Anakpencen Publish time 16-12-2014 09:33 PM

1001 Kisah Jepun

:lol:..den bukak thread ini Santai dari Page den ni 1001 Kisah Pertahanan dan Keselamatan Jepun..setiap kali den up status
kat sana den akan up kat sini..dah nama Santai ..takapa kang Mod..https://www.facebook.com/JepunSukaPerang

Mula2 Kisah Harimau Malaya/Tani Yutaka.Mohd Ali bin Abdullah..disini..https://www.facebook.com/JepunSu ... 515/?type=1&theater

....Harimau Malaya@Tani Yutaka@mohd Ali bin Abdullah..tinggi 154cm..meninggal di Singapura...kubur tidak dapat dipastikan tapi ada memorial kubur memperingati dia di Singapura..berjasa kepada Tentera Jepun kerana dengan Info dan sabatoj yang ...dilakukan bersama geng2 dia kebanyakkannya Melayu.... memusnahkan pertahanan British di Jitra Line serta sekitarnya seperti .meletupkan jambatan,jalan keretapi,talian telepon dll ...dikenali sebagai Battle of Jitra yang membawa kejayaan Tentera Jepun menawan Malaya dan Singapore dengan mudah..Tani Yutaka ni Lahir di Fukuoka Jepun pada 6 Nov 1911..Bapa dia dikatakan dari golongan berada pergi ke Amerika untuk belajarcara2 gunting rambut terbaru..lepas tu balik Fukuoka buka kedai gunting..Bapa dia menjadi tukang gunting rambut di Isogawa Fukuoka..masa umur 2 tahun ..Tani Yutaka dibawa ke Trengganu Malaya..pada tahun 1916 dia balik jepun sekolah rendah sampai tahun 1924 dan tinggal dirumah datok nenek dia di Fukuoka..pada tahun 1924 atau umur dia 13 tahun dia balik Trengganu .. dan habiskan masa muda dia di Trengganu..mengikut kata dia masuk Islam tahun 1930@19 tahun dan berkahwing degan Cik Som..Guru islam kepada Tani Yutaka ni dikatakan bernama Imam Haji Abd Rahman...dikatakanBapa dia marah dia masuk Islam kahwin denganwanita Islam bernama Che Som dan hantar dia balik Jepun tapi ada kata dia dikehendaki balik Jepun dalam usia 20 tahun untuk jalani kerahan tenaga Tentera Jepun
tetapi dia tak berkhidmat dengan IJA(Imperial Japanese Army) kerana tidak cukup ketinggian iaitu minima 155cm .. dia kerja Kilang Getah di Fukuoka Jepun...ketika memuncak anti Jepun di China..org2 Cina di Malaya masa tu pun membalas dendam dan merogol dan membunuh dengan potong kepalaadik perempuan dia si Shizuoka..keluarga Yutaka terpaksa balik ke jepun..Tani Yutaka pun marah dan pada Julai 1934 balik ke Malaya untuk membalas dendam... sampai Trengganu dia jumpa kawan Melayu dia lepas tu buat satu geng rompak Cina Mainland dan Britishmasa tu masih Malaya..Yutaka dikatakan kahwin kali ke 2 bernama Wan Siti(ada kata dari Kota Bharu)kemudian dia berkembara dan merompak seperti Robin Hood ke seluruh Malayaterutama di Kuala Lumpur,Trengganu ,Kelantan dan Selatan Thai dengan geng member 3000 org...Yutaka danthe geng digelar Harimau Malaya kerana mencuri dan hasilnya diberi pada org miskin mcm Robin Hood..Harimau Malaya menjadi berita hangat di Malaya dan pihak British menawarkan sejumlah wang kepada sesiapa yang memberitahu atau