View: 1905|Reply: 1
|
Jasa Ibnu Taimiyah Menghadapi Tatar/Monggol
[Copy link]
|
|
saya nak cerita sedikit merdeka pada zaman Ibnu Taimiyah Rahimahullah, ringkasan dari Bidayah wa Nihayah karya Ibnu Katsir:
699 Hijrah: Pada tahun ini datang berita bahawa pasukan Tatar menuju Syam. Semua orang dilanda ketakutan teramat sehingga sewa seekor unta mencecah 200 dirham. Pada masa ini juga tentera Tartar menuju ke Damaskus (Syria). Para tokoh berhimpun dengan Al-Imam Ibn Taimiyyah di tempat syahidnya Ali r.a. Mereka sepakat untuk berangkat menuju Qazan demi menghalang musuh (Tartar) dan membebaskan warga Damaskus.
Ibnu Taimiyah ketika di Nabak, beliau memberikan ceramah yang bernada keras dan tegas membangkitkan semangat jihad kaum muslimin bagi mempertahankan negeri mereka.
____________
700 Hijrah: Pada waktu ini tiba lagi berita pasukan Tatar menuju ke Syam dan selanjutnya akan menyerang Mesir. Ramai orang bersiap sedia melarikan diri. Ibnu Taimiyyah duduk dalam majlisnya dengan menggabungkan banyak kaum Muslimin, menaikkan semangat mereka menghadapi peperangan. Kaum Muslimin menyambut seruan itu.
___________
702 Hijrah: Pada tahun ini terjadi peristiwa Saqhab yang dihadiri oleh Ibnu Taimiyyah ketika hendak datang ke pasukan Al Washil dari Hamat. Akhirnya ia bergabung dengan mereka di Al Qathifah, kemudian dengan mereka mengelilingi daerah Tartar di Saqhab dan Al Kuswah dekat Damaskus. Kepada mereka pula Ibnu Taimiyyah menyerukan membangkitkan semangat jihad. Sultan sangat tinggi kemahuannya dan memerintahkan untuk menyiapkan kudanya, lalu ia mengikatnya sehingga tidak berlari. Kemudian Allah menurunkan kemenangan-Nya kepada kaum muslim.
Ketika malam tiba, Tartar melarikan diri dari kancah peperangan menuju Tulul yang merupakan daerah pergunungan dan juga ke Al Akam. Sebahagian besar mereka berjaya dibunuh oleh tentera kaum muslim.
____________
703 Hijrah: Pada tahun ini Raja Tartar bernama Qazan mati di dekat Hamadzan. Ia telah sampai di Tibriz, suatu tempat di Syam.
____________
Keterangan:
Dalam riwayat sejarah, Ibnu Taimiyyah bersama kaum muslimin berserta pemerintah Syam sama-sama mempertahankan Syam daripada penaklukan Tatar/Monggol.
Bangsa Tatar dan Monggol terkenal dengan kekejaman mereka dengan menakluk banyak wilayah Islam bahkan memusnahkan kerajaan Bani Abbasiyyah. Kebengisan mereka terakam dalam sejarah sepertimana Hamka menyebut dalam Sejarah Umat Islam hlm.458:
"Setelah kota Baghdad tinggal menjadi runtuhan puing dan abu, Hulagu (Hulagu Khan) pun keluar dari bekas runtuhan kota itu dan meneruskan perjalanan penjarahan-penjarahannya (penaklukan) ke seluruh tanah Iraq yang lain. Kemudian diteruskan pula ke Syam dan di dalam masa setahun saja bereslah seluruh Iraq dan Syam di bawah kekuasaannya, dan tidak kurang daripada 14 juta manusia yang mati selama penjarahannya itu."
Kadangkala kita tertanya dan hairan, bagaimana orang seperti Zamihan telah berjaya mempengaruhi pegawai tinggi polis, sehingga fatwa Ibnu Taimiyyah dalam jihad (konteks memerangi Tatar) dianggap sebagai fatwa kaum pengganas? Sedangkan pada zaman Ibnu Taimiyah, beliau dianggap tokoh jihad dalam memerangi pengganas Tatar!
link asal: https://www.facebook.com/photo.p ... ;type=3&theater
|
|
|
|
|
|
|
|
ibnu taimiyyah ada 2...
yg bagusnya bukan wahabi tapi aswj |
|
|
|
|
|
|
| |
|