abgsedapmalam Publish time 24-3-2015 08:12 PM

‘Kreativis’ Malaysia mencetus ribut di Geneva

‘Kreativis’ Malaysia mencetus ribut di Geneva
http://bm.theantdaily.com/Documents/Article/26060/Mariam-mokhtar.jpg

67 Perkongsian
0 Comments
Kongsikan:         


SUARA LANTANG: Di Geneva minggu lalu, pendedahan Zunar menyebabkan dakwaan Malaysia negara umat Islam sederhana dan aman tercalar sehingga mencetus panik di kalangan delegasi Malaysia. Ini turut disuarakan Wisma Putra.Zunar dijemput berucap di Majlis Hak Asasi Manusia PBB di Geneva, sebagai tetamu ‘Artikel 19’ satu pertubuhan NGO yang berjuang bagi kebebasan ekspresi dan kebebasan informasi. Walaupun dengan jadual yang sibuk, dia menerajui perhimpinunan spontan di luar pejabat PBB serentak dengan demonstrasi Kita Lawan, bagi menyokong pergerakan Free Anwar Ibrahim.Enam minggu sebelumnya, Zunar menggemparkan hadirin di London dan Oxford, dengan gambarannya tentang Malaysia yang menekan rakyatnya. Pada pagi Zunar berucap di Sommerville College, di Oxford University, beribu naskah bukunya dirampas ketika serbuan polis di pejabatnya di Malaysia. Serangan terbaru menyebabkan Monsoons Book Club (MBC), mendapat lebih banyak undangan, termasuk temubual dengan BBC bagi mendedahkan pelanggaran hak asasi di Malaysia.Ironinya, serbuan ke atas pejabat Zunar berlaku selepas kejadian yang menimpa Charlie Hebdo. Tindakan pengganas menyebabkan pembunuhan tetapi di Malaysia, pihak polis yang mengekang kebebasan bersuara dan menyatakan pendapat.Di Geneva, Zunar mengambil bahagian dalam forum berjudul “Mempertahan Kebebasan Artistik” yang turut disokong Duta AS Keith Harper. Forum kedua dianjurkan FORUM-Asia, yang berjudul “Promoting a safe and enabling environment for Asian Human Rights Defenders”.Zunar menjadi panelis di samping Pelapor Khas PBB bagi Pejuang Hak Asasi Michel Forst. Jurucakap lain termasuk daripada Sri Lanka, Burma dan Pakistan.http://bm.theantdaily.com/Documents/Article/26060/mar22-outspoken-540x300.jpgZunar memberitahu delegasi “Ekspresi artistik perlu dilindungi bagi memastikan artis memenuhi tuntutan sosial. Artis memain peranan dalam mendidik dan memberi informasi melalui hasil seni.”Memperkenalkan terma ‘kreativis’ buat kali pertama, satu ungkapan yang dipopularkan MBC, dia berkata “Apabila negara diperintah rejim regresif, peranan artis dipertingkat kepada kreativis, seorang yang kreatif dan aktivis. Hasil seninya bukan sahaja ekspresi. Ia tanggungjawab sosial.”Zunar memberitahu PBB bahawa parti politik di Malaysia telah memerintah selama 58 tahun dan tidak membenarkan kebebasan bersuara. Katanya “media arus perdana dikawal Akta Percetakan dan Penerbitan. Akta Hasutan diguna bagi mengekang penentangan.”Hadirin kagum dengan kartun Zunar dan menyuarakan kebimbangan terhadap 50 individu termasuk artis dan aktivis, wartawan dan profesor yang ditahan menurut akta hasutan. Katanya lagi “Saya tidak dapat memerhati sahaja. Mendiamkan diri satu jenayah. Artis tidak dapat bersikap neutral. Mereka perlu berani dan membuat pendirian. Pendirian mereka perlu jelas di dalam hasil kerja.“Sebagai kartunis, misi saya ialah “Berjuang dengan Kartun” bai memprotes ketidakadilan dan amalan korupsi yang dilakukan kerajaan.”Andrew Smith daripada Article 19 berkata, “Zunar berhujah dengan baik bahawa kebebasan ekspresi di Malaysia tergugat teruk. Komuniti antarabangsa perlu lantang bersuara di dalam perkara ini.“Kerajaan Malaysia bertanggungjawab bagi memenuhi tanggungjawab hak asasi. Malaysia belum bersetuju dengan perjanjian hak asasi penting seperti International Covenant on Civil and Political Rights. Ini menunjukkan kerajaan belum serius mahu dilihat menghormati hak di mata dunia.”Debbie Stothard, setiausaha FIDH berkata, “Selama berdekad, NGO di Malaysia seperti Suaram dan Aliran, dengan sokongan NGO seperti FIDH, telah menerangkan cabaran hak asasi di Malaysia. Pihak berkuasanya cuba menyekat gambaran ini.“Kenyataan Zunar amat mengejutkan kerana dia kartunis dan bukan aktivis hak asasi tipikal atau pemimpin pembangkang, yang selalunya disasarkan pihak berkuasa.”Sambil bertegas di dalam perjuangan, walaupun pejabat dan pusat percetakan di serbu dengan webmasternya dipaksa mendedahkan butiran nama pembeli, Zunar berkata “Kerajaan Malaysia boleh mengenakan larangan bagi buku dan bahan terbitan tetapi bukan bagi minda saya. Saya akan terus menulis hingga ke titisan dakwat terakhir.”Di dalam seruannya agar PBB melindungi artis, sebagaimana yang termaktub di dalam Deklarasi PBB bagi Hak Asasi, Zunar mencadangkan tanggal 7 Januri dikenalpasti sebagai “The United Nations International Day for Satire and Humour”.Sambil merujuk insiden Charlie Hebdo, Zunar berkata “ Jika Nabi Muhammad masih hidup, adakah baginda akan mengarahkan kartunis dibunuh?”“Tidak! Nabi tidak menggunakan kekerasan terhadap golongan yang tidak menghormatinya.”Zunar kemudian menceritakan kisah Suhail bin Amr, penyajak yang mencerca Nabi tetapi ditangkap di dalam peperangan Badar.Nabi Muhammad menunjukkan belas ihsan dan mengarahkan para sahabat tidak mencederakan Suhail.“Cercaan tidak membawa kepada hukuman mati. Umat Islam mungkin kecewa kerana dicerca oleh kartun, tetapi tiada sesiapapun yang berhak membunuh.”Mariam Mokhtar merupakan rakyat Malaysia yang berani berkata benar

- See more at: http://bm.theantdaily.com/Terkini/-Kreativis-Malaysia-mencetus-ribut-di-Geneva#sthash.dx0K8WeT.dpuf

AceHand Publish time 13-2-2025 01:04 AM

[AceHand SPECTaceLAR]

Zunar dah meninggal kan...?


Jizzz... Klong! Klong!

Pages: [1]
View full version: ‘Kreativis’ Malaysia mencetus ribut di Geneva


ADVERTISEMENT