CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8773|Reply: 42

Ustaz Dedah Punca Cerai Makin Tinggi Di Malaysia

[Copy link]
Post time 14-2-2020 11:45 AM | Show all posts |Read mode

kredit foto: Carian google









Kadar penceraian yang semakin membimbangkan di Malaysia terutama bagi pasangan Melayu-Islam kita sepatutnya mencari titik penyelesaian bagi menghidarkan perkara ini dari terus berlaku. Tulisan Isma Nizam di facebook nya ketika bertemu dengan seorang ustaz yang bertugas di Pejabat Agama Islam Selangor mengenai punca penceraian mungkin boleh dijadikan panduan untuk sama-sama muhasabah diri.


1. Obsesi
Beliau menerangkan ramai yang datang meminta kaunseling untuk menyelesaikan masalah obsesi ini. Sebagai contoh. Ini contoh ya, gila berbasikal. Setiap minggu hilang tanpa radar. Kesana kesini berbasikal meninggalkan anak dan isteri. Sampai satu tahap isteri tekanan melampau dirumah menguruskan anak anak dan rumah. Anak pula sedang membesar. Tahu sajalah perangai mereka. Bersepah satu rumah. Jadi bila balik tanya pula isteri buat apa di rumah? Tak 'hangin' kawan tu?


Ada kes ya sampai isteri kemurungan sebab benda obses ni dan ada juga kes ya isteri naik hantu walhal sebelum ini dia paling penyabar dalam muka bumi ni tau. Beliau menambah, boleh nak melakukan sesuatu hobi, tapi perlahan lahan tarik brek tangan perlahan lahan. Jika sudah berkahwin, fokus kita beralih ke ke keluarga pula. Tak ke kita impikan sebuah keluarga yang bahagia dan diredhai Allah?.



2. Komitmen
Komitmen adalah satu punca besar penceraian. Beliau menjelaskan bahawa 80 peratus wanita menanggung komitmen rumah tangga. Ini perkara paling banyak terjadi. Contoh, isteri bayar bil itu, bil ini, barang dapur, sekolah anak, dan lain lain manakala suami pula bayar komitmen dia sahaja. Sebagai contoh, suami bayar duit kereta dia dan selain itu, isteri yang bayar.


Sebagai permulaan, niat isteri ya membantu suami. Lama lama, niat tu jadi sumpah seranah pula. Banyak pasangan yang baru berkahwin, saya nasihatkan kalau suami tak mampu, kongsilah komitmen tu, bahagi dua. Masing masing tak sakit hati jika keduanya bekerja. Ya masa bercinta, duit bukan segalanya, dah kahwin, cinta boleh pampers anak susu anak?.



3. Nafkah
Ramai yang tidak faham apa itu nafkah. Nafkah adalah satu tabungan khas untuk isteri. Tidak boleh dicampur apa apa elemen lain macam tempat tinggal, pakaian, makan dan lain lain. Ianya tabung isteri. Dan isteri berhak ke atas duit itu selagi tidak melanggar syariat. Nafkah juga, sebagai tabung kecemasan untuk isteri sekiranya apa apa berlaku kepada suami.


Bayangkan suami mati mengejut. Terkontang kanting isteri ditinggalkan. Lagi sedih mati tinggalkan hutang. Hibbah bukan pilihan zaman ini. Hibbah sangat penting. Suami sediakanlah satu dana untuk hibbah. Dia memang tak nampak duit tu kemana, tapi kemudian hari, baru tahu kepentingan dia.




kredit foto: Carian Google


4. Suami sebagai raja/takut di cop takut bini
Hal ini pun jadi masalah juga. Contoh, mengarah isteri macam hamba. Orang lelaki kena ingat. Isteri ni mental mereka cepat koyak. Dah diarah macam hamba, mana maunya mereka fikir siapa mereka disisi suami. Suami kena rajin ringankan tulang bantu isteri. Suami kena pegang satu prinsip iaitu bagaimana mahu menutup mulut isteri jika ada benda tak kena di rumah. Semuanya okay, nak pergi mana pun pergilah. Hati pun senang. Jangan takut di cop sebagai takut isteri.


