CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1263|Reply: 0

Tips Buat Pengantin Pada Hari Pernikahan

[Copy link]
Post time 19-10-2016 08:58 AM | Show all posts |Read mode
Sememangnya bila hari pernikahan semakin hampir, perasaan gelisah pasti akan menyelubungi diri setiap pasangan. Di sini kami ingin mengkongsikan beberapa tips buat pegantin pada hari pernikahan agar majlis berjalan dengan lancar.

Mendapatkan Tidur Yang Secukupnya
Pastinya anda tidak inginkan wajah anda kelihatan lesu dan tidak bermaya pada hari yang bersejarah kan. Anda diingatkan supaya tidur yang cukup selama 6-8 jam supaya pada majlis pernikahan nanti muka anda akan lebih berseri dan kelihatan segar.

Bangun Awal Untuk Menunaikan Solat Subuh
Pinjam sedikit masa anda untuk bangun di awal pagi bagi menunaikan solat subuh dan berdoa kepada-Nya agar segala urusan dapat dipermudahkan. Luangkan masa yang ada juga dengan membaca al-quran dan berzikir kepada-Nya agar anda diberi ketenangan pada hari pernikahan.

Mengambil Sarapan Pagi
Ramai pasangan pengantin yang tidak melakukan perbuatan ini kerana mereka terlalu gementar sehinggakan tiada selera untuk makan. Para pengantin dinasihatkan agar makan sedikit sekurang-kurangnya sekeping roti dan minum air suam agar perut tidak kosong dan berbunyi-bunyi pada hari pernikahan. Kepada anda yang mempunyai gastrik, anda amatlah disarankan untuk mengambil sarapan pagi supaya anda tidak masuk angin yang boleh menyebabkan anda sakit pada majlis.

Bersiap Sedia Awal Supaya Tidak Kelam Kabut
Pastikan makeup artis sampai ke lokasi tepat pada waktu. Double check baju pengantin anda jika ada kehilangan butang, benang terlerai dan lain-lain lagi.

Pengantin Lelaki, Pastikan Cincin Nikah Ada Bersama Anda.
Jangan nanti waktu nak sarungkan cincin kalut mencari cincin di setiap poket. Jadi lantik seorang rakan untuk membantu  anda ingatkan perkara-perkara sebegini.

Jangan Pakai Baju Pegantin Ketika Sedang Makeup
Anda dilarang sama sekali untuk memakai baju pengantin ketika makeup untuk mengelakkan baju pengantin anda terkena kotoran makeup. Pakailah tshirt yang sopan kerana dikhuatiri photographer akan datang ketika anda sedang dimakeupkan.

Tulis Nota Pendek dan Sweet Untuk Pasangan
Anda bolehlah minta tolong dari rakan atau adik-beradik untuk bagi nota tersebut kepada pasangan pada hari akad nikah. Perkara ini tidaklah wajib,tapi jika anda lakukannya pasti pasangan anda akan tersenyum dan dapat kurangkan rasa gementar.

Mengadakan Perjumpaan Bersama ‘dulang girls’ atau ‘dulang boys’
Perjumpaan ini dijalankan untuk memberitahu kepada dulang girls dan dulang boys mengenai perkara yang mereka kena lakukan dan ingatkan mereka supaya tidak hadir lewat sewaktu hari nikah.

Selesakan Dengan Kasut Baru
Seminggu sebelum majlis pernikahan, cuba pakai dan berjalan di sekitar rumah dengan kasut baru untuk memastikan anda selesa memakai kasut tersebut pada majlis yang diadakan. Pastikan anda selesa memakai kasut tersebut kerana majlis yang akan berlangsung agak lama dan ini untuk memastikan kaki anda tidak melecet.

Tegur Semua Tetamu Dengan Senyuman
Walaupun anda penat semasa majlis, tegur la tetamu yang hadir yang telah bersusah payah untuk memeriahkan majlis anda. Setiap tetamu yang hadir membawa doa untuk kebahagiaan rumahtangga yang bakal anda bina.

Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:10 PM GMT+8 , Processed in 0.048591 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list