menangkap dimana Tani Yutaka..Tani Yutaka ni fasih Melayu dan thai..kemudiantertangkap di Hatyai kerana mencuri..dipenjarakan ..Bila berlaku WW2 meletus Ketua Tentera Jepun mahukan Risikandari local Jepun ditempat itu..maka Ketua Perisikan Polis Jepun di Manchuria di China bernama Kamoto Tashio dekati Yutaka.. untuk jadi Spy Jepun..Ketua Polis Jepun tu rasuah Polis Thai 25 bath ..ada kata sebagai bayaran deposit keluar penjara...Tani Yutaka dilepaskan selepas 2 bulan dipenjarakan di Patanni ..dia bebas tapi dgn syarat kerja denganPerisikan Jepun..mula2 Tani Yutaka menolak kerana dia Muslim..kemudian dia bersetuju ..berjumpa kawan2 Melayu geng2 Harimau Malaya lama dia dan menubuhkan grup bernama HARIMAU..mereka merisik base2British di Kedah terutama di Jitra dan Alor Setar..bila Jepunmenyerang Malaya melalui Hatyaidan Kota Bharu Kelantan segala info ada ditangan IJA...segala Info Tani Yutaka dan Kamoto Toshio dikatakan diserahkan kepada Ketua F iaitu Mejar Fujita dan Atase IJA di Thailand Kolonel Tamura Hiroshi...Kekalahan British di Jitra line dan seterusnya kemaraan IJA tidak dapat dibendung...kemudianTani Yutaka terkena demam malaria dibawa ke Hospital Tentera di Johor Bahru tapi kekurangan kemudahan untuk merawat sakit nyadan dirawat di Hospital Singapura... Kamoto Toshio dikatakanni pakar Islam jugak ..dia suka belajartentang2 Islam..bila si Kamoto Toshio beritahu Tani Yutaka..Tani Yutakagembira..cuma dia tak sempat masuk Islam.. yg menarik semasa Tani Yutaka berbual dgn si Kamoto Toshio beritahu dia boleh carikan seorang kawannya Imam untuk Kamoto Ucap Syahadah..iaituHaji Abd Rahman dari Trengganu mungkin..tapi Kamoto berpikir dulu..pada 17/3/42 Harimau Malaya@Tani Yutaka@Mohd Ali bin Abdullah meninggal dunia dalamusianya 31 tahun kerana malaria..sebelum dia meninggal dunia..dia meminta dikebumikan secara Islam..Pegawai Tentera Jepun meminta warga Melayu Islam di Singapura 2 kain putih untuk dikapankan ...masih jadi tanda tanya dimana Kubur Tani Yutaka sebenarnya...walaupun memorial namanya ada di Singapore's Japanese cemetery ...Kerajaan Jepun memberikan kehormatan tertinggi kepada Harimau Malaya@Tani Yutaka dengan meletakkan namanya di Yasukuni Shrine yang terkenal tu walaupun dia Islam..manakala Kamoto Toshio terbunuh dalam kapalselam Jepun yg mengambildia pada waktu malam di Singapura yang di Bom oleh Tentera Amerika pada 30/09/1944......Kisah Tani Yutaka@harimau Malaya@Mohd Ali bin Abdullah dibukukan dan dijadikan Filem..Gambar..Tani Yutaka duduk sebelah kiri sekali(kalau dalam gambar sebelah kanan) semasa berumur 20 tahun... Urano(pakai baju melayu berdiri)..gambar diambil di Kuala Trengganu tahun 1931 katanya....Persoalan ???? adakah Tani Yutaka ada waris dari perkahwinan dia dgn Che Som dan Wan Siti..kalau ada dimana keturunan dia sekarang..mungkin ada di Kelantan atau Trengganu atau Selatan Thai..????..anda semua pergilah cari jawapannya..




