CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: along3746

Tarikh akhir bayar saman JPJ extend sampai 10 Mac 2011!!(Update)

  [Copy link]
Post time 1-3-2011 02:05 PM | Show all posts
gomen jugak yang kena blame
yang dok bwk kete mcm pelesit tu xde pulak nak tegur.
kalo kadar kem ...
bedtypeZ Post at 1-3-2011 13:50



in away, gomen mmg salah pon... mcm aku punyer kes.. thn 2007 punyer speedtrap tetiba muncul...

padahal kete tu dah jual pon... itu pon nasib aku check online.. br tau ade saman...

knapa sblom ni xde notice sampai kat aku? sepanjang 2007  sampai 2011 xde tindakan dikenakan pon? roadtax bleh jer renew tiap2 thn

isunya ngan gomen nih, enforcement tarak... 3 lori saman pon org buat dek kalo takde enfoncement... la ni baru nak buat bile dah byk backlog saman... tapi rakyat sceptical sampai bile bleh bertahan...

hangat2 taik ayam  jah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2011 02:15 PM | Show all posts
bacaaa.... bacaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

1. Ramai yang masih kabur dan tidak faham hak mereka sebagai rakyat Malaysia. Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi Negara. Perlembagaan Persekutuan menjamin hak setiap rakyat Malaysia tanpa mengira agam, kaum, bangsa dan juga fahaman politik. Semua warganegara dijamin hak yang sama.



2. Salah satu hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ialah hak rakyat terhadap harta. Ini disebut dalam Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.



Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan



Hak terhadap harta.



(a) Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.

(b) Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.



3. Selalunya Perkara 13 ini digunakan di dalam kes pengambilan tanah melalui Akta Pengambilan Tanah 1960. Sebenarnya Perkara 13 ini bukan sahaja melibatkan harta tak alih seperti tanah, tetapi meliputi harta alih seperti kenderaan. Justeru penafian hak memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga sebenarnya termasuk di dalam penafian hak rakyat terhadap harta. Alasannya jika seseorang rakyat itu dihalang dari memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka yang menyebabkan kenderaan itu tidak boleh digunakan maka rakyat itu telah dinafikan haknya terhadap harta.



4. Jika seseorang rakyat telah dinafikan hak mereka menggunakan harta (kenderaan) mereka tanpa alasan yang berlandaskan peraturan dan undang-undang maka Perkara 13 (b) menyatakan bahawa pampasan hendaklah diberikan. Ini bermaksud jika JPJ menghalang seseorang memperbaharui cukai jalan yang menyebabkan kenderaan tidak boleh digunakan, maka JPJ hendaklah membayar pampasan kepada pemilik kenderaan tersebut.



5. Hujah ini adalah bersandarkan keputusan kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak yang telah diputuskan pada tahun 2009. Di dalam kes ini, seorang rakyat bernama Leonard Lim Yaw Chiang telah disenarai hitam dan dihalang oleh JPJ Sarawak dari memperbaharui cukai jalan kereta beliau. Beliau telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuching untuk memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam dan menghalang beliau memperbaharui cukai jalan adalah salah. Beliau juga memohon gantirugi daripada JPJ di atas kehilangan penggunaan kereta beliau selama kereta tersebut tidak boleh digunakan kerana tiada cukai jalan.



6. Mahkamah telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di Mahkamah. Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan. JPJ juga telah diarahkan membayar gantirugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.



7. Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.



8. Berbalik kepada tawaran Kerajaan memberikan diskaun pembayaran saman sehingga hari ini 28/2/2011. Ingin dimaklumkan bahawa tindakan ini tetap salah. Isu utamanya ialah bukan jumlah bayaran kompaun atau denda itu RM300 atau RM150 atau pun RM50. Isu utamanya adalah, ADAKAH SESEORANG ITU BENAR-BENAR MELAKUKAN KESALAHAN YANG DIDAKWA SEHINGGA MEREKA WAJIB MEMBAYAR DENDA?



9. Perlu diambil perhatian bahawa untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan dan undang-undang, sesebuah pihak berkuasa hendaklah juga mengikut peraturan dan undang-undang. Saman tidak boleh tertunggak. Jika ada yang tertunggak maka ianya bukan saman. Saman hendaklah dikemukakan di Mahkamah.



