BelovedTaeyeon Publish time 26-2-2014 11:06 AM

Waktu Solat Dhuha.

Salaam.

Ni yang saya baca; kalau salah, tolong betulkan.

Solat Sunat Dhuha boleh dikerjakan 30 minit selepas Syuruk.

Waktu Dhuha antara 8.00 pagi hingga 11.00 pagi; selepas itu, haram hukumnya (?)

Syuruk sekarang 7.26 pagi, jadi 8.00 pagi tu elok sangat lah kan?




mnm77 Publish time 26-2-2014 11:40 AM

Salaam.

Ni yang saya baca; kalau salah, tolong betulkan.

Solat Sunat Dhuha boleh dikerjakan 30 minit selepas Syuruk.

Salam

Setahu saya, boleh...

Waktu Dhuha antara 8.00 pagi hingga 11.00 pagi; selepas itu, haram hukumnya (?)

Ini hanya anggaran.... sebelum tengah hari tu kira ok lagi... waktu Dhuha tu bermula lebih kurang setengah jam selepas terbit matahari, akhirnya sehingga tengah hari....

Syuruk sekarang 7.26 pagi, jadi 8.00 pagi tu elok sangat lah kan?
Lepas waktu Isyraaq (syuruq = terbit matahari, Solat Isyraaq waktunya dalam 15 - 20 minit lepas syuruq).... dah boleh....

WAllahu a'lam


Last edited by mnm77 on 26-2-2014 11:50 AM

baulu Publish time 26-2-2014 11:46 AM

Waktudhuha sampai lebih kurang 3 minit sebelum masuk waktu zohor.

ibnur Publish time 26-2-2014 01:45 PM

Tengahari atau waktu matahari tegak bagi Malaysia ialah lebih kurang pukul 1.00 - 1.30 pm bergantung pada hari dan bulan.Solat dhuha pada pukul 12.30pm pun masih okay lagi sebab belum matahari tegak.

mbhcsf Publish time 26-2-2014 03:14 PM

adayg kat 39 minit....


boleh bagi komen tang satupernyataan I tak tahudari hadith ke ape...

yg menyatakan bahawa kalau terlepas subuh dan ingin mengqada subuhitu , jangan dilakukan just after subuh

sebab ?

dikatakan bahawa ia mengikut amalan penyembah matahariso eloknya lepas 39 minit ditunaikan qada terbabit.


jadi persoalansaya adalahapakah pernyataan ini ada asas?

Last edited by mbhcsf on 26-2-2014 03:16 PM

burungantu Publish time 26-2-2014 11:00 PM

mbhcsf posted on 26-2-2014 03:14 PM static/image/common/back.gif
adayg kat 39 minit....




Assallamualaikum warahmatullah wabarakatuh

Uncle jawab dulu soalan Da mbhcsf....

Memang ada waktu yg dilarang solat,...sebagaimana Hadith..


Hadis tersebut ialah:

ثلاث ساعات كان رسول الله صلى الله عليه و سلم ينهانا أن نصلي فيهن أو أن نقبر فيهن موتانا حين تطلع الشمس بازغة حتى ترتفع وحين يقوم قائم الظهيرة حتى تميل الشمس وحين تضيف الشمس للغروب حتى تغربertinya: Tiga waktu Nabi SAW melarang kami sembahyang dan mengebumikan mayat padanya;
-ketika terbit matahari, sehingga naik tinggi
-ketika matahari berada di kemuncak pertengahan, sehingga tergelincir
-ketika matahari mula terbenam, sehinggalah ia terbenam.HR: Muslim (no: 831).


Bagaimana pun.....LARANGAN INI HANYA UTK SOLAT YG TIADA SEBAB TERTENTU SAHAJA.




Bagi Qadha' solat subuh .....TAK PERLU TUNGGU!


Rasullullah s.a.w memerintahkan qadha’ dilakukan dengan SEGERA, sebagaimana hadith:

“Sesiapa lupa daripada satu sembahyang, hendaklah bersembahyang APABILA dia teringat”.

Muslim (no: 680).


Note Uncle : tidur sama lupa.

Ada hadis menyebut larangan sengaja memilih waktu tersebut, spt: hadis

“Jangan mencari waktu untuk solat pada ketika terbit dan terbenam matahari”.
HR Bukhari (no: 558).


Orang yg qadha’ solat tidak sengaja memilih waktu larangan.


burungantu Publish time 26-2-2014 11:03 PM

Kesimpulannya.....larangan Solat tu hanya utk org yg sengja pilih waktu waktu haram tu utk buat Solat Sunat Mutlak (tak bersebab)


TAPI : Bagi Qadho' solat......Mesti Qadho' segera tanpa tunggu!

