CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 15359|Reply: 39

[Makanan & Minuman] Rugi Besar Pergi Penang Tak Singgah! Nah 10 Tempat Makan Viral Buat Anda Terdudu

[Copy link]
Post time 6-12-2018 11:28 AM | Show all posts |Read mode
Edited by ip_lepat at 9-1-2019 12:55 PM

Sumber Foto: Google


Penang cukup terkenal sebagai 'syurga makanan'. Dari nasi Kandar hinggalah makanan sampingan lain semuanya berada di sini.



Ini senarai makanan viral dan menjadi pilihan ramai jika berkunjung ke Pulau Mutiara.



1. Deen Maju


Sumber Foto: Google

Bersedialah untuk beratur dan menunggu giliran anda. Deen Maju, restoran nasi kandar yang menjadi kegemaran pelanggan sehingga ada yang sanggup beratur dan berpanas semata-mata merasai keenakan makanan di sini. Antara menu yang menjadi kegemaran di sini adalah ayam goreng rempah, telur ikan, dan telur sotong.


Waktu Operasi : 2.30 pm -11.00 pm ( Ahad Tutup)
Lokasi : Jalan Gurdwara, 10300 George Town




2. Roti Canai dan Roti Bakar Transfer Road


Sumber Foto: Google


Walaupun hanya warung tepi jalan, namun begitu  Transfer Road sentiasa dibanjiri orang yang ingin bersarapan dan menikmati  lauk ayam kuah kari banjir di atas roti dan roti bakar telur goyang yang begitu membuka selera.


Waktu Operasi : 6.30am - 1.00pm & 3.30pm - 7.00pm  
Lokasi : 56 Jalan Transfer, Pulau Pinang





3. Kopi Peng Untie Evelyn Ang


Sumber Foto: Google





Sejukkan tekak anda bersama kopi peng di gerai Untie Evelyn Ang. Setelah di viralkan, gerai ini sentiasa menjadi tumpuan siapa sahaja yang berkunjung ke Pulau Pinang. Siapa  yang tidak jatuh cinta dengan kopi kaw yang boleh dinikmati bersama roti bakar, cukup ngam!


Waktu Operasi : 8.00am-5.30pm
Lokasi : 162, Lebuh Noordin, 10300 Georgetown





4. Fruitmade


Sumber Foto: Google

Penuh  dengan kreayiviti dan seni. Namun,ia  tidak membataskan rasa yang cukup menyegarkan apabila menikmatinya. Di samping pilihan jus yang baru diperah, di sini juga menawarkan beberapa smoothie buah-buahan yang disyorkan untuk anda mencubanya.



Waktu Operasi : 10.00am-6.00pm

Lokasi : 6, Lebuh Cannon, George Town





5. Kareem Pasembur Rojak


Sumber Foto: Google



Kuah yang pekat dan kemerah-merahan amat menepati citarasa sesiapa sahaja yang pernah merasainya. Malah harganya  yang sangat berpatutan, membuatkan  gerai ini sentiasa disinggahi ramai orang untuk menikmati rojak yang dikatakan antara rojak paling sedap di Pulau Pinang.


Waktu Operasi : 10am- 6pm (Ahad Tutup)
Lokasi :  7, Lebuh Union, George Town, 10200 George Town





6. Nurul Ikan Bakar


Sumber Foto: Google



Nurul Ikan Bakar adalah antara tempat terkenal untuk makan malam . Selain ikan bakar, restoran ini juga menawarkan masakan lain yang pasti membuka selera anda dan seisi keluarga. Antaranya,udang goreng mentega, ketam goreng cili, ikan tiga rasa dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, nikmatilah pengalaman makan malam di tempat duduk di atas pokok.


Waktu Operasi : Isnin-Khamis (5.00pm-1.00am) | Jumaat-Ahad (5.00pm-2.00am)
Lokasi : Tun Dr. Lim Chong Eu Highway, Gelugor




7. Sany Char Kuey Tiaw


Sumber Foto: Google

Sany Char Kuey Tiaw antara tempat pilihan pelanggan di waktu malam. Ia tidak jauh dari kawasan tapak Pesta Penang dan berdekatan dengan tokong ular.


Waktu Operasi : 7.00pm-12.00am
Lokasi : 4, Lorong Mahsuri 2, Bayan Baru, 11950 Bayan Lepas, Pulau Pinang




8. Laksa Janggus


Sumber dari internet

Selain dari pasembur dan nasi kandar, Laksa Penang cukup tidak lari sebagai antara makanan popular di Pulau Pinang. Untuk itu, apa kata anda rasa sendiri keenakan Laksa Janggus yang sering diperkatakan ini. Adakah ia menikmati citarasa anda?


Waktu Operasi : 3.30pm-8.00pm (Rabu Tutup)
Lokasi : Jalan Kampung Perlis, Kampung Perlis, 11020 Balik Pulau




9. Hutton Lane Roti Bakar


Sumber Foto: Google

Warung yang cukup sesuai untuk anda bersarapan pagi ini, sangat terkenal di Pulau Pinang dengan aneka rotinya yang cukup menyelerakan. Antara menu yang sering menjadi kegemaran adalah roti bakar, cheese dan egg roti canai, dan roti bakar dan telur goyang cheese.



