuki
10pp: kutitipkan
kutitipkan
puisi ini untukmu
sebelum aku pergi
tunggu aku pulang....
ctjunndasuki
10pp
...catitlah kerana nanti kita akan lupa sesuatu yang kita dengar...
CNM
10pp:
...bukalah mata kerana kita akan ingat apa yang kita lihat...
CNM
10pp:
...dengan melakukan sendiri sesuatu tugasan, pemahaman berada di tahap maksima...
CNM
10pp
...sepi merindu bisa menghadirkan titis pilu nan sayu tanpa diundang...
CNM
10pp
...debaran tatkala matamu bertautan jadi petanda bahawa hatimu telah tertawan...
CNM