(begitu juga utk solat "Tahiyyatul Masjid"...boleh buat sebaik masuk masjid tanpa mengira puku berapa...)


Harap jawaban ni O.K   :) Last edited by burungantu on 26-2-2014 11:08 PM

burungantu Publish time 27-2-2014 12:03 AM

Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah S.W.T atas segala berkah hidup yang diberikanNya.
Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya.
Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”


Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah S.AW. bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.” (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)
Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat.
Paling sedikit yang boleh dikerjakan adalah dua rakaat.

Nabi Muhammad SAWbersabda: “Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.”(HR Al-Hakim dan At-Tabrani)

burungantu Publish time 27-2-2014 12:14 AM

.Cara Mengerjakan Solat Dhuha

Solat ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat sehinggalah 12 rakaat, tetapi yang paling banyak dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat.
1. Lafaz Niat : "Ussolli sunnatadduha rakataini llillahi taala "Sahaja aku solat sunat dhuha 2 raakaat lillahi taala..
(lintasan dlm hati sewaktu takbirattulihram yg dikira berniat...lafaz niat adalah bagi membantu sja..)

.2.Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:.a.Solat sunat Dhuha dua rakaat:i/Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;ii/As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;iii/Al-lail dan Al-Insyirah..b.Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat;i/Solat Pertama :   As-Syams dan Ad-Dhuha.ii/Solat Seterusnya :   Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas





Ini sekadar bagi panduan yg nak buat solat Dhuha dgn cara yg paling baik..


TAPI.....TAK PERLU SUSAH SUSAH kalau terasa susah begini..:laugh3:


Hanya NIAT....& solatlah 2 Rakaat dgn apa apa surah ...asal sja sempurna rukun...BOLEH JE..:C...& jangan memberatkan,..buatlah dgn cara mana asal sja menggembirakan hati masing masing.

Kadang kadang solat seimple simplenya 2 rakaat tu ...menyebabkan kita terasa rindu utk terus mengulang ulang & istikhamah mengamalkannya..



burungantu Publish time 27-2-2014 12:23 AM

DOA SELEPAS SOLAT DHUHA



http://1.bp.blogspot.com/-eGmEIVPNOPs/UL9BfWe3WKI/AAAAAAAAQTU/fQ4sROuX0Y4/s1600/doa-dhuha.png






Doa tak mesti dlm Arab...so ..kalau rasa suka nak cakap melayu, terus bahasa melayu pun boleh je..


Maksud doa:
“Ya Allah bahawasanya waktu Dhuha itu waktu Dhuha-Mu,
kecantikan itu ialah kecantikan-Mu ,
keindahan itu keindahan-Mu,
kekuatan itu kekuatan-Mu,
kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu".


"Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaan-Mu,
limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh”


relaxjek Publish time 27-2-2014 12:33 AM

kalau solat sunat israq pulak? bila waktunyee??

burungantu Publish time 27-2-2014 12:49 AM

relaxjek posted on 27-2-2014 12:33 AM static/image/common/back.gif
kalau solat sunat israq pulak? bila waktunyee??

ada Tuan mnm77 tulis kat atas..:laugh3:


Solat Isyraaq waktunya dalam 15 - 20 minit lepas syuruq..

syuruq = terbit matahari

relaxjek Publish time 27-2-2014 09:29 AM

burungantu posted on 27-2-2014 12:49 AM static/image/common/back.gif
ada Tuan mnm77 tulis kat atas..




thanks ustaz.

baulu Publish time 27-2-2014 09:37 AM

burungantu posted on 27-2-2014 12:23 AM static/image/common/back.gif
DOA SELEPAS SOLAT DHUHA




Just nak share, apakah yang Rasulullah bacakan selepas solat dhuha.

(Ni eja dalam rumila, pandai2 la cari dalam tulisan b, arab)

Allahumaghfirli watub 'alaiyya innaka anta tawwaburrahim. 100x

Jadi, cubalah ikut yang sunnah, lebih afdhal.

burungantu Publish time 27-2-2014 10:18 AM

baulu posted on 27-2-2014 09:37 AM static/image/common/back.gif
Just nak share, apakah yang Rasulullah bacakan selepas solat dhuha.

(Ni eja dalam rumila, panda ...

جزاك اللهُ خيراً
{:thumbo


Sahabat Ibnu Umar ra. sempat menghitung lafal istighfar berikut ini dibaca oleh Rasulullah SAW. dalam satu majlis, sebanyak 100 x: “رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَتُبْ عَلَيَّ إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ” (رواه أبو داود والترمذي وأحمد)
“Rabbighfirli, wa tub ‘alayya, innaka Antat-Tawwabur-Rahim” Wahai Tuhan-ku, ampunilah daku, dan terimalah taubatku. Sesungguhnya Engkau-lahMaha Penerima taubat, dan Maha Penyayang .




رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَتُبْ عَلَيَّ إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ


Wahai Tuhan-ku, ampunilah daku, dan terimalah taubatku. Sesungguhnya Engkau-lahMaha Penerima taubat, dan Maha Penyayang


baulu Publish time 27-2-2014 10:35 AM

burungantu posted on 27-2-2014 10:18 AM static/image/common/back.gif
جزاك اللهُ خيرا&#161 ...

Melalui ijazah yang saya terima, zikir ni memang ada diriwayatkan dibaca Rasulullah pada setiap jenis solat, sunat juga dibaca dalam sujud dan majlis.

Sumber hadith:

Telah dikeluarkan di dalam Kitab al Adabul Mufrad dengan sanad sahih oleh Imam al Bukhari, daripada 'Aisyah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW telah melaksanakan solat Dhuha, kemudian Baginda membaca: "Ya Allah ampunilah daku, terimalah taubatku, sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang menerima ttaubat lagi Tuhan yang mengasihi". Baginda membacanya sehingga seratus kali.

Menurut ustaz yang mengijazah amalan ni, ada 3 kaedah bacaan. Yang pertama seperti di atas, ada 2 lagi yang melibatkan pertambahan 2 perkataan belainan dicelah zikir asal.

Kalau saya boleh attach gambar senang sikit saya attach ijazah tu untuk tunjuk 2 kaedah lagi.

BTW, surah yang Rasulullah baca ialah As syam pada rakaat pertama dan Addhuha pada rakaat kedua.

NorAddin Publish time 27-2-2014 11:15 AM

salam :C

http://syinfayakof.files.wordpress.com/2012/10/istighfar-selepas-solat-tahiyatul-masjid.jpg

yap .. boleh tukar .. ya tuhanku رب
pada .. ya Allah اللهم

wassalam
:C

burungantu Publish time 27-2-2014 11:35 AM

baulu posted on 27-2-2014 10:35 AM static/image/common/back.gif
Melalui ijazah yang saya terima, zikir ni memang ada diriwayatkan dibaca Rasulullah pada setiap je ...



Silalah attach gambarnya...teringin sangat Uncle nak tau..{:gimmeo

mnm77 Publish time 27-2-2014 03:49 PM

burungantu posted on 26-2-2014 11:00 PM static/image/common/back.gif
ثلاث ساعات كان رسول الله صلى الله عليه و سلم ينهانا أن نصلي فيهن أو أن نقبر فيهن موتانا حين تطلع الشمس بازغة حتى ترتفع وحين يقوم قائم الظهيرة حتى تميل الشمس وحين تضيف الشمس للغروب حتى تغرب

ertinya: Tiga waktu Nabi SAW melarang kami sembahyang dan mengebumikan mayat padanya;
-ketika terbit matahari, sehingga naik tinggi
-ketika matahari berada di kemuncak pertengahan, sehingga tergelincir
-ketika matahari mula terbenam, sehinggalah ia terbenam.

HR: Muslim (no: 831).

Mungkin akan ada pertanyaan, apa yang dimaksudkan dengan sehingga naik tinggi? Sehingga tinggi mana?

Mungkin untuk lebih mudah faham, ketika matahari naik (nampak sebahagian), sehingga naik penuh (boleh nampak penuh).... ketika terbit matahari, sehingga matahari naik penuh, masa ini dalam lingkungan 15 hingga 20 minit dari waktu syuruq. Dan sebab itulah solat Isyraq dikerjakan dalam masa 15-20 minit selepas syuruq, untuk kepastian supaya matahari dah naik penuh...

Selepas waktu Isyraq ni... dalam lingkungan 30 minit selepas syuruq, dah boleh solat Dhuha....

WAllahu a'lam


baulu Publish time 27-2-2014 05:06 PM

burungantu posted on 27-2-2014 11:35 AM static/image/common/back.gif
Silalah attach gambarnya...teringin sangat Uncle nak tau..

Saya rasa saya tak boleh lagi kot paste image ni.Kalau boleh pun macam tedious je kerja nak buka kat website mana entah.

Anyway, ceritalah senang:

Kaedah 1: Perkataan "warhamni" selepas Allahumaghfirli.
Kaedah 2: Perkataan "ghofur" menggantikan Arrahim.
Pages: [1] 2 3
View full version: Waktu Solat Dhuha.


ADVERTISEMENT