Waktu operasi : 5.30am - 2.00pm
Lokasi : 300, Jalan Phee Choon, George Town, 10050 George Town










10. Mee Sotong Hameed Pata


Sumber Foto: Google



Untuk penggemar mi, inilah restoran yang layak untuk anda nikmati mi goreng dan mi rebus yang dikolaborasikan bersama sambal sotong. Agak unik tetapi rasanya cukup menyelerakan. Cara mi dihidangkan di sini adalah dengan meletakkan sambal sotong di atas mee yang sudah disediakan.



Waktu Operasi : 11.00am-8.00pm (Ahad Tutup)
Lokasi : 19, Lebuh Pantai, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang



Selain itu terdapat banyak lagi restoran yang boleh anda kunjungi di Penang, dan ini hanyalah antara senarai yang terbaik dari yang terbaik.  -CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2018 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
cuti sekolah ni ramai gi penang. dengan pesta lagi. yang sany tu memang sedap dan murah.tapi ada longkang beso. yang tepi2 jalan tu byk yang tak bersih. try nasi 7 benua pn ok
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2018 11:42 AM | Show all posts
ni lecey, nak kena line ngan orang luar,

nak makan pun payah
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2018 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols prefer sany char koay teow kat bayan baru, depan old town white coffee bayan baru dekat area sunshine square tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2018 12:47 PM | Show all posts
nape pak man mi kuah ketam kat BM xmsuk??femes kot kat ceruk tok kun sana..

aduh, tetiba nak amik cuti short vacay je skang ni..keje hari2 stres weyh xckup rehat
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2018 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2018 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada lagi yg sedap.... Orang Penang toksah dok habaq la rahsia... Jenuh satgi pi beratuq dgn org luar .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2018 02:22 PM | Show all posts
Banyak lagi yang sedap dekat penang...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-12-2018 02:23 PM | Show all posts
Tak cukup patah perkataan ni... nak list semua
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2018 02:30 PM | Show all posts
keds replied at 6-12-2018 06:10 AM
Ada lagi yg sedap.... Orang Penang toksah dok habaq la rahsia... Jenuh satgi pi beratuq dgn org luar ...

Jangan lah rahsia... sharing is caring gituuuu
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2018 03:31 PM | Show all posts
doubleA replied at 6-12-2018 11:54 AM
Iols prefer sany char koay teow kat bayan baru, depan old town white coffee bayan baru dekat area su ...

salam geng.......org islam punya ke ni.........?

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2018 04:36 PM | Show all posts
BT10 replied at 6-12-2018 03:31 PM
salam geng.......org islam punya ke ni.........?

Islam la melayu lagi
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2018 05:06 PM | Show all posts
laksa janggus overrated. Sama je dgn laksa kat mana2. takde spesial pun
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2018 02:00 PM | Show all posts
EncikRhoma replied at 6-12-2018 05:06 PM
laksa janggus overrated. Sama je dgn laksa kat mana2. takde spesial pun

yes... tapi rasanya ada jumpa yg lagi sedap...
apapun... jd tempat favorit org juga... citarasa lain-lain kot .
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Mee sotong tu mee goreng biasa letak sambal sotong kat atas??
Feberet i kalau pegi penang makan mee udang jer dah cukup.hari2 makan pun takpe.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
semua x mnarik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2018 12:14 PM | Show all posts
Fruitmade & Hutton Lane Roti Bakar belum pernah try lagi, nk cari la lepas habis cuti sekolah, kalau x, jenuh nak beratur

kalau Sany Char Kuey Tiaw iolls suka dkt Tokong Ular tu..
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2018 05:02 PM | Show all posts

we need to try some!
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2018 08:28 PM | Show all posts
sedapnya~~
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2018 03:17 PM | Show all posts
EncikRhoma replied at 6-12-2018 05:06 PM
laksa janggus overrated. Sama je dgn laksa kat mana2. takde spesial pun

laksa ni tak sedap. kuah cair. baik pekena laksa kat padang kota..medan selera tu. kuah pun pekat. ada rasa
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Gambar & Video


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 43667 Replies : 6
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 43352 Replies : 2
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 49989 Replies : 144
[LAGU2 LEMBUT UNTUK SAYA]: Songs That I Lie Down Looking At The Starry-Sky To
ipes2[LAGU2 LEMBUT UNTUK SAYA]: Songs That I
Views : 18145 Replies : 145
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38255 Replies : 23
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39129 Replies : 38
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 41532 Replies : 355
Cikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohingya tidak sekolah akan bawa “social backlash" yang membebankan negara
YgBenarCikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohin
Views : 13184 Replies : 7
Bukan pisang:Cuma guna tulang ayam, artis muda Malaysia bijak hasilkan pameran seakan-akan tapak arkeologi di ibu negara
YgBenarBukan pisang:Cuma guna tulang ayam, arti
Views : 12752 Replies : 1
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 275946 Replies : 8049

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 06:28 AM GMT+8 , Processed in 0.437219 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list