CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: FaithNoMore

Doa solat jemahat pun mau pertikai.....

  [Copy link]
Post time 21-8-2010 12:53 AM | Show all posts
inilah agama Islam bagi puak2 UMNO, lebih penting samaada boleh tak doa dekat orang kafir atau tak
bila dah lama hidup sikit, tgk ada benda yg menyalahi adat diaorg, dikatakan benda tu ada masalah dengan Islam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2010 12:54 AM | Show all posts
Pada 13 Ogos 2010, dalam solat Jumaat di Masjid Jamek Padang Menora, Tasek Gelugor, Pulau Pinang, nama Yang Dipertuan Agong telah digantikan dengan nama Lim Guan Eng dalam doa khutbah jumaat. Zakaria Ahmad (Khatib Masjid Padang Menora) telah bertindak sedemikian dengan alasan bahawa semua pemimpin tak kira beragama apa pun harus didoakan kesejahteraannya supaya dapat memimpin dengan selamat dan tenang.



Salah seorang saksi tampil memberitahu Buletin Utama Tv3 pada 20 Ogos 2010. Apakah Exco Agama Islam Pulau Pinang mahu berbohong lagi dengan kenyataan ini?

Para jemaah dan AJK masjid telah bertindak membantah tindakan Zakaria Ahmad. Namun aduan jemaah tidak diambil peduli oleh masjid yang dikuasai oleh orang -orang PAS itu kerana mereka berpendapat, itu adalah hak imam untuk mendoakan sesiapa pun yang mereka mahu dalam solat Jumaat. Memang mereka ini tidak waras menurut kata Abdul Malik Abul Kassim (Exco Hal Ehwal Agama Negeri Pulau Pinang). Abdul Malik jangan cepat menafikan, perlu menyiasat kariah solat jumaat di Masjid Padang Menora pada 13 Ogos lepas. Lebih baik jika siasatan ini dibuat oleh pihak ketiga yang bebas bukan pihak kerajaan negeri bagi menjamin ketelusan proses siasatan.



Lim Guan Eng bukanlah ketua agama Islam di Pulau Pinang. Ketua Agama Islam adalah Yang Dipertuan Agong. Mengapa perlu mempolitikkan institusi raja sampai begitu sekali? Pihak jawatankuasa Masjid Padang Menora yang bertindak keterlaluan tersebut sewajarnya menerima tindakan yang sepatutnya daripada pihak berkuasa. Betapa tidak warasnya orang-orang PAS yang berbuat sedemikian. Mereka nampaknya sudah teramat taksub kepada Lim Guan Eng. Membandingkan khalifah Umar Abdul Aziz dengan Lim Guan Eng adalah perkara yang paling amat tidak waras sekali. Menyamakan Guan Eng dengan Kuan Yew mungkin dianggap sebagai waras.

Sedarkah mereka, dalam diam-diam, DAP sedang meminta untuk memisahkan Pulau Pinang dari Malaysia sebagaimana yang berlaku kepada Singapura. Ini niat sebenar DAP. Pulau Pinang bakal bertukar jadi tanah jajahan kedua DAP selepas Singapura. Ustz Azizan Abdul Razak (MB Kedah) perlu bercakap benar dan mendedahkan niat Guan Eng ini kepada umum. Kalau menang pilihan raya ke-13, inilah janji DAP sebenar. Orang Melayu kena tipu dengan duit RM100 setahun, DAP dapat tanah di Pulau Pinang. Orang Melayu sudah tiada masa, cepat-cepatlah bersatu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2010 12:59 AM | Show all posts
marilah kita sibuk mempertikaikan samaada boleh atau tak doa kepada Lim Guan Eng
mungkin boleh dapat pahala yg banyak kalau halang benda2 mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2010 01:01 AM | Show all posts

Tindakan Zakaria Ahmad juga disahkan oleh kariah tempatan, Shuib Saad dan juga Rozali Ismail yang juga merupakan diantara jemaah pada hari tersebut. Jika pihak TV3 boleh membuat siasatan terperinci hanya dalam masa satu hari, apakah Jabatan yang dikepalai oleh Malik Itik ini nak tunggu Suruhanjaya di Raja dibuat baru boleh mulakan penyiasatan?

