MINTAK PANDUAN : REFINANCE RUMAH
Assalam...aku dah search topik2 sebelum ni tapi tak berapa nak menjawab persoalan aku.
aku nak tanya - bank mana yang offer terbaik untuk refinance rumah?
mana laa tau kan kot2 ade sesapa yang dah pergi ushar2 atau dah lepas buat refinance...
aku baru tanya kat Bank Islam pasal refinance rumah, dan rase2 memang nak terus proceed je ngan bank Islam.
tapi takut kalau ada bank lain yang offer lagi bagus.
details pinjaman secara kasarnya :
baki pinjaman skrang tinggal rm160k
harga beli rm200k
market value rm300k
aku tak paham sangat pasal BLR ke BFR tu semua.
yang penting skrang ni, aku nak refinance rumah untuk kecikkan bayaran bulanan.
skrang loan ngan RHB konvensional, monthly RM1.6k, tempoh loan 15 tahun, tahun ni dah masuk 5-6 tahun bayar rumah tu...
aku rase lock in period ngan RHB takde lagi dah...
aku ada 1 personal loan dan 1 CC yang selalu tertunggak dalam 2-3 bulan sekali bayar.
dan ade satu akaun CC yang dah default - yang ni pegawai bank Islam tu suruh aku pegi buat full settlement dan keluarkan nama dari senarai ccris.
aku jugak dah cakap gaji aku tak sampai RM3k...aku takde loan kereta.
punca kenapa aku nak proceed je ngan bank Islam sebab manager tu cakap aku bole apply for refinance walaupun aku ada masalah2 yang disebutkan tadi...cuma dia pesan, tunggakan hutang2 lain tu jangan sampai lebih 3 bulan.
lepas aku refinance nanti dia akan tolong cover semua hutang2 PL dan CC yang ada tu dengan baki yang aku dapat...
persoalannya :
- aku tak sure bank lain pun bole ke tolong macam ni gak?
- rasa2nya betul ke ape yang manager tu cakap? betul ke bank Islam boleh approve?
- aku tanak balance refinance rumah terikat ngan term loan 10 tahun tu... setahu aku banyak bank dah implement refinance cash out tu as personal loan selama 10 years... bank mana lagi yang tak buat?
skrang ni memang aku tengah usaha sangat2 nak clearkan rekod CC yang default tu, lepas tu nak apply for refinance. aku takut je kalau masih tak lepas...
sebarang nasihat dan panduan aku ucapkan terima kasih sgt2...
Biasa rate yg bagus RHB, CIMB
Biasa yg org paling nak elak Bank Islam (dulu moving cost dia boleh tahan tinggi maaaaa, skang x taula..sbb tu ramai yg ckp bank islam tak berapa nak islam... hehehehe)
Nak refinance rumah jgn tanya satu bank. biasakan utk tanya lebih dari 2-3 bank. lps tu kalo dpt yg rendah sikit... bank lain akan tanya brp bank itu bg awak. dorang main2 jugak % ni.
Perkara yg paling utama nak tgk brp BFR/BLR bank offer termasuk jumlah tahun pembayaran balik juga main peranan.
Lps tu setiap bank ada ke offer free moving cost. kene tgk jugak brp dapat baki lps tolak baki rumah. itupun kene compare dgn bank2 lain.
itu je la yg sy boleh tolong. tanya acong... dia byk rumah n pandai sikit psl rumah2 ni...hehehehe... acong...owh acong.
jika hutang, RM160K refinance dpt 90% drpd RM300K iaitu RM270K... tu pun jika ko takdak lebih drpd 2 loan rumah semasa.....
memandangkan ko ada default credit card...... loan susah mau lulus laa......
baik ko settlekan kredit kad ko tu dgn cara berikut....
tukar pi personal loan & potong kredit kad tu......
yg gatal pi pakai kredit kad tu buat pe? ikut nafsu, binasa.... {:thumbo Mohon diteruskan perbincangan di thread ini...saya juga sedang menghadapi dilema yang sama. Kawan-kawan yang pernah buat refinance rumah, dipersilakan untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman anda. coway_daddy posted on 22-3-2014 07:35 PM static/image/common/back.gif
Mohon diteruskan perbincangan di thread ini...saya juga sedang menghadapi dilema yang sama. Kawan-ka ...
jika masalah hutang kredit kad yg berlonggok tak bebayar, mmg bank tak akan bagi loan utk refinance. sila convert hutang kredit kad pi personal loan. :curse:
Acong posted on 23-3-2014 04:03 AM static/image/common/back.gif
jika masalah hutang kredit kad yg berlonggok tak bebayar, mmg bank tak akan bagi loan utk refinanc ...
Kad kredit dari 2 bank ada 4 keping dah 5 tahun guna, bayaran balik semua cantik satu pun tak pernah lewat bayar. Bayaran penuh setiap kali bil sampai, bukan bayaran minimum. Akan ada masalah juga ke kalau track record cemerlang camtu, Acong?
