Ke mana perginya semua kekayaan negara?
Mok Khuen: Terima kasih kerana mengutarakan isu ini. Ia sukar dibayangkan, kita seharusnya jauh mendahului Singapura dari segi ekonomi, tetapi kini jauh ketinggalan, mundur ke tahap yang begitu rendah.
Walaupun dengan hutan kita yang melata, tanah yang luas kaya dengan galian, mereka yang memegang tampuk kuasa dapat membazirkan kesemuanya, apakah penyelesaiannya?
Md Sezehli: Negara kita telah reput sehingga ke terasnya. Skandal, rasuah, manipulasi, saya tidak nampak penghujung semua kegilaan ini.
Moses Jolly: Ibu bapa bertanggungjawab untuk mula menabung bagi anak-anak mereka, sebelum ibu bapa berkahwin.
Teng Meng: Menyedihkan. Sangat, sangat menyedihkan. Kita boleh menjadi seperti Brunei di mana rakyatnya mendapat wang dari kerajaan, dan tidak perlu membayar cukai. Ke mana perginya kesemua kekayaan negara, mungkin soalan bodoh?
Seow Sing Randy Yong: Jadi apakah penyelesaiannya? Kita rakyat Malaysia masih tidur. Jika mereka terjaga BN mungkin tidak lagi dapat menjadi kerajaan. Ramai rakyat Malaysia tidak bimbang tentang generasi akan datang. Mata mereka dibutakan bantuan-bantuan picisan. Ini akan menghasilkan rakyat Malaysia masa hadapan dan masa kini yang banyak berhutang.
Kita tidak boleh menyalahkan BN, kita yang harus dipersalahkan kerana mengundi mereka pada pilihan raya yang lepas. Terima kasih kepada yang menyokong mereka, dan ini adalah apa yang berlaku kepada anda sekarang.
Snookie Boo: Bukan Malaysia sahaja. Kebanyakan negara berada dalam senario yang sama. Salahkan golongan elit. Mereka sebenarnya makan tengah hari bersama-sama dan membincangkan cara untuk menindas kita.
Penny: Pasangan-pasangan yang baru berkahwin, lebih baik anda membaca ini dan pertimbangkan secara serius, sebelum memulakan keluarga!
MusaNg: “...apa yang kita ada hari ini adalah hutang persekutuan berjumlah sekurang-kurangnya RM800 juta atau lebih..."
Biar betul!!!
Jadi, memandangkan kita mempunyai penduduk berjumlah kira-kira 30 juta, bahagian saya dalam hutang itu adalah kira-kira RM27,000!
Komen-komen ini diberikan oleh pembaca rencana, “Every baby born in Malaysia is a debtor...” yang diterbitkan pada 7 April. [AceHand SPECTaceLAR]
Kena pow dengang menteri...
Jizzz... Klong! Klong!
Pages:
[1]