Hudud tidak sesuai di Malaysia – Musa Hitam
http://media.therakyatpost.com/wp-content/uploads/sites/4/2015/03/TUN-MUSA-HITAM-AFP-600x360.jpg Mantan Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam berkata hudud tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia ekoran terdapat berbilang bangsa dan agama di tinggal di negara ini. - Foto AFP
KUALA LUMPUR, 21 Mac:Semua parti pembangkang dalam Pakatan Rakyat tidak harus bersikap pura-pura untuk tidak mengetahui bahawa perjuangan PAS dalam memperjuangkan isu hudud adalah begitu lama dan konsisten menjadi sebahagian daripada manifestonya.Mantan Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam berkata dalam masa yang sama, beliau sendiri kecewa dengan UMNO yang dilihat terpinga-pinga sehingga masih belum menentukan pendirian tegas parti itu.“Saya boleh dikatakan begitu lama khuatir atas polisi dan agenda UMNO di sini. UMNO mesti mengambil pendirian tegas. Ini ialah isu nasional yang berimplikasi panjang kepada negara di peringkat domestik mahupun antarabangsa.“UMNO tidak mampu dianggap seolah-olah cuba melebihi PAS dalam hal ini. UMNO janganlah hendaknya mahu menjadi lebih PAS daripada PAS sendiri!” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kata Musa, hudud tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia ekoran terdapat berbilang bangsa dan agama di tinggal di negara ini.“Secara peribadi saya dari awal awal lagi berpendirian bahawa hudud tidak sesuai di negara kita Malaysia. Sebagai seorang bekas penganjur UMNO, saya penuh percaya bahawa hati sanubari UMNO sejak ditubuh hingga sekarangberpendirian hudud tidak sesuai bagi Malaysia yang berupa negara majmuk berbagai keturunan dan agama ini.“Kalaulah saya tersalah faham dalam hal ini, UMNO harus menentukan pendiriannya secepat mungkin. Isu ini sangat penting dan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja,” ujarnya.Malah katanya, bukan sahaja negara yang akan menanggung akibatnya tetapi UMNO juga akan menghadapi akibat buruk sebagai parti politik yang telah begitu banyak berkhidmat kepada bangsa dan negara.“Janganlah hendaknya UMNO memusnahkan diri sendiri iaitu ‘self destruct’!” tegasnya sambil mengharapkan kenyataannya direstui Allah S.W.T.
pendirian UMNO sekian lama dah jelas pun - tak mahukan pelaksanaan hudud.
Dan pendirian tersebut konsisten sejak dari zaman Mahathir lagi.
Apa lagi Musa Hitam mahu? Korupsi pun tak sesuai jugak di Malaysia Musa Hitam ooiiii [AceHand SPECTaceLAR]
Atau dia sebenarnya takot...?
Jizzz... Klong! Klong!
Pages:
[1]