Apabila juruterbang bertukar menjadi pembunuh beramai-ramai
Apabila juruterbang bertukar menjadi pembunuh beramai-ramaihttp://bm.theantdaily.com/Documents/Article/26296/When%20an%20airline%20pilot%20turns%20into%20a%20mass%20murderer_BAHASA_1024x576.jpg
Kongsikan:
http://bm.theantdaily.com/Documents/Login/132/Mike-Tan_50x50.jpg oleh Mike Tan
SEKILAS PANDANG: Sewaktu lebih banyak maklumat lanjut mengenai nahas Penerbangan Germanwings 9525 timbul, dunia akhirnya terpaksa menghadapi satu fenomena yang sangat membimbangkan yang industri penerbangan telah lama cuba elakkan – pembunuhan menggunakan pesawat.
Digelar bunuh diri juruterbang, ia adalah satu topik sensitif kepada banyak pihak dalam industri penerbangan, bukan sahaja kerana implikasi jenayah dan undang-undang kepada syarikat penerbangan yang terlibat, tetapi juga stigma yang dihadapi oleh ahli keluarga juruterbang itu. Namun bunuh diri mungkin bukan merupakan perkataan yang betul bagi perbuatan sebegitu.
http://bm.theantdaily.com/Documents/Article/26296/Amuk.jpg
Ketua pegawai eksekutif Lufthansa, Carsten Spohr, yang bukan sahaja memperakui kemalangan itu sebagai tindakan sengaja oleh pembantu juruterbang Andreas Lubitz, menghadapi isu itu secara langsung dan menyatakan, "Jika seseorang membunuh diri dan juga 149orang lain, perkataan lain harus digunakan – bukannya bunuh diri."
Sentimen beliau telah mencerminkan sentimen Brice Robins, pendakwaraya Marseille yang mengetuai siasatan itu. Semasa menjawab soalan dalam sidang akhbar mengenai kemalangan itu, beliau berkata, "Apabila anda bertanggungjawab ke atas 150 orang dalam jagaan anda, saya tidak boleh menggelarnya bunuh diri."
Pembunuhan beramai-ramai, amukan- juruterbang dan pembunuhan-bunuh diri adalah antara kata-kata yang dipilih media untuk menggambarkan perbuatan ngeri dan lelaki yang bukan sahaja meragut nyawanya sendiri, tetapi juga nyawa 149 orang lain yang tidak bersalah.
Juru-juruterbang Jerman sementara itu sukar untuk mempercayai bahawa salah seorang daripada mereka telah bertanggungjawab bagi kemalangan itu. Pengarah hal ehwal antarabangsa Persatuan Juruterbang Jerman, James Phillips berang dengan cara penyiasatan itu dijalankan, dengan berkata yang ia kelihatan seperti "siasatan bagi mendapatkan jawapan segera, dan bukannya jawapan yang baik".
Sementara itu, Persekutuan Antarabangsa Persatuan-Persatuan Juruterbang Syarikat Penerbangan mengutuk kebocoran perakam suara kokpit kerana ianya "mengancam keselamatan penerbangan disebabkan ianya mengundang spekulasi kekurangan maklumat daripada media dan orang awam, dan tidak menggalakkan kerjasama dengan penyiasat dalam kemalangan-kemalangan di masa depan".
Katanya, perakam suara kokpit adalah "untuk membantu para penyiasat ... bukan untuk menabur tohmahan”.
Pada hari-hari mendatang, keluarga Lubitz akan terus menghadapi tumpuan media dan kritikan tanpa belas kasihan berikutan peranan Andreas dalam kemalangan itu.
Secara peribadi, saya tidak akan terkejut jika kemalangan itu mencetuskan spekulasi baru mengenai MH370, khususnya Kapten Zaharie Ahmad Shah. Beberapa hari selepas kehilangan MH370, siasatan terarah kepada juruterbang itu, yang menyebabkan ramai pihak mempersoalkan sama ada kehilangan itu merupakan sebuah kes bunuh diri juruterbang.
Walaupun teori bunuh diri juruterbang telah digugurkan, keluarga Zaharie terus bergelut dengan keraguan dalam kehilangan pesawat dan peranannya, jika ia benar-benar berlaku.
http://bm.theantdaily.com/Documents/Article/26296/When%20an%20airline%20pilot%20turns%20into%20a%20mass%20murderer_TEXT.jpg
Kakaknya, Sakinah Shah baru-baru ini merayu kepada orang ramai supaya berhenti mempersalahkan abangnya di atas kehilangan MH370 dalam satu kenyataan pada 6 Mac, dua hari sebelum ulang tahun. Kekecewaan beliau adalah jelas dalam kata-katanya: "Mengikut keadaan semasa, dengan tidak ada bukti yang nyata, TIADA SESIAPA, dari ahli politik, ahli sains, pakar penerbangan, penyiasat kemalangan pesawat, juruterbang, bekas juruterbang, media atau sesiapa sahaja...
TIADA SESIAPA DARI ANDA berhak untuk mempersalahkan Kapten Zaharie Ahmad Shah bagi sebarang salah laku.”Walaupun penyiasat dijangka bakal menentukan sama ada Lubitz bertanggungjawab bagi kemalangan Germanwings ini, kegagalan pihak berkuasa Malaysia mencari MH370 atau memberikan apa-apa jawapan yang jelas bermakna bahawa keluarga Zaharie akan perlu terus hidup dengan stigma yang beliau adalah juruterbang yang menyebabkan kehilangan MH370.
Kalau pilot tu org Islam, mesti dah kena label terrorist awal-awal oleh pihak media... Wowwwwww skeriiiiiiiii:funk::funk::funk::mad: Kalau bukan Islam chances bununh diri tu ada la jugak...tp org melayu Islam mcm kapt Zahari tu kita tolak tepila teori bunuh diri tu cube kalo pilot tu islam.. bodoh punye kokesen.. for me, tak nak dengar desas-desus media itu ini. cuma terus bertanya , 'DIMANA MH370?' [AceHand SPECTaceLAR]
Kalau pemandu bas...?
Jizzz... Klong! Klong!
Pages:
[1]