CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: along3746

Isu Lynas-Loji Lynas sedia beroperasi dalam tempoh tiga minggu- MCA Bantah Kilan

  [Copy link]
Post time 28-2-2012 11:01 AM | Show all posts
India dan Amerika nak buat loji pemprosesan nadir bumi. Mereka boleh buat. Kami negara kecil. Ape-ape berlaku, mana nak sorok? Kat Amerika, kalau satu kawasan die rosak, die boleh seal off. Kat Australia, macam tak de gunung tinggi yang boleh sekat udara tercemar dari tersebar luas. Itu yang mereka khuatir dan block loji jenis ini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2012 11:02 AM | Show all posts
kita x boleh bergantung pada oil n gas dan perladangan sahaja...rare earth satu komoditi y ...
abgboroi Post at 28-2-2012 10:56


kalau lombong memang ada kat negeri sundri takpa jugak...
ini sanggup hangkut ribu2 batu semata2 sebab nak proses...
lepas tu sisa kena tanggung
gila lah...
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2012 11:03 AM | Show all posts
Reply 359# abgboroi


    Bodoh bangang wal bengong lah Ostolia kalau gitu sebab membiorkan China memonopoli sisa buangan depa plak kah kah kah {:4_502:}
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2012 11:05 AM | Show all posts
apsal ada cop radioaktif hah.. kan pencacai UMNO dengar kata pemimpin kahlifah mereka kata  ...
totokreturn Post at 28-2-2012 10:54



    Khalifah tu kan 'PAKAR' depa..
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2012 11:10 AM | Show all posts
kalau lombong memang ada kat negeri sundri takpa jugak...
ini sanggup hangkut ribu2 batu semata ...
petola Post at 28-2-2012 11:02



    eheheh...cuba baca ni...di petik dari sebuah blog....

Kenapa Malaysia Memerlukan Kilang Memproses Nadir Bumi Lynas @NajibRazak ?

Kecoh tentang pembukaan kilang memproses nadir bumi di Gebeng, Pahang oleh syarikat Lynas Malaysia Sdn. Bhd. Aku tergerak untuk membuat sedikit kajian tentang isu ini selepas menonton video yang dirakam dalam bahasa Malaysia oleh seorang warganegara Australia sendiri berkaitan isu ini. Kalau dah sampai macam tu, nampak sangat perkara ini bukanlah perkara yang remeh.

Setelah membaca artikel berkaitan Rare Earth Elements di laman National Geographic, aku berpendapat Malaysia memerlukan kilang memproses nadir bumi ini. Kita kena ingat, ekonomi kita sangatlah bergantung kepada pengeluaran petroleum. Bila sampai masanya, pengeluaran produk hasil daripada petroleum akan berkurangan sekali gus mengurangkan pendapatan negara. Walaupun ada industri lain seperti minyak sawit, industri seperti ini tidaklah memberi impak yang besar pada ekonomi kerana permintaan dunia tidaklah tinggi.

Nadir bumi ini diperlukan untuk menghasilkan komponen peralatan elektronik. Hasil daripada penggunaan nadir bumi inilah kita dapat menikmati peralatan elektronik yang nipis, kecil dan ringan seperti iPad 2 kerana komponen yang terhasil daripada penggunaan nadir bumi ini adalah lebih baik dan efisyen berbanding komponen yang dihasilkan menggunakan bahan tiruan.

Sekarang ini, negara China membekalkan sehingga 97% permintaan dunia untuk nadir bumi yang diproses untuk kegunaan industri. Dengan kuasa yang besar seperti itu, mereka boleh mengehadkan pembekalan sekali gus menyebabkan kenaikan harga barangan elektronik seluruh dunia. China merancang untuk mengurangkan eksport nadir bumi yang telah diproses dengan alasan untuk kegunaan dalam negara mereka walaupun kita semua tahu bahawa mereka sengaja mengekspoitasi monopoli mereka dalam pasaran dunia supaya harga bahan ini meningkat.