Last edited by Anakpencen on 16-12-2014 09:34 PM

Anakpencen Publish time 16-12-2014 09:38 PM

:lol:
https://www.facebook.com/JepunSukaPerang/photos/pb.529204107143915.-2207520000.1418737006./813354882062168/?type=3&theater
ko org pernah dengar Pink Panther gang tak..Pink Panther tu nama diberi kepada perompak barang2 kemas ..kat hamper US$ 500 million rompak ...gang ni memang stylo merompak seluruh dunia..masa gang ni rompak di Ginza 2004/2007..den mula2 ingat perompak China atau Korea Utara..salah sorang gang ni kena tangkap Rifat Hadziahmetovic dan dibawa ke jepung kena hokum 10 tahung..ko org boleh tengok video kat yotube ni menarik..https://www.youtube.com/watch?v=ZQyaJYtX2oA

. dan ini https://www.youtube.com/watch?v=2lXleyHhi6k

Anakpencen Publish time 16-12-2014 09:41 PM

{:1_149:}
https://www.facebook.com/JepunSukaPerang/photos/pb.529204107143915.-2207520000.1418737182./803376039726719/?type=3&theater
hari ni Hachi dilahirkan(November 10, 1923 – March 8, 1935)..sape teringin nak tengok Hachiko betul2 gi Muzium ni National Museum of Nature and Science ..Hachi dikeraskang jadi Hachiko..Muzium ni kat Ueno...den kalau gi Ueno mesti gi Muzium..di Ueno banyak Muzium2 Terbaik di jepung ne...lepas tu ko org gilah jalan2 ke Ameyoko shopping nyopping ne..ni gambar den amik Hachiko kat Muzium di Ueno..ramai amik gambar Hachiko yg batu kat Shibuya Station tapi lupa Hachiko sebenar kat Ueno ne kekeke

sekngucing Publish time 16-12-2014 10:27 PM

ayat takde perenggan
pening baca

Anakpencen Publish time 16-12-2014 10:49 PM

sekngucing posted on 16-12-2014 10:27 PM static/image/common/back.gif
ayat takde perenggan
pening baca

;P{:1_563:}kat daiso ada jual ubat ajaib kucing ni 5 ringgit je....cubalah mana tahu dari pening ke tiduuu selamanya..{:1_563:}

Anakpencen Publish time 18-12-2014 11:30 PM

{:1_152:}

ari ni den citer pasal Hirakata Park di Osaka..https://www.facebook.com/JepunSukaPerang/photos/a.529216523809340.1073741828.529204107143915/823106871086969/?type=1&theater

ramai org kenal USJ atau Disney jepung tapi orang local Kansai suka gi Hirakata Park yang tertua di jepun..kat Osaka ni link dia..den lupa den ingat last sekali den gi harga tiket masuk dlm 1300 yen makbapak..anak den kena 700 yen...tapi ada tiket untuk main pelbagai sekali dlm 4000 yen ke berapa den lupa..budak2 lain harga ikut umuq..kalau nak main satu2 bayar satu2 la..pilih..terpulanglah..ohh dah naik 1400 yen kanak2 800 yen http://www.hirakatapark.co.jp/

putridisayang Publish time 23-12-2014 06:30 PM

aq nak check in je
:C

putridisayang Publish time 23-12-2014 06:30 PM

aq nak check in je
:C

putridisayang Publish time 23-12-2014 06:33 PM

putridisayang posted on 23-12-2014 06:30 PM static/image/common/back.gif
aq nak check in je

kau ni xabis2 lagi ke

putridisayang Publish time 23-12-2014 06:35 PM

kikikiki...penatnya nak kumpul point weh

sr_kila Publish time 29-12-2014 01:19 PM

assalam.. kenapa pasal jepun? kenapa bukan pasal china ke, moscow ke, ukraine?

saya bertanya.. =) =)

Anakpencen Publish time 3-1-2015 01:16 AM

sr_kila replied at 29-12-2014 01:19 PM
assalam.. kenapa pasal jepun? kenapa bukan pasal china ke, moscow ke, ukraine?

saya bertanya.. = ...

sukati den lah nak tulis...kalau mung suka tulis pasal bangla ke myanmar ke nigerian ke bukak lah sendiri

susah apa ..hujung jari je;P{:1_563:}

sr_kila Publish time 3-1-2015 01:14 PM

Anakpencen replied at 2-1-2015 05:16 PM
sukati den lah nak tulis...kalau mung suka tulis pasal bangla ke myanmar ke nigerian ke bukak lah...

