View: 13228|Reply: 23
|
6 aplikasi edit video terbaik untuk Smartphone
[Copy link]
|
|
Edited by trunks at 5-6-2020 04:12 AM
| 6 Apps Terbaik Untuk Buat Video Pengajaran |
Bagi saya sendiri, saya berhenti daripada mengangkut Kamera DSLR selepas saya perhatikan smartphone sekarang pun dah semakin advance dengan teknologi berkaitan camera dan video. Lagipun sesuai dengan keperluan saya yang nak lebih mobile, mudah bawa dan juga shoot and edit, maka saya rasakan penghasilan video pdpc dengan menggunakan fon adalah lebih baik untuk saya yang sentiasa bergerak dan sibuk nih. Manalah nak sempat transfer file semua bagai nak edit. Huhuhu. Maka menggunakan aplikasi video editing di telefon pintar, merupakan pilihan yang tepat untuk saya. Jom saya kongsikan 6 aplikasi terbaik untuk buat video pengajaran.
1. VivaVideo ProPilihan pertama saya tentulah aplikasi VivaVideo Pro. Yes.. version Pro nih kena bayar sket lebih kurang RM13.99 untuk lesen penuh. So boleh buang watermark yang ada tulis Vivavideo pada video untuk free version punya. Rimas weyh..
| VivaVideo Pro aplikasi video editing pilihan saya |
Dan kenapa saya pilih VivaVideo Pro nih untuk aplikasi utama dalam menghasilkan video? OK, sebab dia sangat simple, mudah, user friendly, senang guna dan tak funky sangat dengan effect video yang keterlaluan. Yer lah, saya buat video pdpc kot, bukan video nak happy happy.
Lagi satu sebab dia ada semua elemen yang saya nak. Contohnya, ada untuk tulisan, boleh masuk suara muzik dan background, boleh masuk suara latar, serta boleh gabung gambar dan juga video sekali. Serba lengkap lah dengan elemen yang saya nak pada video saya. So, VivaVideo Pro memang terbaik!
2. Quik
Jika untuk video travelog kalau saya pegi jalan-jalan, saya suka guna aplikasi Quik. Aplikasi video Quik nih sebenarnya dia datang sekali dengan GoPro punya kamera. Maknanya pengguna GoPro memang dah familiar lah dengan aplikasi Quik nih.
| Quik punya pilihan lagu latar memang terbaik lah! |
Editing videonya juga sangat mudah, dengan effect yang sangat kemas dan elegan. Boleh pilih klip, pastu terus boleh template camna yang kita nak. Theme dia siap dengan muzik latar belakang yang sesuai. Part muzik latar belakang dia memang saya puji. List pilihan lagu dia memang nice sangat!
Lagi satu yang bestnya pasal aplikasi Quik nih adalah sebab aplikasinya adalah percuma. Walaupun percuma, takdek lak dia kalut nak letak watermark ke apa ke. So, senang lah sket nak buat video tanpa iklan-iklan yang tak perlu.
Oh. Lagi satu yang saya suka pasal Quik nih, sebab aplikasi dia sangat 'bijak'. Walaupun klip kita tu panjang, tapi nanti bila dah edit, dia akan auto pendekkan dan pilih mana part yang sesuai, especially part yang ada suara. So yang ini saya rasa apps nih very the clever sangat lah.
3. FilmoraGo
Ini juga antara apps pasal video yang selalu digunakan oleh mereka-mereka yang suka edit video. Effect yang ada juga nice dan sangat modern. Saya pernah install untuk cuba gunakan. Tapi kurang masuk jiwa sebab theme dan effect dia tuh 'canggih' sangat. Sedangkan saya tak perlu efek yang semacam tu.
| FilmoraGo juga menawarkan efek video sedia ada yang lawa |
Satu kelebihan apps FilmoraGo nih adalah dia ada function yang boleh buat greenscreen dengan mudah. Mungkin kalau guna untuk travelog pun cun saya rasa!
4. PowerDirector
Apps nih saya masukkan dalam senarai sebab saya pengguna tegar software video editing ini jika di laptop. Dok edit video dulu, dari tahun 2010 saya mula berkenalan dengan bidang video hinggalah 2017, memang saya gunakan PowerDirector untuk edit video-video di laptop.
| POwerDirector video editing lagi sedap guna di laptop |
Versi di smartphone pun macam lebih kurang, walaupun sedikit terbatas berbanding di laptop punya version. Juga ada function untuk buat greenscreen dengan mudah. Cuma saya rasa belum ada hajat ler nak gunakan apps nih.