Permintaan untuk bahan ini tak akan berkurangan kerana industri pembuatan elektronik memerlukan bahan ini. Oleh itu, pembukaan kilang pemprosesan nadir bumi di Malaysia, merupakan satu langkah yang baik untuk menambahkan pendapatan negara. Kilang yang dibuka di Gebeng, Pahang itu akan berupaya menghasilkan nilai eksport sebanyak RM8 billion setahun dan dijangkakan meningkat dari tahun ke tahun. Ini dapat memberikan pendapatan tetap yang lumayan kepada negara kita kerana kilang tak banyak negara mempunyai kilang pemprosesan nadir bumi ini.

TETAPI

Apa yang bodoh aku lihat dalam projek ini ialah:

Keputusan yang dibuat oleh individu untuk mengeluarkan lesen pembinaan kilang tersebut pada tahun 2008 dibuat tanpa pengetahuan orang awam, termasuklah rakyat Pahang itu sendiri. Apabila negara mula melibatkan diri dalam pemprosesan bahan radioaktif, kajian menyeluruh perlu dijalankan sebelum apa-apa lesen atau arahan dikeluarkan untuk memulakan pembinaan.

Apabila negara memberikan lesen kepada syarikat luar untuk membuka kilang pemprosesan mereka, harapan kita adalah supaya dapat membuka peluang pekerjaan yang banyak kepada rakyat negara ini. Namun dalam hal kilang pemprosesan nadir bumi oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd, peluang pekerjaan yang dibukan adalah sebanyak 350 sahaja. Langsung tak berbaloi dan tidak akan memberikan impak ekonomi yang diharapkan.

Pengecualian cukai selama 12 tahun. Ini adalah yang paling bodoh. Kita terlalu baik sampaikan industri yang menghasilkan sisa buangan radioaktif diberikan pengecualian cukai walaupun industri tersebut dianggarkan akan membuat untung berbillion ringgit pada tahun pertama pembukaannya. Bila negara tak dapat satu sen pun daripada industri yang sememangnya membahayakan rakyat ini, apa gunanya kita berikan mereka lesen untuk beroperasi di negara kita?

Menteri Western Australia, Hon Norman Moore memaklumkan sisa buangan radioaktif itu adalah milik Malaysia dan tidak akan diterima balik oleh Australia.

Lokasi yang terlalu dekat dengan kawasan kediaman. Jarak 2 km dari Balok dengan kepadatan penduduk seramai 16700 orang. Jika diambil kira keluasan evakuasi di Fukushima dengan jarak 40km dari Gebeng Kuantan, kebocoran sisa radioaktif akan melibatkan keseluruhan penduduk di Kuantan, Gambang, Cherating malah Kemaman di Terengganu sekalipun. Jumlah penduduk yang mungkin terlibat boleh mencecah hampir 800 hingga 900 ribu secara keseluruhannya dengan Kuantan sahaja di sekitar 600 hingga 650 ribu orang. Syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Australia adalah minima 35 km dari kawasan penempatan penduduk.

Denda RM50 juta seperti yang termaktub di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom Perenggan 59 (1) untuk setiap bencana kepada Lynas dilihat cukup ringan berbanding hasil RM8 Billion setahun. Hanya satu bencana yang melibatkan sisa radioaktif memadai untuk menjadi ancaman yang serius dan kekal lama kepada semua.

Kesan terhadap penduduk di kawasan sekitar kilang tersebut (Kuantan & Kemaman khususnya):

Nilai hartanah akan merudum kerana tiada siapa yang mahu membeli tanah atau kediaman di sekitar Kuantan dan di Kemaman.
Ancaman kepada syarikat berdekatan khususnya Petro-Kimia seperti Kaneka, MTBE, Petronas BASF dan BP Chemicals. Kerugian yang besar jika operasi mereka terganggu dengan insiden kebocoran sisa radioaktif yang boleh menjejaskan kesihatan pekerja mereka.
Pelabur baru dari luar negeri dan dari luar negara tidak akan berminat untuk melabur kerana ancaman sisa radioaktif daripada Lynas. Risiko terlalu tinggi.

Sektor pelancongan (Cherating) & perikanan (Kuantan) kemungkinan besar akan terjejas.


