IBLIS ni kisahnya taat dan patuh (sujud) pada tuhan...
tapi bila ALLAH suruh iblis taat dan patuh pada makhluk (Adam), iblis yang keturunan jin (genius) ni mula berfikir..
mengapa aku kena taat dan patuh kepada makhluk yang lebih hina , rendah (dicipta dari tanah), bukankah aku bertaraf malaikat (malik/ penguasa)?
Jadi dari situ iblis mula membangkang dan mempersoal suruhan ALLAH..?
Wahai tuhan, mengapa engkau hendak menjadikan khalifah (penguasa) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan dan menumpahkan darah?, padahal kami sentiasa bertasbih (berkhidmat) atas perintah mu?
Tuhan berfirman, Sesungguhnya aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui..
Kemudian tuhan mengajarkan kepada adam nama nama seluruhnya..
Maka terangkanlah kepadaku wahai malaikat (iblis) nama nama tersebut jika kamu org yg benar...
maka tiadalah jawapan iblis melainkan "maha suci tuhan tiadalah kami mengetahuinya kecuali apa yg telah diajarkan kepada kami"
Lalu berkata tuhan kepada adam, terangkanlah nama nama tersebut kepada mereka, lalu adam pon menerangkannya kepada mereka..
bukankah telah aku katakan aku mengetahui rahsia langit dan bumi..dan aku mengetahui apa yg kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan?
Dan mulai sekarang sujudlah (taat dan patuhlah) kamu semua kepada Adam..
maka bersujudlah (taat dan patuhlah) semua malaikat kecuali iblis..dan dia (iblis) termasuk golongan yang kafir (Engkar - tidak patuh pd suruhan tuhan)
IBLIS dari golongan - jin kemudian diangkat menjadi golongan - malaikat kemudia menjadi golongan - kafir (Engkar)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
contoh dalam kehidupan hari ini..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bila ada seseorang bagi peringatan kita, kita jadi angkuh dan persoal pula kau siapa?
Apa kelulusan agama kau?
Kau tu ostad ke olarmak ke mufti ke syeikh ke?
Ketahuilah orang yang bersifat demikian itulah IBLIS...
Iblis dari kalangan org yg berilmu / berkuasa (malik/malaikat)
sedangkan adam dari tanah (rakyat bawahan)
mana mungkin iblis mahu tunduk kepada adam..
maka berhati hatilah jgn sampai jadi iblis terkutuk..hehehe