CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9666|Reply: 19

Tips & Petua Halau/Tangkap Cicak

[Copy link]
Post time 5-11-2019 09:01 PM | Show all posts |Read mode
Edited by tari at 7-11-2019 08:30 PM



Sebut CICAK pasti ramai yang geli geleman mendengarnya.
Dah guna macam-macam cara tapi masih berkeliaran sicicak. Stress  najisnya mengotori  rumah.
Nah disenaraikan sebahagian petua untuk menghalau cicak

1.      KULIT TELUR – letak ditepi tingkap atau pintu(laluan cicak). Perlu diganti 3 minggu sekali.

2.      BAWANG PUTIH/BAWANG MERAH – potong bawang dan diletakkan dikawasan yang disukai oleh cicak. Boleh juga gunakan semburan bawang yang telah dikisar untuk menghalau cicak. Cicak akan keluar dari rumah kerana tidaktahan dengan bau bawang.

3.      SERBUK LADA HITAM, SERBUK CILI DAN AIR
Cicak tak suka benda yang pedas, kita  boleh gunakan bahan yang pedas  iaitu serbuk lada hitam, serbuk cili, dan air.
Caranya:
Campurkan serbuk lada hitam  dengan serbuk cili.
Masukkan campuran tadi ke dalam  botol spray, masukkan air.
Goncang sehingga sebati.
Sembur ke tempat cicak selalu  kelihatan.
Cicak akan lari bertempiaran  akibat tak tahan pedas.

4.       SERBUKKOPI +TEMBAKAU
Caranya:
Campurkan serbuk kopi dan tembakau.
Sapukan gam pada hujung pencungkil gigi.
Benamkan hujung pencungkil gigi yang bergam  tadi ke dalam campuran serbuk kopi dan tembakau.
Gerak-gerakkan pencungkil gigi supaya serbuk tadi melekat kepadanya.
Letakkan pencungkil gigi tersebut di kawasan  cicak selalu kelihatan.
Cicak akan tertarik dengan bau yang dihasilkan oleh campuran tadi lalu menjilatnya.
Bahan dalam campuran tadi akan menyebabkan  cicak mati

5.      SERAI WANGI
Letak batang berserta daun serai ditempat cicak  berkeliaran. Kalau tidak ada pokok serai beli semburan serai wangi, danspray.  
Pasti bertempiaran cicak lari

6.       JAGAKEBERSIHAN RUMAH
Pastikan ruang dapur sentiasa  bersih. Tong sampah ditutup rapat. Kalau rumahbersih cicak pasti berkurangan.

Sekiranya ada petua yang lain, sila sambung ……..


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2019 11:55 AM | Show all posts
3.      SERBUK LADA HITAM, SERBUK CILI DAN AIR


Pernah cuba cara nie
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2019 01:21 PM | Show all posts
bagus petua juga ni.. boleh la try letak kulit telur.
kat rumah saya byk cicak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2019 03:06 PM | Show all posts

Pasti cicak bertempiaran lari kepedasan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2019 03:11 PM | Show all posts
anniez08 replied at 7-11-2019 01:21 PM
bagus petua juga ni.. boleh la try letak kulit telur.
kat rumah saya byk cicak..

hehehe.... lagi2 di dapur kan.

1 lagi petua yang boleh dicuba


  

Campur sedikit sos TOBASCO dengan sedikit air dalam botol spray
Sembur bahan tersebut ke belakang almari, rak atau tempattertutup. Baunya yang tajam akan
membuatkan cicak tidak akan berani datang ke tempat semburanitu.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2019 03:41 PM | Show all posts
Cicak juga takut dengan BULU AYAM.

Gantungkan bulu ayam  disekitar tempat yang selalu cicak berkeliaran.
Secara semulajadi cicak takut dengan bulu ayam.  Jadi secara tidak langsung
menghalau cicak.

Nak  guna BULU BURUNG MERAK pun boleh.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-11-2019 04:00 PM | Show all posts


Cili kering juga berkesan untuk menghalau cicak.
Caranya:
Gantung atau gunting cili kering dan masukkan dalam bekas, letak ditempat yang berkenaan.
Cicak lari bila terhidu bau kuat cili kering.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2019 04:20 PM | Show all posts
so kesimpulannya cicak tak suka benda pedas menyengat..tapi i rasa serai wangi tu mcm nak try
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-11-2019 08:37 PM | Show all posts
  
Pelihara kucing dapat membantu mengurangi populasi cicak.





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2019 09:02 PM | Show all posts

  
Cara paling mudah guna Perangkap Gam

Dengan cara ini lebih mudah untuk membuang bangkai cicak yang melekat.








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2019 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Wah banyaknya petua nk halau cicak
Rumah akak byk btl binatang ni, mop lantai tetiap minggu, dapor bersih lps msk tp msh ada lg binatang yg menggelikan ni, InsyaAllah nak cuba
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2020 09:32 PM | Show all posts

Berkesan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
I ollz paling benci cicak...nak senja jer dgr la cicak buat bunyi cet cet cet bising dkt tingkap...dkt rumah i ollz siap ade cicak warna coklat brbelang2 hitam...ade jugak cicak albino besau gile sizenye...eiii benci btol!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 04:24 PM | Show all posts
hahaha tulis notis cicak di larang masuk.. kira petua tak tu? hehehe gurau ajee
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
dah buat memcm ikut petua ni dan rumah pun bersih tp cicak still bermaharajalela, stress
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2023 03:50 PM | Show all posts
I am really afraid of lizards
I hope this is an effective way to save them
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2023 11:32 PM | Show all posts
Pernah cuba cara nie
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2023 02:23 AM From the mobile phone | Show all posts
serai wangi tu memg tak lut dah kat rumah aku..melambak2 cicak, sampai naik geli tgk
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa student dulu cicak akan penuh dlm Milo  bancuh dlm jug . Esok tu boleh buang air Milo tu dlm tong sampah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2024 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
tima kasih atas petua ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 03:59 AM GMT+8 , Processed in 0.054297 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list