10. Orang yang disaman (OKS) hendaklah diserahkan saman dan diperintahkan hadir ke Mahkamah untuk menjawap saman itu. Jika OKS mengaku salah maka mahkamah akan memerintahkan OKS itu membayar denda. Jika denda dibayar maka saman itu selesai dan tidak akan tertunggak. Jika saman diserahkan kepada OKS tetapi OKS tidak hadir ke Mahkamah, maka mahkamah akan keluarkan waran tangkap suapaya OKS hadir mahkamah. Maka proses yang sama akan berlaku iaitu OKS akan ditanya mangakui kesalahan atau meminta bicara.



11. Jika mengaku maka akan diarahkan supaya bayar denda bagi saman itu. Maka selesailah saman itu. Tidak tertunggak. Jika tidak mengaku maka akan dibicarakan. Bergantung kepada keputusan mahkamah, jika didapati salah selepas bicara, maka akan diperintahkan untuk bayar denda. Selesai lah saman itu. Jika tidak bersalah maka luput juga samann itu. Tidak tertunggak.



12. Soalannya kenapa ada saman tertunggak? Jawapannya pertama kerana saman-saman itu tidak pernah dibawa ke Mahkamah. Kedua kerana yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja.



13. Saman Ekor yang dikatakan saman ini sebenarnya bukan saman tetapi sekadar notis kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu melebihi hadlaju. Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan. Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau dikenalai dengan Notis Pol 170A.



14. Jika pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran. Jika pemilik tidak membayar kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke Mahkamah bagi menjawap tuduhan memandu melebihi hadlaju. Kemudian proses mahkamah yang dijelaskan sebelum ini akan berlaku. Maka saman itu akan selesai dan tidak tertunggak. Masalah timbul apabila pihak berkuasa terus menghukum pemilik supaya membayar kompaun sedangkan kesalahan tidak dibuktikan.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2011 02:19 PM | Show all posts
bacaaa.... bacaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

1. Ramai yang masih kabur dan tidak faham hak mereka s ...
enchezam Post at 1-3-2011 14:15
Tahniah, 1Malaysia kena tifu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2011 02:21 PM | Show all posts
Biasanya rekyat Mesia mmg buat tak tau je pasal notis2 saman nih. Panggil lah ke mahkamah ka, kuarkan waran tangkap ka, majoriti buat donno jah...:re:
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2011 02:21 PM | Show all posts
in away, gomen mmg salah pon... mcm aku punyer kes.. thn 2007 punyer speedtrap tetiba muncul.. ...
MengkuduMasam Post at 1-3-2011 14:05



bawak kete laju,kene saman,x dpat notis=gomen salah
x penah check saman sampai,last minit bayar=gomen salah
kalo gomen kuatkan enforcement=gomen zalim
kadar kemalangan meningkat=gomen salah
tak paham aku mentaliti macam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2011 02:26 PM | Show all posts
berapa juta agak agak dapat modal untuk PRU cawangan saman tahun ni?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-3-2011 02:39 PM | Show all posts
bacaaa.... bacaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

1. Ramai yang masih kabur dan tidak faham hak mereka s ...
enchezam Post at 1-3-2011 14:15



amboih.punya la nak defend geng2 drive kete mcm pelesit ni sampai tepek perlembagaan.

baguih la tu.drive la kete laju2,x payah takut kene saman or x bleh renew roadtax.kalo kene saman,naik court.gerenti menang.

jgn sampai adik-beradik or sedara mara kita jadi mangsa org yang bawak kete laju2 ni baru kita nak menyesal dah x guna dah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2011 02:49 PM | Show all posts
I kelam kabut settlekan sumer saman punya la takut kena blacklist(leceh nak renew toadtax, insurance segala kan..) whereelse sumer tu saman ekor and bukan I yg buat sbb I sewakan keta I.. kira bayar saman buta2 jer la...alih2 kuar la kenyataan hari ni kalau leh buktikan ada org lain bwk keta tu, leh buat rayuan...sengalll betoi...sapa2 tau leh mintak refund tak kalau camtu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2011 02:52 PM | Show all posts
Reply 168# harimau76

takyah berangan la. dah bayar, cemane nak mintak balik?

selsmen jual dvd haram buleh la money back request. ini gomen. nak mintak balik 5 hengget pon kene melalui 379 org di 47 jabatan berlainan selama 78 bulan.






Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2011 02:54 PM | Show all posts
bawak kete laju,kene saman,x dpat notis=gomen salah
x penah check saman sampai,last minit bay ...
bedtypeZ Post at 1-3-2011 14:21



salah mmg salah pasal memandu laju... saman tetap aku bayar... xde isu...

isunya enforcement yg mcm haremmm.... 2 bende berbeza...

xde kes zalim ke ape....

mcm 1 former tu kata.... ade waran dtg kat aku suh pi mahkamah?... main bayar je saman...
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2011 02:54 PM | Show all posts
amboih.punya la nak defend geng2 drive kete mcm pelesit ni sampai tepek perlembagaan.

bagui ...

bedtypeZ Post at 1-3-2011 14:39


bukan defend la....cuma nak bagitahu yang kerajaan yang kita sayangi ni suka sangat merompak duit rakyat, buat announcement sikit berbondong bondong rakyat beratur di tengah panas semalam, padahal jumlah kemalangan tak turun turun jugak
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2011 02:55 PM | Show all posts
Reply  harimau76

takyah berangan la. dah bayar, cemane nak mintak balik?

selsmen jual dvd haram buleh la money back request. ini gomen. nakmintak balik 5 hengget pon kene melalui 379 org di 47 jabatan berlainanselama 78 bulan.
kasibiman Post at 1-3-2011 14:52


Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2011 02:56 PM | Show all posts
bukan defend la....cuma nak bagitahu yang kerajaan yang kita sayangi ni suka sangat merompak dui ...
enchezam Post at 1-3-2011 14:54


Bila announcement tu?
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2011 02:56 PM | Show all posts
amboih.punya la nak defend geng2 drive kete mcm pelesit ni sampai tepek perlembagaan.

bagui ...
bedtypeZ Post at 1-3-2011 14:39



mane tau saman tu melibatkan pandu melebihi had?


ade gak aku kene saman mase kete tu tak jalan pon... jauh skali mengganggu lalu lintas... cuma mengganggu pejalan kaki jer..
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2011 03:05 PM | Show all posts
kat kontan semalam jpj  dah macam umah terbuka aidilfitri............pejabat pos offline pejabat pos offline-mat rempit batu 3 crew provokasi---grpthhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...-badan besaq sekolah 4 tingkat,beratoq tak reti-cik lina 32.kg padang kontan- gthphhhhhhhhhhhhhhhhhhh -org nak bagi doit pon kena bratoq-cik aziz,aloq setaq- gtpyhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh............pemamndu lori jaya gading bapa org dekat jpj semalam,,hon satu kaleyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy---------------ponnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn,,,,


sekian ,,,,kucin-unit tinjawan jpj kuantan-
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2011 03:09 PM | Show all posts
patutnya polis buat sendiri portal utk payment...

sape bayar online dpt discount

tapi sistem  ...
MengkuduMasam Post at 1-3-2011 13:53



    Dah jadi terbalik.. siapa bayar online.. kena bayar service charge...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2011 03:10 PM | Show all posts
Dah jadi terbalik.. siapa bayar online.. kena bayar service charge...
maizana Post at 1-3-2011 15:09


Kalau tak mahu bayar lain kali jangan sampai kena saman..period......
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2011 03:15 PM | Show all posts
Kalau tak mahu bayar lain kali jangan sampai kena saman..period......

Maideeen Post at 1-3-2011 15:10


kasihan sama kawan ana, dapat saman ekor tak pakai helmet.... padahal dia pakai keta proton saga aeroback kaler hijau.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2011 03:16 PM | Show all posts
ala saman ni pun......ada byk problem oooo
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2011 03:19 PM | Show all posts
kasihan sama kawan ana, dapat saman ekor tak pakai helmet.... padahal dia pakai keta proton saga ...
enchezam Post at 1-3-2011 15:15


There is always that possibility yang dia kena saman ekor waktu dia sedang menunggang/ pakai moto kawan or even  moto dia sendiri(his other vehicle)...posssible?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-9-2024 07:45 AM GMT+8 , Processed in 0.047229 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list