Cinta Hati Batu slot Lestary TV3
Rabu & Khamis, 9.00 malam
Nantikan drama Cinta Hati Batu yang diadaptasi daripada novel One Day You'll Be Mine karya Inawza Yusof. Diterajui oleh Ashraf Muslim, Aishah Azman dan Fadlan Hazim. Drama bersiri 20 episod ini mendapat sentuhan pengarah Amor Rizan. Bakal mengisi slot Lestary bermula 28 Disember 2017, setiap Rabu dan Khamis, pukul 9.00 malam di TV3.
JUDUL : CINTA HATI BATU
JUMLAH EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 28 Disember 2017
WAKTU SIARAN : Rabu & Khamis, 9.00 malam
SIARAN TV : Slot Lestary TV3
PENULIS SKRIP : Sofia J Rhyland
PENULIS NOVEL : Inawza Yusof
PENGARAH : Amor Rizan
TERBITAN : Primeworks Studios
PELAKON : Aishah Azman, Ashraf Muslim, Fadlan Hazim, Nadzmi Adhwa, Fazreen Rafi, Indah Emeerlda, Nadiyah Shahab, Farisha Irwayu, Shahriza Mahmud, Sasqia Dahuri, Ardell Aryana, Mustaqim Bahadon, Fana Azizan, Ain Edruce, Ikhlas Jalil, Livonia Ricky Guing, Fadzil Hamdan, Azhar Amir, Mili Supina, Alif Hadi
WATAK PELAKON
Aishah Azman sebagai Anith Fitriah
Ashraf Muslim sebagai Dzul Ehsan
Fadlan Hazim sebagai Nik Afezal
Indah Emeerlda sebagai Aya
Nadzmi Adhwa sebagai Farez
Nadiyah Shahab sebagai Nahda
Farisha Irwayu sebagai Asmah
Shahriza Mahmud sebagai Rohaya
Mili Supina sebagai Zubaidah
Mustaqim Bahadon sebagai Hazmi
Ardell Aryana sebagai Elisa
Sasqia Dahuri sebagai Farisha
Fana Azizan sebagai Rini
Ain Edruce sebagai Mega Ariyana
Livonia Ricky Guing sebagai Kristine
Ikhlas Jalil sebagai Khairil
LAGU TEMA / OST CINTA HATI BATU
Lagu : Kata Akhirmu
Penyanyi : Ariff Bahran
SINOPSIS CINTA HATI BATU
Berkisar tentang Anith Fitriah (Aishah Azman) yang hanya mahukan sebuah kisah percintaan yang sempurna, tetapi akhirnya penderitaan yang diperolehinya. Perkahwinannya bersama Dzul Ehsan (Ashraf Muslim) merupakan desakan dan aturan keluarganya hanyalah untuk melupakan bekas tunangnya, Nik Afezal (Fadlan Hazim) yang terkorban dalam satu kemalangan. Perkahwinan yang pada dasarnya atas niat yang murni, sebenarnya membebankan Anith kerana Ehsan merupakan seorang duda beranak satu yang dinamakan Aya (Indah Emeerlda). Walau bagaimanapun, Anith dapat menyesuaikan dan melatih dirinya untuk menjadi seorang ibu yang penyayang. Sungguhpun begitu, perkahwinannya bersama Ehsan terpaksa ditamatkan kerana perkahwinan mereka tidak bahagia. Ketika berduka itu, Anith bertemu semula dengan bekas tunangnya disangkanya yang telah meninggal, Nik Afezal. Anith mendapati bahawa kematian Nik Afezal beberapa tahun dahulu sebenarnya hanyalah satu helah keluarga Nik Afezal untuk memisahkan mereka. Setelah tiga tahun bertemu kembali, Anith mula mencintai Nik Afezal semula. Walau bagaimanapun, Nik Afezal sebenarnya sedang menghidap penyakit kemurungan yang menyebabkannya sering bertindak diluar pemikiran yang waras. Dapatkah Anith menemukan percintaan yang sempurna seperti yang diinginkannya?
Haah, heroin dia x kayu level jati tapi ada la unsur2 keras2 papan lapis. lagi satu ada a few part yang voice projection dalam annoying & try hard nak nampak selamba.
Post time 8-2-2018 09:52 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Motif 10 komen jer?
Mula2 meols rengsa tgk heroin nya tp lama2 tgk mcm ok plak lakonan dia. Ashraf muslim so so jah. Yg best drama ni, character dia dinamik. Protagonis taklah lemah lembik baik xbertempat, antagonis ada sisi baik jugak. Skrip n dialog nya x cliche dan tak cringeworthy sgt. Tapi sasqia dahuri n fadlan hazim mmg star act dlm drama ni. Breakthrough gitu..