FYI, saya ada 4 buah rumah; 3 di KL dan 1 di Pahang. Nak refinance salah satu untuk buat modal bina rumah ke-5 dan mulakan projek kayu gaharu. Mohon pandangan Tuan. astaga........... takleh buat full settlement semua kredit kad tu ke? :curse: Acong posted on 23-3-2014 08:00 PM static/image/common/back.gif
astaga........... takleh buat full settlement semua kredit kad tu ke?
Semua kad sedang aktif digunakan, tiada outstanding payment. 3 kad bulan 10 tahun ni expired. 1 lagi 2017 baru expired. Perlu ke diterminate walaupun takde masalah apa-apa, Tuan? loan rumah semua ada berapa skrg? coway_daddy posted on 24-3-2014 01:08 AM static/image/common/back.gif
Semua kad sedang aktif digunakan, tiada outstanding payment. 3 kad bulan 10 tahun ni expired. 1 la ...
byknye cc. kumpul points ke apa?
fairiza posted on 24-3-2014 01:48 PM static/image/common/back.gif
byknye cc. kumpul points ke apa?
Tak juga. Mebenk bagi 'free' :shutup: sebab saya priority customer... Acong posted on 19-3-2014 01:40 AM static/image/common/back.gif
jika hutang, RM160K refinance dpt 90% drpd RM300K iaitu RM270K... tu pun jika ko takdak lebih drpd 2 ...
sekadar menjawab pasal CC
cimb - dah restructure.../ convert to term loan *same ke dua2 definisi ni? tapi yang penting dah tak leh guna CC tu, cuma kena bayar bulan2 ikut perjanjian baru
BRakyat - dah default account... minggu depan buat full settlement. pastu potong terus lah...
so rasa2nya bole tak lulus ni....huhuh
PrintChez posted on 25-3-2014 08:45 AM static/image/common/back.gif
sekadar menjawab pasal CC
cimb - dah restructure.../ convert to term loan *same ke dua2 definis ...
Pi print out CCRIS statement kat Bank Negara.... Jika tengok statement berapa yg 2, 1 atau 0 saja.....
sekarang semua bank dan implement cash out dari refinance rumah 10 thn saja loan..so komitmen bayaran bulanan akan jadi tinggi sikit la..
saya baru lepas refinance dgn bank islam (bank sblm ni pon bank islam)...masa tu offer BFR-2.4% ..tertinggi antara bank2 yang saya survey..
masa tu kira ngam2 bln terakhir sebelum mereka implement 10 thn term loan tu..baru nak settle ni..start bulan oct/nov.. biscuit_merie posted on 3-4-2014 03:27 PM static/image/common/back.gif
sekarang semua bank dan implement cash out dari refinance rumah 10 thn saja loan..so komitmen bayara ...
haaa ye ke.... tapi staff bank islam yang saya jumpe tu cakap bank islam tak buat cash out refinance ikat 10 tahun? hmm hmm...
dah submit application seminggu, lom call lagi tanya ape citer....
seram mengalahkan nak amik result SPM
Kalau kamu nak buat refinance, kamu patut memahami bahawa sejak tahun lepas, bank negara telahpun mengeluarkan satu peraturan iaitu wang tunai yang dikeluarkan daripada jumlah pembiayaan semula akan dihadkan tempoh bayaran balik 10 tahun. Kamu patut mengenal pasti apakah kesan yang akan dibawa oleh peraturan ini. Saya rasa kamu boleh melihat artikel ini untuk pemahaman yang lebih teliti http://loanstreet.com.my/ms/pusat-pembelajaran/Had-10-Tahun-Untuk-Refinancing-Pinjaman-Perumahan
Penah buat refinance sblom peraturan baru dikuatkuasakan..alhamdulilah dpt cash out RM60K..byaran bulanan jadi naik RM20 jerdari bayaran bulanan asal..tp..loan smpi umur 70tahun...buat dgn BSN..cuba check BSN....good offer blackswan88 posted on 9-4-2014 02:10 PM static/image/common/back.gif
Kalau kamu nak buat refinance, kamu patut memahami bahawa sejak tahun lepas, bank negara telahpun me ...
alamak...byk nye beza utk yg cash out tuh....
baru terpk2 nak refinance sbb nk guna loan company utk beli rumah lain & nk guna cash yg dpt tu utk settle personal loan & sbg downpayment rumah baru
baki loan rm120k...value rumah rm500k..
tp kalo tgk kiraan 10thn je tuh...
mcm x mampu la plak nak bayar monthly yg tinggi sgt tu .. :sweat3:
Prags posted on 10-4-2014 01:01 PM static/image/common/back.gif
Penah buat refinance sblom peraturan baru dikuatkuasakan..alhamdulilah dpt cash out RM60K..byaran bu ...
apa guna check dgn BSN lagi? ;P
refinance sblom peraturan baru dikuatkuasakan
Salam, just so you guys know... ada certain banks yang masih boleh buat refinance untuk 35 tahun bagi cash-out portion. For example, OCBC. Sy bukan berniat nak advertise, but if sesiapa ada sebarang persoalan tentang refinancing dan property loan, tanya je. You ada expert di sini.
http://i.imgur.com/hRTY8N2.jpg