Projek ini adalah begitu mudah dan akan benar-benar menyeronokkan untuk dilakukan oleh bakal pengantin. DIY ini boleh digunakan sebagai hiasan meja pengantin atau meja tetamu anda. Dengan adanya DIY ini, ia akan menimbulkan suasana romantis dan indah dari kaca berwarna ini untuk pada majlis anda. Jadi, mari anda ikuti bagaimana untuk membuat DIY bekas lilin ini.
Barang yang perlu ada: - Bekas kaca.
- Pewarna makanan.
- Mod podge.
- Berus cat.
Cara-caranya: - Untuk membuat cat untuk bekas kaca anda, anda perlu menggabungkan pewarna makanan dengan mod podge. Dengan menggunakan bekas kaca untuk mencampurkan satu sudu mod podge dengan beberapa titisan warna makanan untuk mewujudkan warna yang anda ingini. Anda boleh menggunakan kombinasi warna mengikut kreativiti anda.
- Langkah seterusnya adalah anda boleh mula mengecat bekas kaca anda. Gunakan teknik tebal mengecat pada warna yang penting.
- Apabila cat telah kering sepenuhnya, anda perlu membakar bekas itu untuk menetapkan warna. Anda hanya bakar pada 250 darjah selama kira-kira 40 minit.
- Kemudian, biarkan kaca anda sejuk dan anda telah selesai.
Petua: - Jika anda tersalah teknik mengecat, maka hanya rendam kaca anda dalam air panas. Ini kerana, mod podge adalah berasaskan air, maka cat akan terkeluar dalam masa yang panjang.
- Anda tidak boleh membakar bekas kaca anda terlalu sekejap, ini kerana warna anda akan senang dan cepat tertanggal jika terkena air.
Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com Photo credits: Google.
|