Gambar perkahwinan anda tidak ceria dan tidak menarik? Anda ingin menjadikan suasana untuk bergambar lebih ceria dan kreatif tetapi anda tidak tahu caranya? Di sini kami menyediakan beberapa langkah yang mudah untuk anda mengembalikan keceriaan untuk bergambar sepanjang majlis perkahwinan berlangsung.
Barang-barang yang perlu ada : - Kad manila
- Lidi sate
- Glue gun / tape
- Pensel
- Gunting
Cara-caranya : - Lukis bentuk yang anda inginkan di atas kad manila mengikut kreativiti anda. Anda juga boleh menampal gambar atau pelekat di atas manila kad.
- Kemudian, guntingkan kad manila mengikut gambar yang dilukis atau ditampal tadi.
- Akhir sekali, lekatkan lidi sate di atas kad manila dengan menggunakan glue gun atau tape dan props anda sedia untuk digunakan untuk bergambar.
Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com Photo credits: Google.
|