Nadir bumi yang dilombong di Mount Weld mengandungi beberapa mineral utama dan diantaranya ialah monazite. Monazite adalah bahan radioaktif. Di dalam bahan mineral monazite ini terdapat thorium, cerium dan lanthanum. Monazite kaya dengan thorium dan thorium ini juga adalah bahan radioaktif yang tinggi dan boleh digunakan untuk menggantikan uranium dalam menghasilkan tenaga nuklear. Berikut adalah kes-kes yang berkait rapat dengan thorium:

Syarikat Mitsubishi Chemical yang terlibat dalam industri pemprosesan nadir bumi di Bukit Merah dikaitkan dengan 8 kes leukimia dan 7 kes kematian. Telah ditutup pada tahun 1992 dan kerja-kerja pembersihan sisa masih berjalan sehingga ke hari ini (hampir 20 tahun) dan telah menelan belanja lebih RM300 juta.

Kesan toksik dan radioaktif dari industri ‘rare-earth’ di Baotou Mongolia. Setiap langkah pemprosesan nadir bumi yang bermula dari perlombongan bijih ke ‘rare earth oxide’ atau ‘rare-earth metals’ banyak menggunakan bahan asid dan kimia. Malah ketika perlombongan bijih, bahan asid akan dimasukkan ke lubang yang digali. Sisa buangan radioaktif khususnya Thorium juga dihasilkan ketika melalui semua proses itu. Kebocoran bahan asid, kimia dan sisa radioaktif ini yang banyak berlaku di Baotou terbukti telah menyebabkan kemusnahan kepada hasil pertanian dan kesihatan seperti kerosakan hasil tanaman, gigi tercabut dan rabut putih atau beruban diawal usia muda sekitar 20-an. Malah kematian disebabkan kanser juga direkodkan walaupun lokasi penempatan penduduk berada 10KM dari kawasan penyimpanan sisa buangan radioaktif itu.

Kajian yang dilakukan oleh Kolej Perubatan Jiangxi di China dari sample darah dan ujian IQ pada kanak-kanak mengemukakan kesimpulan bahawa kanak-kanak di sekitar umur 7-10 tahun yang tinggal berdekatan dengan kawasan pemprosesan nadir bumi berkemungkinan mempunyai IQ atau kecerdasan akal yang lebih rendah berbanding mereka yang tinggal jauh atau yang tinggal di kawasan yang terkawal.

Aku berpendapat, projek Lynas ini sangatlah tidak sesuai dan berisiko tinggi. Projek ini boleh dijalankan sekiranya lokasi kilang tersebut diletakkan dalam kawasan kawalan 35 km minimum seperti yang digariskan oleh kerajaan Australia dan boleh menjadi sumber pendapatan yang lumayan kepada negara sekiranya cukai dikenakan terhadap syarikat Lynas Malaysia Sdn Bhd. Kalau dua yang aku sebutkan ini tak berlaku, maka sebagai rakyat tentanglah projek ini habis-habisan. Ini adalah untuk kebaikan kita bersama.

Tugas aku melalui blog ini adalah untuk menyampaikan maklumat. Kepada blogger lain yang mempunyai rasa tanggungjawab, sampaikan maklumat ini melalui blog anda. Copy paste dibenarkan macam biasa. Tweetkan kepada Najib Razak. Harap usaha kecil sebegini dapat mengubah sesuatu.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2012 11:11 AM | Show all posts
Khalifah tu kan 'PAKAR' depa..
Manami Post at 28-2-2012 11:05



   khalifah agong tuh kan tohan mereka... just say "NO" pun mereka sujud syukur percaya amat dah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-2-2012 11:58 AM | Show all posts
sekitar himpunan hijau2.0










































Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2012 02:35 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2012 03:06 PM | Show all posts
Projek lynas dah start second phase..lesen dr aelb utk operasi pun dah dpt...projek construction keep delaying sbb UGL tak pernah ada pengalaman buat plant...