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2010 02:20 AM | Show all posts
Post Last Edit by abrar1 at 21-8-2010 02:21
marilah kita sibuk mempertikaikan samaada boleh atau tak doa kepada Lim Guan Eng
mungkin boleh dapa ...
DTECCONAN Post at 21-8-2010 00:59


cover jangan tak cover....semua geng kungfuatan buat semua betoi....ish tak paham aku...agama kalau agamalah...politik kalau politiklah...apa lah punya turrrrrrrrrrr.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2010 02:27 AM | Show all posts
PAS memang suka mempertahankan kesalahannya walaupun ternyata salah apatah lagi kalau UMNO yang buat ...
paler kembang Post at 21-8-2010 00:28



    tu la masalah kat parti2 politik negara ni.. kalu dah salah ngaku jelah.. takyah la nak pertahankan.. lagipun kita ni bukannya maksum.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-8-2010 02:29 AM | Show all posts
Pak cik ni ke tokapi?.
Anak_Nogori Post at 21-8-2010 00:39



    2 org ni je ke dengar khutbah tu? aku curious sikit kalu saksi 2 orang ni je.. kecuali kalu ramai2 dekat 40 org mai ngaku dengar khutbah tu. tak taula kalu solat jumaat tu, 2 org ni je datang dengar khutbah. yg lain tu datang lepas khutbah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2010 04:50 AM | Show all posts
2 org ni je ke dengar khutbah tu? aku curious sikit kalu saksi 2 orang ni je.. kecuali kal ...
moskau12 Post at 21-8-2010 02:29


tak tahu lah..itu diberitakan....yg eloknya biar polis siasat...TPM pun suruh siasat...

siasat dua orang ni dulu..lepas tu tanya la siapa lagi yg dengar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-8-2010 05:12 AM | Show all posts
Guan Eng dah jadik ydp pulau pinang.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2010 09:40 AM | Show all posts
Post Last Edit by tokapi at 21-8-2010 09:42
Pak cik ni ke tokapi?.
Anak_Nogori Post at 21-8-2010 00:39


Pakcik tu la AN.... ni ada bideo depa bercakap...



Ni berita masuk dalam Utusan..

Dua ahli kariah masjid akui doa sebut KM


TASEK GELUGOR 20 Ogos - Dua ahli kariah dari dua buah masjid berbeza di Pulau Pinang mengesahkan berlaku penggunaan nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat seperti yang didedahkan oleh Badan Perhubungan UMNO negeri semalam.


Mereka ialah Pengerusi Kariah Masjid Jamek Padang Menora di sini, Hamir Mahmud dan ahli kariah Masjid Jamek Jelutong, Abu Kassin Ismail.

Hamir mengakui nama Guan Eng ada disebut oleh seorang khatib jemputan, Zakaria Ahmad ketika membacakan doa kedua khutbah solat Jumaat pada 25 Jun lalu.

Beliau turut mengesahkan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin tidak disebut dalam doa khutbah pada hari tersebut walaupun lazimnya ia merupakan doa yang diberikan kepada Seri Paduka selaku ketua agama Islam di Pulau Pinang.

''Rakan-rakan kariah masjid ada menjemput dia (Zakaria) untuk memberi khutbah dan kita tiada halangan.


"Kalau ditanya mengenai isu ini, kita memang akui nama ketua menteri memang ada disebut dalam doa khutbah.

''Nama Yang di-Pertuan Agong tidak disebut langsung tetapi ingin saya tegaskan bahawa pihak kariah sendiri tidak membuat apa-apa arahan atau permintaan supaya nama ketua menteri disebut dalam doa khutbah," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Hamir menambah, jawatakuasa kariah mempertahankan penggunaan nama Guan Eng dalam doa khutbah kerana mendakwa ia bertujuan memohon kepada Allah supaya Setiausaha Agung DAP itu diberi petunjuk dan hidayah untuk memeluk Islam.

Ditanya kenapa nama Guan Eng disebut dalam doa berkenaan tetapi tidak nama Yang di-Pertuan Agong, Hamir menjelaskan, beliau sendiri tidak pasti kerana dalam teks doa tertera nama Tuanku Mizan.

"Mungkin dia (Zakaria) terlupa sebab dia pun dari Perak bukan dari sini," ujarnya..

Hamir juga mengakui kejadian itu menyebabkan pihaknya dipanggil oleh Jabatan Agama Islam Seberang Perai Utara (SPU) untuk memberi penjelasan.

Sementara itu, Abu Kassim yang juga Ketua UMNO Bahagian Jelutong memberitahu, perkara sama turut berlaku di masjid di kawasannya kira-kira dua hingga tiga bulan lalu.

Menurutnya, khatib ketika itu hanya menyebut nama Guan Eng dalam doanya dan bukan Tuanku Mizan atau Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abas.

Menceritakan keadaan ketika itu, beliau menjelaskan, para jemaah agak tergamam apabila mendengar khatib membacakan bacaan doa berkenaan.

"Ada dalam kalangan jemaah berpandangan di antara satu sama lain dan tertanya-tanya mengenai kejadian itu.

