Anxiety Disorder
Edited by abgsedapmalam at 8-3-2015 10:05 PMhttp://1.bp.blogspot.com/-VDWA0AGXCCA/UOOSO_k0gMI/AAAAAAAAEdM/ChgzGrm2voY/s400/Emu%2BDown%2BHeader%2B%25281000x349%2529.jpg
Antara cabaran bila menjadi doktor, ialah bila perlu berhadapan dengan pesakit yang ada anxiety disorder. Memang mencabar.Lagi mencabar dari mengadap pesakit penipu tegar kaki MC..keh keh keh..
Kes sebenar:
- En.Fabregas (bukan nama sebenar), mengalami masalah sakit perut/pedih ulu hati/panas ulu hati(heartburn)/kembung perut yang kronik. Berdasarkan simptom kronik & pemeriksaan fizikal, maka diagnosis Gastroesophageal reflux disease (GERD) aku berikan. Namun untuk puaskan hati, aku refer En. Fabregas ke hospital untuk pemeriksaan endoscopy. Sah, memang GERD.
http://images.medicinenet.com/images/illustrations/gastroesophageal_reflux.jpg
secara mudahnya, GERD terjadi bila sphincter kat bawah tu kaput, so asid yang tak patut masuk bahagian bawah esofagus, ter-masuk/ter-reflux
Hasil endoscopy En. Fabregas ialah lebih kurang macam ni..
http://2.bp.blogspot.com/_iCcaHsxVvTs/SEjFhQ8ObBI/AAAAAAAAAQM/zA13sb7DagI/s1600/acid+reflux+disease4.gif
Tapi dek kerana En.Fabregas ni ada penyakit anxiety yang melampau, sensation heartburn/kembung perut/senak perut yang dialaminya, ditafsirkan sebagai 'sakit dada/jantung'.
Maka pergilah En. Fabregas bertemu pula dengan pakar jantung, walaupun aku dah nasihatkan dia bahawa keputusan endoscopy nya itu selari dengan simptom GERD.Dipendekkan cerita, lepas jumpa pakar jantung, ECG dah buat, stress test pun buat, jantung En. Fabregas sihat walafiat. Test darah cholesterol dalam darah pun dibuat, normal sahaja keputusannya.
En.Fabregas menerima kata kata pakar gastro yang buat endoscopy, menerima kata kata pakar jantung, dan menerima kata kata aku, secara terpaksa.....masih lagi terdetik/risau dalam hatinya dia bakal kena serangan jantung. Maka dia pun berusaha dapatkan pendangan pakar jantung di IJN pula. ;P
Dipendekkan cerita, lepas jenuh menunggu appointment dengan IJN, dan semua relevan investigations di buat di IJN, memang pakar jantung IJN pun setuju bahawa En. Fabregas hanya mengalami GERD, jantungnya sihat. In fact, CT scan paru paru/abdomen pun dibuat untuk memuaskan hati En. Fabregas, dan paru paru beliau, sihat walafiat.
http://www.reneelevy.com/Dessins/DejaPasseAng/anxiety.jpg
Dengan stok ubat ubatan GERD yang beliau terima, simptomnya berkurangan. Tapi kerisauan En. Fabregas masih tidak dapat hilang sepenuhnya. Beliau masih risau jantungnya sakit, atau paru parunya bermasalah, despite all the advice from the specialist! Nasihat yang aku berikan pun dah berkoyan koyan agaknya..haha. So kerana kasihan dan terkadang meluat, maka aku pun refer lah beliau ke Psychiatrist, dan aku cakap terus terang kepada En. Fabregas bahawa beliau hanya anxiety, on top of having GERD.
To cut the long story short, lepas jumap psychiatrist, pakar sakit jiwa ini pun sah kan bahawa sebahagian simptom ala ala GERD yang beliau alami, adalah simptom anxiety disorder. Beliau diberi rawatan dan kaunseling, dan alhamdullilah, so far dalam pertemuan terkini, En. Fabregas dah boleh kawal perasaannya, dan boleh menerima dan adapt dengan GERD beliau.
Moralnya:
- kalau anda atau ada saudara mara anda yang ada ciri ciri kerisauan macam ni, bawa lah berjumpa dengan pakar psychiatrist, jangan hanya berabis beribu ringgit jumpa pelbagai pakar jantung, otak, dan pakar bedah:)
-dapatkan pandangan kedua/ketiga dari doktor yang boleh beri penjelasan lain akan penyakit/simptom yang dialami
ps: minggu lepas En. Fabregas datang bawa anaknya yang ada ulcer dalam mulut. Lepas aku check macammacam, memang anaknya hanya alami normal ulcer sahaja. Sebelum keluar dari bilik consultation, En. Fabregas bertanya pada anaknya , " Takde sakit sakit lain?Beritahu ayah & doktor ni..ada sakit kepala tak? sakit perut? sakit dada? batuk? sakit tekak? pening? " .Aku hanya mampu tersenyum tengok dahi anaknya berkerut:)
kesian weh sapa ada penyakit ni.. [AceHand SPECTaceLAR]
Nama bukang sebenar tu sunggoh berbelit nak sebot...
Jizzz... Klong! Klong!
Pages:
[1]