Tapi takutlah jika di cop Allah sebagai lelaki yang tiada tanggungjawab. Solatlah berjemaah. Sentiasa minta petunjuk. Gunakan perkataan elok untuk meminta sesuatu dari isteri. Isteri bukan hamba, tapi penyeri hati. Kalau hati dia suram, suami pun terkesan juga.



"Rupanya sekecil benda pun boleh jadi penceraian dan bukan ada skandal dan gundik pun boleh jadi penceraian juga". - CARI

sumber: facebook isma nizam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2020 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Setad salah info ni.. Mustahil terjadi byk kes penceraian atas alasan remeh. Mereka yg beragama paling benar sudah pasti sgt penyabar dan mulia serta bebas dari kemurungan dan kekasaran. Apatah isu rumahtgga yg mudah diatasi kerana dibimbing lelaki sang khalifah yg penyabar, bijaksana lagi adil.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2020 12:04 PM | Show all posts
ingatkan sbb coc, pubg, mobile legends, dan yg seangkatan dengannya
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2020 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Dedolu jiran tok iols ada makcik ni..
Suaminya tabligh..asik la keluar...
Makcik ni ada 5 orang anak kalau tak.silap..
Anak ke lima tu masih dalam pantang..bapaknya keluar pegi ikut tabligh ke pakistannnnn
Iols salu iols.tok iols tgk makcik ni kalau cuti skolah..
Tunggang langgang okeh
Makcik tu meroyan..sebab anak kekecik..sorang jaga...duit tak.ada..
Tok iols kekadang sembelih ayam 3 4 ekor..bagi sekor dua kat dia..
Pastu orang kampung tlg tlg...lagiiiii laki tu naik.lemak
Hanat...
Keluarga sendiri.tak jaga...


Skang xtau berita..dengar cita dh bercerai n kawen baru dgn anak dara
Harap pakcik tu pelir dia berulat dan anK anak xjumpa dia
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2020 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
So berdasarkan apa yg ustaz tu bagitau, maka dapatlah disimpulakan bahawa punca utama perceraian tu berlaku adalah sebab suami loser, tak bertanggungjawab, tak matang, pemalas dan kedekut {:smile
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2020 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 14-2-2020 12:20 PM
Dedolu jiran tok iols ada makcik ni..
Suaminya tabligh..asik la keluar...
Makcik ni ada 5 orang an ...

Memang nyampah aku org tabligh ni... rumah tonggang langgang anak bini x makan sibuk kemana2 lepas tangan alasan agama...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-2-2020 12:38 PM | Show all posts
yg no.1 tu nak tanya skit ler.. kalau ada sorg 'ustad' yg hobi cari bini baru masa bini tgh bunting tu camne ye.. p umrah pn sempat lagi cari calon baru.. ce ustad2 komen skit xyah nk bekap2 member..
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2020 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
umbut replied at 14-2-2020 12:32 PM
Memang nyampah aku org tabligh ni... rumah tonggang langgang anak bini x makan sibuk kemana2 lepas ...

Kan..
Family.iols pon ada tabligh tp dia jaga anak bini..
Duit dibagi..dan isteri isteri tabligh lain bersatu utk bagi bantuan apa apahal..
Tapi kebanyakan tabligh yang iols.nampak..cm tu lah...kekadang beras pon tak ade...
Makcik tu sampai tahap nak cekik baby tu...tok.iols amek n jagakan ..anak anak semua terbiar..

