CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9219|Reply: 2

[DRAMA MELAYU] CINTAKU DI BUMI IZMIR [Unifi TV: Hefny Sahad, Raysha Rizrose, Nabila Razali]

[Copy link]
Post time 3-9-2018 04:29 AM | Show all posts |Read mode
Cintaku Di Bumi Izmir
Isnin & Selasa, 9.00 malam
Unifi TV (saluran Hyppsensasi 116)




Dama bersiri terbaru terbitan Creative Skill Solution Sdn Bhd berjudul Cintaku Di Bumi Izmir yang dibintangi oleh Hefny Sahad, Raysha Rizrose, Nabila Razali dan Syafie Naswip. Drama bersiri 30 episod ini diarahkan oleh  Idora Abdul Rahman. Drama cinta romantis ini disiarkan bermula 27 Ogos, setiap hari Isnin dan Selasa pukul 9 malam di Unifi TV saluran HyppSensasi 116. Boleh juga menontonnya menerusi aplikasi playtv@unifi.

JUDUL : CINTAKU DI BUMI IZMIR
JUMLAH EPISOD : 30 episod
TARIKH TAYANGAN : 27 Ogos 2018
WAKTU SIARAN : Isnin & Selasa, 9.00 malam
SIARAN TV : Unifi TV (Hyppsensasi 116)
PENULIS SKRIP : Nieza Nahar & Raja Azidah
PENGARAH : Idora Abdul Rahman
TERBITAN : Creative Skill Solution Sdn Bhd
PELAKON : Hefny Sahad, Raysha Rizrose, Nabila Razali, Syafie Naswip, Noniswara, Ieka Zulkifli, Wanna Ali, Alif Hadi, GeorginaByl, Syafnida Shuhaimi, Sharifah Kamariah, Zera Hariz, Fathil Dani, Zainab Othman, Helvera Susanti

WATAK PELAKON
Hefny Sahad sebagai Aidid Fahmy
Raysha Rizrose sebagai Sharifah Suzan Sevgi
Nabila Razali sebagai Fara
Syafie Naswip sebagai Zafuan
Noniswara sebagai Haryati
Ieka Zulkifli sebagai Sherry
Wanna Ali sebagai Juliana
Syafnida Shuhaimi sebagi Sharifah Kamariah
Zera Hariz sebagai Marissa

LAGU TEMA / OST
Nova - Mimpi Yang Berulang



SINOPSIS CINTAKU DI BUMI IZMIR
Usahawan muda, Aidid mewarisi perniagaan eksport dan import makanan di Malaysia yang diusahakan keluarganya. Masih bujang, dia dibesarkan oleh ibu saudaranya Haryati selepas kematian ibu bapa.

Aidid perlu ke Turki bagi memenuhi undangan sebuah persidangan. Di sana, dia bertemu Suzan Sevgi yang membantunya dari segi komunikasi bersama orang tempatan. Aidid turut meminta Suzan menjadi pemandu pelancong dan penterjemah sepanjang dia berada di negara itu bagi memudahkan kerja.

Lama-kelamaan, perasaan profesional itu bertukar menjadi sayang. Namun, pada masa sama Aidid berdepan konflik apabila ibu saudaranya meminta dia berkahwin dengan anak teman baiknya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2018 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Oo bawak watak org turki rupanya
Patut aaa rr tu cakap slang gitu hihi tertengok sikit malam tadi cerita ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru binche watch 14 episod last weekend.. 30 episod rupanya... Mcm lama nau nak abis sbb seminggu 2 episod je.

Tp not bad la pd aku si raysha ni jadi awek turki..slang dia tu aku blh percaya. Cuma vocab bahasa melayu dia mcm terlajak je. Pelik gak sbb dia blajar ckp melayu kat turki..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 12:48 PM GMT+8 , Processed in 0.580679 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list