10pp
di mana kamu teman, membiarkan aku sendirian menarikan jemari sepi.
CNM
10pp
cukupkah ilmu,
sering kali membuai diri,
dengan pegangan belum pasti.
CNM
10pp
berhenti dan berfikir,
lebih bijak dari terus berjalan mundar mandir.
CNM
10pp: Selamat Pagi
Selamat pagi teman,
senyumlah bagai rembulan,
terukir kemanisan tanda kesejahteraan.
CNM
10pp: Minum Pagi
dah minum pagi?
kurangkan manisan gula,
lebihkan manis pada senyuman.
CNM
10pp: Apa Warna Hati
apa warna hati,
yang telah dipilih,
moga tak tersalah pilih.
CNM
10pp
andai tertakdir aku sendirian, aku rela kerana masih punyai-Mu Tuhan.
CNM
10pp: Selamat pagi
Selamat pagi teman,
kudoakan kesejahteraan dikurniakan,
memperoleh nikmat dan rahmat-Nya.
CNM
10pp: Sebelum embun pergi
sebelum embun disimbah mentari pagi, bangkitlah teman sujud kepada Ilahi.
CNM
10pp: jangan dipaksa
cinta jangan dipaksa,
kerana hilang manisnya,
yang ada hanya sandiwara.
CNM
10pp: cinta di hati
cinta jangan hanya di atas kertas, cintai sepenuh hati terikhlas.
CNM
10pp: Meniti Suratan
dalam meniti suratan,
miliki akan kebahagiaan,
terlalu rugi merintih kekecewaan.
CNM
10pp: Berlandas Suci
cinta yang berlandas kesucian,
tidak pernah mungkiri janji,
jangan persiakan...
CNM
10pp: termimpi-mimpi
jika kamu termimpi-mimpi akan dia,
sah engkau sedang dalam keangauan.
CNM
10pp: Terbakar sendiri
berkasih bercinta sumpah setia,
waspada jerat cinta,
kelak terbakar sendiri...
CNM
10pp: Dugaan
apalah sangat dugaan yang menimpa, berbanding janji ganjaran-Nya di sana.
CNM
10pp: Tanpa Ragu
tanpa ragu aku mencintaimu, kerana kutahu apa yang hatiku mahu.
CNM
10pp: Siapa yang rampas
siapa yang rampas cintamu itu,
kejam dan tak tahu malu...
CNM
10pp: Sebelum meninggalkan pesan
sebelum meninggalkan pesan,
carilah sehingga ke hujung dunia,
demi cinta...
CNM
10pp: pahit ada manisnya
tak siapa ingin memilih jalan derita, dugaan pahit ada manisnya.
CNM