JUDUL : TIADA ARAH JODOH KITA
EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 13 Februari 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 7.00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS NOVEL : Ezza Mysara
PENGARAH : Eoon Shuhaini
TERBITAN : Primeworks Studios Sdn Bhd
PELAKON : Shukri Yahaya, Aprena Manrose, Hafeez Mikail, Erwin Dawson, Mustaqim Bahadon, Azar Azmi, Livonia Ricky, Dian P.Ramlee, Aleza Shadan, Azhar Amir, Farisha Irwayu, Rania
WATAK PELAKON
Shukri Yahaya sebagai Megat Aathif
Aprena Manrose sebagai Afia Awliya
Hafeez Mikail sebagai Megat Wakeel
Erwin Dawson sebagai Fayyad Syakir
Mustaqim Bahadon sebagai Hazim
Livonia Ricky sebagai Nur
Azar Azmi sebagai Ain
TEASER
SINOPSIS TIADA ARAH JODOH KITA
Kisah ketabahan Afia Awliya yang menanti kepulangan orang tersayang, Fayyad Syakir yang belajar di luar negara. Sebaliknya, Fayyad yang pulang menyuruhnya mengahwini rakan baiknya iaitu Megat Wakeel yang menunggu detik akhir hayat. Afia pada mulanya menolak. Namun bila mengenali Wakeel sendiri, prinsip Afia berubah. Marahnya lentur. Entah apa yang membuatkan dia bersetuju dengan perkahwinan ini. Tapi kena berhadapan pula dengan abang Wakeel, Megat Aathif yang dingin, beku, laser lagi menyakitkan hati.
Mengahwini Wakeel tak termasuk dalam list acuan hidupnya. Tapi jodoh, maut, ketentuan sungguh di tangan Tuhan. Selama bergelar isteri Wakeel, tak pernah sehari pun dia tak dihujani bahagia. Tapi takdir yang menyatukan mereka dan takdir jugalah yang memisahkan mereka.
Tatkala jiwa itu sarat dibanjiri rindu pada yang telah pergi, dia dihujani dengan dua lamaran. Fayyad kembali menagih janji lama. Aathif yang sudah lama menaruh hati mula mengorak langkah.
Masih adakah bahagia setelah bahagia yang dahulu telah berlalu pergi? Mampukah Afia untuk memilih jika hatinya telah kosong?
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 9-2-2018 06:55 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Dah baca novel nie...memula kawen ngan si adik...adik passed away coz cancer...pastu kawen lak ngan si abg...heroin ada penyakit skizofrenia..
Syukri yahya dah ok...tp heroin aku x minat....gandingan yg kurang sesuai....mmg x tgk la
Post time 9-2-2018 08:22 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Heroin ni adik bradik senrose ke? X silap aku dia ni dh kawen...x best la lyn heroin bini org ni..
Muka dia pon biasa2 je..seiras heroin sendu tahik lalat atas dahi tu..drama kt tv3 malam2..
Author|Post time 9-2-2018 08:30 PMFrom the mobile phone|Show all posts
cicicumel replied at 9-2-2018 08:22 PM
Heroin ni adik bradik senrose ke? X silap aku dia ni dh kawen...x best la lyn heroin bini org ni..
...
Iols tak pernah tgk heroin ni blakon. Tp syuk yaya, erwin, mustaqim bahadin, hafeez..semua nya boleh blakon. Tak tau nak expect apa sbb adapt novel yg ala2 tu kan...hehe
Aprena ni ada kakak/adik nama octavia blakon dlm dendam arora. Boleh la..comei2. Depa berdua anak arwah rosnah md nor & iwan (penyanyi dangdut). Dan bersepupu dgn nelydia, uqasha, raysha. Mek2 kelate belako ni..
*motip sgt aku hapal susur galur family 'rose' nih!
Post time 9-2-2018 10:09 PMFrom the mobile phone|Show all posts
willow12 replied at 9-2-2018 08:46 PM
Huhu.. knp ramai tak suka sheols ni? Ada apa2 info yg iols ketinggalan kah?
Sheols blakon citer ...
Iols pernah tertengok dia berlakon dalam pinggan tak retak. X best.. ke sebab iols mengharapkan sheols setara nelly.. kan deme anak beranak tapi tak tau lah dalam tiada arah ni kot2 okay ke.. hopefully
Watak berat jugak kan ada skizo ke apatah penyakit tu
Post time 9-2-2018 11:43 PMFrom the mobile phone|Show all posts
PyoNaRi replied at 9-2-2018 11:35 PM
Kayu gila dia masa berlakon duda pujaan dara tu. Ramai tak puas hati. Ni jadi heroin
Kan. Potong je tgk dia dlm DPD tu. Dah la ckp terkemut kemut slow amat. Hikhik. Patut la abil bising. Yg ni mmg x layak jd heroin buat masa skrg. Maap la sesape peminat aprena