Time bapak ada...ke tak ada.. sama.aje...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2020 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols tgk golongan nmpk alim perangai lagi hauk.. bayangkanlah imam sejid pun ramai gay seorang setad kemain syok cerita corncake ramai pompuan
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2020 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz: Dedolu jiran tok iols ada makcik ni..Suaminya tabligh..asik la keluar...Makcik ni ada 5 orang anak kalau tak.silap..Anak ke lima tu masih dalam pantan ...



tak betul cara nak berjihad pun, nak tinggal isteri anak tu kena la cukup makan pakai, cukup perlindungan, ni dibiar kelaparan pulak dah, tabligh apa macam ni, dah memburukkan org2 tabligh
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2020 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Even haji pun wajib ade duit yg cukup utk diberi kepada tanggungan yg ditinggalkan baru dikira mampu utk gi haji. Setakat utk tanggung diri sendiri utk ibadat haji belum masuk kategori mampu lagi. Apetah lg ibadah seperti tabligh kene la mampu tinggalkan duit n keperluan dab dpt redha dari seorg isteri. Maknanya yakin isteri mampu menggalas tugas2 sepanjang die meninggalkan rumah. Jgn menganiaya anak isteri.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2020 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu masa belajar perubatan seorang tabligh tak habis2 gelak ketawa dan bergurau. Waktu tu i seorang saja wanita. Buat lawak pun tak jadi. Bila nak balik dia beritahu. Kena balik awal ni. Nak gulung karipap. And then gelak2 lagi. Begitulah kisah lelaki mulia yg bergelar khalifah al tabligh
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2020 02:30 PM | Show all posts
Megikari replied at 14-2-2020 12:30 PM
So berdasarkan apa yg ustaz tu bagitau, maka dapatlah disimpulakan bahawa punca utama perceraian tu  ...

Setuju, itu punca sebenar yang banyak berlaku sekarang..Mula2 isteri ingat hanya bantu suami dalam urusan cari nafkah tapi lama2 isteri lebih2 cari nafkah berbanding suami yang so-so jer..
Dek suami banyak masa sangat sempat berscandal dengan perempuan lain alasan isteri tak pandai / takde masa melayan..
Banyak cerita mcm tu sekarang..



Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2020 02:37 PM | Show all posts
If you want to learn about Islam...

Don't learn it from a Muslim.


Empat faktor kat atas ni semua pointing to lelaki. Ada je lelaki baik. Tapi in general byk sgt aku dgr kisah yang sama ni.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2020 02:42 PM | Show all posts
married is about running biznes

untung sabut timbul

untung batu tenggelam
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2020 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang disekeliling aku rata2nya 1 keluarga sekurang2nya satu pasangan bercerai.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2020 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Cerita obsesi ni salah satu hobi yg jadi punca bercerai ialah memancing. Masuk hutan berhari2 leka memancing kejap pg keje kejap tak last2 kena buang ataupun dia sendiri boring nak kerja. Isi masa dgn memancing tak peduli anak bini. Terjadi dlm keluarga iols sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2020 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau boleh bahagia aman sentiasa dengan single after kawen kenapa nak menderita
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2020 03:57 PM | Show all posts
Megikari replied at 14-2-2020 12:30 PM
So berdasarkan apa yg ustaz tu bagitau, maka dapatlah disimpulakan bahawa punca utama perceraian tu  ...

memang pun...  kalau suami tu betul2 bertanggungjawab mengikut ajaran islam, insya Allah rumahtangga ok...

Banyak pasangan yang baru berkahwin, saya nasihatkan kalau suami tak mampu, kongsilah komitmen tu, bahagi dua. Masing masing tak sakit hati jika keduanya bekerja.

ni sangat salah tau...  apa la nasihatkan camtu...  patutnya tekankan la komitmen semua tanggungjawab suami 100%...  kalau rasa tak mampu, jangan kawen...  ni awal2 dah suruh share...  pastu kang lama2 isteri kena bayar semua...  nasihatkan lelaki tu kalau tak mampu, tak wajib kawen...  kawen ni bukan semata2 nak halalkan seks semata2...
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2020 04:19 PM | Show all posts
memang betul ler skrg ramai nooo pasangan muda2 baru kawin setahun 2 dh bercerai... ex bdk opis iols 2 org cerai kawin setahun jer.. antara sbb yg suami rupanya geng kunyit..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 05:07 AM GMT+8 , Processed in 0.155993 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list