Dan aku tk pernah menyokong kewujudan lynas..betol2 hampir  dgn rumah aku...tp bg aku mudah..walau bagaana bantah projek dan kilang tetap jalan malah akan operasi..dr membantah bail fikir cara nak overcome risiko2 yg ada pastikan cpntractor sepeeti UGL buat yg terbaik dr segi spesifikasi kilang serta teknologi pemonitoran pencemaran dan pendedahan radiasi...buat researched utk recycle bahan radioaktif ikut prinsip "dari buaian sampai kubur"

Aku dah sampai masa kita buat penekanan pada mereka utk lynas memberi jaminan tentang kemaslahatan manusia gebeng, balok dan sekitar..
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2012 03:30 PM | Show all posts
Projek lynas dah start second phase..lesen dr aelb utk operasi pun dah dpt...projek construction kee ...
pressor Post at 28-2-2012 15:06


cara terbaik... PRU nanti tukar kerajaan.. desak kerajaan baru pakatan rakyat membayar pampasan agar menutup kilang lynas tersebut...sekarang nak pikir save ker tak save ker tak bleh.. kalau dia nak bocor, tetap gak bocor nanti.. kita nak lalu dekat kilang dia pun tak bleh.. dah macam kilang buat bom atom plak rasanya.. padahal cukai duty free 12 tahun tuh.... bangang campur bodoh kerajaan UMNO BN malaysia...
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2012 03:37 PM | Show all posts
Ahli-ahli parlimen BN percaye mereke hanye akan kalah due kerusi sahaje di Pahang, iaitu Kuantan dan Indera Mahkota, pada PRU ini.

The Malaysian Insider:
If I’m the PM, would I allow it if I would lose power? Never mind the kampung people, even educated people don’t really care about this,” the Felcra chairman said.

Orang kampong aje... kate orang BN
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2012 03:50 PM | Show all posts
dari dulu lagi aku cakap... PM malaysia nih sememangnya org yg bangang khas untuk menjadi leader pada org2 yg bangang juga.....

BANTAHAN TERUS DATANG



PM : KILANG LYNAS SELAMAT DARI SEGI FAKTA SAINTIFIK
- minsider

Najib Razak mengetepikan kebimbangan yang dibangkitkan peserta demonstrasi anti-Lynas, menegaskan loji pembersihan nadir bumi bernilai RM700 juta di Kuantan adalah selamat dari segi “fakta dan saintifik”.

Perdana Menteri mendakwa pembangkang menggunakan isu itu untuk mendapatkan sokongan politik dengan menyerang kerajaan.

“Tetapi apa yang mereka lakukan ini tidak menemui sebarang penyelesaian.
“Kita mahu mencari penyelesaian yang boleh diterima tetapi pada masa sama tidak akan menjejaskan pelaburan kita,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri satu majlis di sini petang tadi.

Ribuan peserta anti-Lynas menyertai perhimpunan aman pembangkang di Kuantan hari ini, bantahan terbesar terhadap pembinaan kilang nadir bumi yang dijangka memulakan operasi hujung tahun ini.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...KALAU SELAMAT KENAPA MAT BANGANG TAK PINDAH KE GEBENG?... kah kah kah..

kah kah kah...KALAU SELAMAT KENAPA TAK BUAT KILANG INI DI PUTRAJAYA...kah kah kah..

kah kah kah...BUAT LAH DI PEKAN ATAU DI PAGOH... kah kah kah..

woit...KALAU SELAMAT KENAPA ORANG AUSTRALIA TAK TERIMA KILANG INI?..... kah kah kajh..

woit... DULU MAT MONGOL... SEKARANG DAH JADI MAT BANGANG...kah kah kah




NOTA:
siapa agaknya telah di rasuah?
3 tahun cadangan syarikat lynas
kepada kerajaan terangganu
busuk busuk idris jusuh
dia tak racun ikang

dalam masa dua minggu
cadang ini diajukan kepada
kerajaan pahang
ianya telah lulus
sila teka siapa dapat duit
kah kah kah
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2012 04:01 PM | Show all posts
Reply 370# totokreturn


    Plus TAMAK HALOBA... Tak cukop2 ke handbags tu gaknya
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2012 04:08 PM | Show all posts
Reply  totokreturn