"Kenapa khatib tidak menyebut nama kedua-dua pemimpin utama ini sedangkan nama Guan Eng disebut, itu yang kita tidak pasti," katanya.
-- http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&;dt=0821&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

SEBAB TU, penting untuk khatib yang bertauliah sahaja diberi tugas membaca khutbah.. dok bagi alasan khatib dari Perak, tapi tak ikut teks Jabatan Agama, inilah jadinya....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2010 09:50 AM | Show all posts
Pakcik tu la AN.... ni ada bideo depa bercakap...



Ni berita masuk dalam Utusan..

  ...
tokapi Post at 21-8-2010 09:40



    Mcm yg sy cakap lah, bila masa lobai2 ni pernah ikut teks jabatan agama cite pasal buah-buahan,yang depa sentap tiba2 apsal?
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2010 09:51 AM | Show all posts
dalam Islam diwajibkan sebut nama Agong dalam khutbah Jumaat, kalau tak sebut maka tak sah
tu yg ada org nak mainkan isu ni sebagai isu yang boleh membawa kepada masalah Islam
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2010 10:19 AM | Show all posts
Kes cam nie pung UMNGOK nak jdkan isu beso......... tak abis2 ngan bangangnyer.......

Kes org yg turunkankan tangan berdoa masa imam sebut nama Agong atau Sultan depa tak nampak ker.......... pi le siasat knapa depa wat cam nie........
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2010 10:20 AM | Show all posts
Hanya salah faham - Imam

TASEK GELUGOR 20 Ogos - Imam Masjid Jamek Padang Menora, Ibrahim Ishak mengakui khatib ada menyebut nama Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat baru-baru ini.

Bagaimanapun katanya, ia bermaksud semoga Allah membukakan hati Guan Eng untuk menerima Islam.

Beliau menjelaskan, khatib berkenaan bukannya mendoakan kesejahteraan Guan Eng dunia dan akhirat kerana perkara itu adalah salah.

Ibrahim juga mengakui nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin tidak disebut dan beliau telah menegur khatib terbabit dan mengakui kesilapan yang dilakukannya.

''Isu penggunaan nama Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat berpunca daripada salah faham di kalangan jemaah sendiri.

''Ramai di kalangan mereka tidak faham mengenai doa yang dibacakan oleh khatib jemputan pada hari berkenaan.

"Ada jemaah yang tak faham bahasa Arab, salah faham tentang maksud doa yang dibacakan itu,' katanya ketika ditemui di masjid tersebut di sini hari ini.

Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang semalam membantah penggunaan nama Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong di beberapa masjid, baru-baru ini.

Menurut Ibrahim, pada setiap bulan pihak masjid akan menjemput khatib luar untuk membacakan khutbah di situ.

Katanya, adalah perlu bagi khatib dan jemaah mendoakan pemimpin negara dalam setiap doa yang dibaca mereka.

"Saya amat kesal dengan apa yang berlaku dan kami akan buat siasatan siapa yang menyebarkan berita tak betul ini," ujarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2010 10:30 AM | Show all posts
Doa orang supaya peluk Islam rupanya.
Salah ka tak ni?
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2010 11:05 AM | Show all posts
"Katanya, adalah perlu bagi khatib dan jemaah mendoakan pemimpin negara dalam setiap doa yang dibaca mereka."

hehehe.....yg KORUP kene doakan juga kaa??.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2010 11:10 AM | Show all posts
Reply 134# mamaque_
mengaku mmg ade rupanye...
so yg kate pitnah tuh kite spin cakap doakan untuk pemimpin tak salah
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2010 11:12 AM | Show all posts
bab doa pun nak gaduh...
tapi yelah nama pun sembahyang berjemaah...ada yg suka ada yg tak suka....adatlah manusia...jadi jalan terbaik dia aku rasa tak yah doakan lge masa semayang junmaat...nak doa kan juga boleh buat sendiri2 tak pun panggil ahli2 seangkatan...buat satu doa lepas tu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2010 11:13 AM | Show all posts
esok2 kot2 ada masjid kat kl doakan akak pink masa solat jumaat...rasanya mau meroyan puak2 ni hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2010 11:18 AM | Show all posts
bbab doa pun nak gaduh...
tapi yelah nama pun sembahyang berjemaah...ada yg suka ada yg tak suka....adatlah manusia...jadi jalan terbaik dia aku rasa tak yah doakan lge masa semayang junmaat...nak doa kan juga boleh buat sendiri2 tak pun panggil ahli2 seangkatan...buat satu doa lepas tu
stonefury Post at 21-8-2010 11:12

takpun buat solat jemaah kt atas jalan raya depan pejabat DAP doakan utk LGE
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-9-2024 08:51 PM GMT+8 , Processed in 2.584489 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list