CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1255|Reply: 1

Panduan Kurangkan Bajet Perkahwinan

[Copy link]
Post time 31-10-2016 08:50 AM | Show all posts |Read mode
Pastinya semua pengantin inginkan majlis yang meriah dan kelihatan mewah tanpa menggunakan wang yang banyak. Janganlah anda membuat pinjaman hanya semata-mata untuk majlis yang mewah. Kehidupan selepas kahwin akan memerlukan wang yang lebih banyak dan jangan habiskan wang anda hanya untuk membayar pinjaman sahaja. Di sini kami ingin kongsikan panduan kurangkan bajet perkahwinan. Semoga ianya dapat memberi manfaat kepada anda.

Mengetahui jumlah tetamu
Buat senarai tetamu yang ingin dijemput dan mengira jumlah tetamu. Selepas mengetahui jumlah tetamu, anda dapat membuat anggaran makanan, kad kahwin, cenderamata. Penentuan bilangan tetamu ini amat penting agar ianya tidak menyebabkan kerugian dan pembaziran pada makanan sekiranya jumlah tetamu yang hadir kurang daripada anggaran yang telah ditetapkan.

Memilih lokasi perkahwinan
Anda tidak perlulah membuat majlis secara besar-besaran di hotel lima bintang sekiranya bajet anda hanyalah sederhana sahaja. Jangan inginkan pujian daripada orang betapa mewahnya majlis anda sehinggakan anda terpaksa berhutang. Anda perlu membuat perbandingan harga setiap lokasi yang anda inginkan dan memilih yang murah dan berkualiti. Rumah anda juga boleh dijadikan lokasi majlis perkahwinan anda dan ini akan lebih menjimatkan kewangan anda. Anda boleh menempah katering ataupun rewang sahaja terpulang kepada anda. Jika anda ingin menyenangkan ahli keluarga anda boleh pilih katering dan jika anda lebih gemar gotong-royong antara ahli keluarga dan jiran tetangga,rewang adalah cara terbaik.

Membuat sendiri pelamin
Jika anda inginkan pelamin yang cantik dan indah tetapi inginkan bajet yang rendah,anda boleh untuk membuat sendiri pelamin persandingan anda. Sekarang ini terdapat banyak pelamin DIY yang boleh memberi ilham kepada anda untuk membuat dan menghias pelamin anda. Keperluan utama untuk membuat pelamin DIY ialah palet kayu, kerusi pegantin dan langsir. Anda boleh menghias pelamin mengikut kreativiti anda dan anda juga boleh melawat pelaminkahwin.com untuk melihat barang-barang DIY yang lain. Membuat pelamin sendiri akan mengurangkan kos anda dan barang-barang yang digunakan membuat pelamin boleh anda gunakan semula untuk kediaman anda nanti dan anda juga boleh membuat sewaan kepada orang lain. Cara ini dapat menambahkan kewangan anda.

Menyewa baju pegantin
Anda disarankan untuk menyewa sahaja baju pengantin kerana kos menempah pakaian yang baru lagi mahal berbanding menyewa baju pengantin. Seandainya ada ahli keluarga yang mahir menjahit baju pegantin, anda boleh meminta tolong dan menempah kepada mereka sahaja. Mungkin kos tempahan itu lebih murah jika ditempah dengan orang luar.

Dulang hantaran
Elakkan berbalas dulang hantaran dengan jumlah yang tinggi kerana semakin tinggi dulang hantaran,semakin tinggilah kos yang akan dikeluarkan untuk barang hantaran. Selain itu,pilihlah barang hantaran yang memberi manfaat kepada kedua belah pihak. Beli barang yang boleh digunakan selepas kahwin nanti. Jangan hanya memilih barang yang mahal dan cantik sahaja.

Buat tempahan semasa promosi
Sewaktu promosi perkhidmatan perkahwinan, anda berpeluang untuk mendapatkan harga yang lebih murah untuk tempahan seperti katering, fotografi, kad jemputan dan baju pengantin. Anda juga dinasihatkan agar tidak memilih tarikh perkahwinan ketika musim cuti persekolahan kerana harga perkhidmatan perkahwinan lebih tinggi.


Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2016 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Orang kata ukur baju di badan sendiri.. kalau tau duit tu tak ada buat ala kadar sudah. Yang pentingnya nikah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:24 PM GMT+8 , Processed in 0.047297 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list