    Plus TAMAK HALOBA... Tak cukop2 ke handbags tu gaknya
Manami Post at 28-2-2012 16:01



   nak kumpul duit nak beli cincin permata pink yg baru jumpa arituh...
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2012 04:15 PM | Show all posts
dari dulu lagi aku cakap... PM malaysia nih sememangnya org yg bangang khas untuk menjadi leader pad ...
totokreturn Post at 28-2-2012 15:50


NOTA:
siapa agaknya telah di rasuah?
3 tahun cadangan syarikat lynas
kepada kerajaan terangganu
busuk busuk idris jusuh
dia tak racun ikang

dalam masa dua minggu
cadang ini diajukan kepada
kerajaan pahang
ianya telah lulus
sila teka siapa dapat duit
kah kah kah

   
hasan ali?
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2012 04:17 PM | Show all posts

K'jaan bantah permohonan penduduk cabar TOL Lynas

Hafiz Yatim
1:10PM Feb 28, 2012



Pejabat Peguam Negara hari ini membuat bantahan awal terhadap permohonan sepuluh penduduk yang mencabar tindakan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) memberikan lesen operasi sementara (TOL) kepada syarikat pemprosesan nadir bumi Lynas.

Ia dibuat bagi pihak syarikat dari Australia itu yang sedang mendirikan loji yang bernilai RM700 juta di Gebeng, berhampiran Kuantan dengan hujah penduduk tidak menggunakan sepenuhnya segala peluang yang ada, termasuk merayu kepada menteri.

Pendakwaraya Persekutuan kanan Suzana Atan dan Norhisham Ismail membangkitkan bantahan awal itu, apabila kes berkenaan disebut dalam kamar pagi ini.

Pemohon berkenaan, termasuk seorang pegawai waran tentera laut yang telah bersara, seorang pengurus kilang dan seorang pemasang mekanikal mahu lesen TOL itu dibatalkan sekiranya permohonan mereka dibenarkan

Lynas memohon memberikan jawapan kepada afidavit pemohon, serta satu lagi afidavit oleh seorang jurutera kimia yang turut merakamkan pendapatnya berhubung loji penapisan sisa radioaktif itu.

Hakim Datuk Rohana Yusof kemudiannya menetapkan 20 Mac untuk mendengar perkara berkenaan.

Pemohon diwakili oleh peguam K Shanmuga dan Aston Paiva, manakala Lynas pula oleh peguam Dominic Puthucheary.



k'jaan lebih sanggup beking kompeni omputeh dari rakyat sendiri..bengong!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2012 04:22 PM | Show all posts
NOTA:
siapa agaknya telah di rasuah?
3 tahun cadangan syarikat lynas
kepada kerajaan terangga ...
petola Post at 28-2-2012 16:15



   molot2 longkang dalam lynas katanya pemerintah malaysia dan raja negerinya ada makan skit jangka panjang....syhh.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2012 04:23 PM | Show all posts
Reply 376# kecimpret


    RAKYAT DIDAHULUKAN apakebendanya camnih??
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2012 05:13 PM | Show all posts
eheheh...cuba baca ni...di petik dari sebuah blog....

Kenapa Malaysia Memerlukan Kilang ...
abgboroi Post at 28-2-2012 11:10



aku dah paste info ko bagi nih kat member FB aku orang kuantan sendiri.... abis dorang meroyan cakap alah.. nih semua politik pembangkang jerk....ko berak tuh pun ada toksid.. henpon pun ko takleh guna sebab ada toksid..tak reti aku nak jawab dah....hahahahahaa{:4_241:}{:4_241:}
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2012 06:07 PM | Show all posts
cara terbaik... PRU nanti tukar kerajaan.. desak kerajaan baru pakatan rakyat membayar pampasan  ...
totokreturn Post at 28-2-2012 15:30



    bro..every industry have pwn risk...the things is how we tackle the risk

utk pru kawasan kami mmg dah dr dulu diperintah oleh opposition.dun pas.men.parlimen..so nothing to ..change on pru..tp perubahan tetap tk nampak jugak dan umno ttp menyerlah dalam menyumbang bantuan kepada kroninya..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-9-2024 08:54 PM GMT+8 , Processed in 0.694958 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list