yolah tt oii... hahaha.. mano lah den tau.. ingt an ado sobab.. kot ponah bkampong ko kek sano.. kot org rumah ko org sano.. an? =)

Anakpencen Publish time 11-1-2015 10:40 PM

{:1_152:}

ni pompuan jepun zaman dulukala pakai tutup kepala..jepung panggil zukin..tu je..selalunya di pakai masa winter..sekarang ada mcm2 tutup kepala pelbagai jenis dan corak..dulu lain sekarang lain .tu je..zukin tu penutup kepala ..kalau kita islam berHijab..tak macam peminat kpop melayu zuhud berpelukan ngan
jantan plastik korea{:1_563:}

https://www.facebook.com/JepunSukaPerang/photos/pb.529204107143915.-2207520000.1420987069./839121349485521/?type=3&theater


Anakpencen Publish time 24-1-2015 11:40 PM

dari satu blog..teknoloji pertanian jepun ....This is the "vegetable factory" in Japan. This can harvest 100 times as many vegetables as the usual agriculture. And, It isn't influenced by the weather. And, It doesn't use agricultural chemicals. That technical point is the artificial environment by "special LED lighting". The factory of Chiba in Japan ships 10,000 lettuces every day. https://www.youtube.com/watch?v=985rJxlWuWk

... dari pengalaman org Malaysia yang pernah buat praktikal di sini..Syaza Syazwan..Aku praktikal kat Mirai Co., Chiba.
Company besar katanya. Pengurusan tanaman dalam "artificial light system" ni sgt strict. Tmpat yg aku practical tu utk pengeluaran lettuce atau sayur salad bak kata org kita.
Sebelum masuk factory, kena mandi warm water, rambut jugak. Tukar baju (kalau boleh tanggal terus baju yg kita pakai dtg factory). Dlm changing room tu dah ada baju inner disediakan. Dah tu, kena pakai coverall. Nampaklah mcm teletubbies. Sebelum masuk tempat penanaman, kena blow badan dgn angin.
Aku paling x sukalah praktikal kat situ. Fully air-conditioned. Takda sunlight pun. Closed system. Aku x taulah mana tempat yg ada struktur globe tu kat atas tu. Yg gmbar ade lampu LED tu aku tau.
Sumber air dijamin sangat bersih tanpa sebarang bakteria.. collected from condensed water from the air-cond. Dalam factory pun sangat bersih. Lantai akan selalu di-disinfect kalau basah. Satu masalahnya, takkan lari drpd pembiakan algae dlm tangki/kolah hidroponik.
https://www.facebook.com/JepunSukaPerang/photos/a.529216523809340.1073741828.529204107143915/843938785670444/?type=1&theater

Anakpencen Publish time 27-3-2015 01:18 AM

;P

hi semua konichiwa

Anakpencen Publish time 8-4-2015 10:45 PM

https://www.facebook.com/JepunSukaPerang/posts/883265545071101?comment_id=884005494997106&notif_t=feed_comment

70 tahun Yamato tenggelam..


AceHand Publish time 13-2-2025 01:26 AM

[AceHand SPECTaceLAR]

Boleh tak buat perenggan elok siket...?


Jizzz... Klong! Klong!

liyamariska Publish time 4-5-2025 01:05 PM

menarik thread ni...

bab citer Tani Yutaka mengingatkan ttg perisik jepun yg datang ke Tanah Melayu sebelum waktu Perang Dunia Kedua...

AceHand Publish time 20-5-2025 01:40 AM

sekngucing replied at 16-12-2014 10:27 PM
ayat takde perenggan
pening baca

[AceHand SPECTaceLAR]

Kan...


Jizzz... Klong! Klong!

Pages: [1] 2
View full version: 1001 Kisah Jepun


ADVERTISEMENT