5. InShot
Apps InShot nih pun kemain lawa. Saya pernah tengok video seorang instafamous yang diedit gunakan apps nih. Memang lawa dan nampak style lah. Pemilihan efek dan lagu latar belakang juga banyak dan sesuai dengan konsep. Cuma lepas dah install, pastu saya rasa macam takdek masa nak explore, maka saya pun uninstall ler balik. Tapi serious, jika anda explore banyak lagi, mungkin anda juga boleh hasilkan video yang cun melecun.
| InShot menawarkan efek yang style dan kemas |
6. Kinemaster
Kinemaster juga applikasi video editing yang dalam kelompok yang sering digunakan. Cumanya arituh bila saya guna, saya rasa button untuk function apa semua tu macam agak tersorok. Kena main explore explore dulu. Mungkin kalau dah cekap, mungkin lagi cepat lah nak tekan button edit semua tu.
| KineMaster video editor juga nice, tapi kena explore sket |
Akhir sekali, sebenarnya tak kisah lah aplikasi video editing mana sekalipun anda pakai, yang penting kena explore habis habisan. So bila dah tau function, barulah nampak canggih video anda. Padahal guna trick trick saja untuk nampakkan video tu macam mantap jer editing nya. sumber
|
Rate
-
3
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
good info, banyakkan lg info pasal application |
|
|
|
|
|
|
|
awak nak aplikasi apa yang agak2 best hehe
Android ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
yup android, cara nak dapatkan gambar yand terdelete or hilang ada tak |
|
|
|
|
|
|
|
trunks replied at 5-6-2020 07:52 PM
awak nak aplikasi apa yang agak2 best hehe
Android ke?
gambar yg terdelete or hilang dari phone |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by trunks at 8-6-2020 07:12 PM
cuba baca2 ni dulu
Bagaimana Untuk Dapatkan Semula Gambar Yang Telah Dipadam Dalam AndroidTersalah padam gambar??? Jangan bimbang! Ikuti TIPS ini untuk dapatkan semula gambar anda.
Tiada mekanisme terbina untuk memulihkan semula gambar yang telah dipadam, tetapi terdapat aplikasi telefon dan program perisian PC untuk membantu anda mendapatkan semula gambar-gambar ini.
Disini kami sediakan artikel untuk memulihkan semula gambar yang dipadam dalam Android: Dapatkan Kembali Gambar yang telah Dipadam pada Telefon Pintar AndroidCara paling mudah untuk dpatkan kembali gambar yang telah dipadam pada telefon pintar Android anda adalah melalui aplikasi yang dipanggil DiskDigger.
- NOTA: Jangan gunakan telefon anda untuk tujuan lain sebelum anda mendapatkan kembali gambar tersebut.
- Pergi ke Google Play Store dan muat turun aplikasi ini.
3. Selepas selesai muat turun, buka aplikasi tersebut. Jika ia memerlukan kebenaran untuk mengakses photo, media dan fail, pilih allow. 4. Melalui aplikasi, pilih start basic photo scan.
5. Apabila anda melihat gambar yang dipadam dipaparkan, pilih kotak pada sudut kiri atas untuk memilih. Kemudian, pilih recovery pada skrin.
6. Aplikasi ini menyuruh anda memilih bagaimana anda mahu memulihkan fail tersebut. Pilih save
the files to an app on your device….
Dapatkan Kembali Gambar yang Dipadam pada Tablet AndroidProses untuk mendapatkan gambar yang dipadam daripada tablet Android hampir sama dengan telefon Android. Pastikan anda memahami semua arahan pada skrin dalam DiskDigger.
Pilihan Lain untuk Dapatkan Kembali Gambar yang telah DipadamTerdapat program perisian lain yang dapat membantu anda mendapatkan kembali gambar yang telah dipadam. Antaranya ialah Recuva. Muat turun perisian ini dapat ikuti arahan diberikan. Selamat mencuba! Terima kasih.
|
|
|
|
|
|
|
|
tq info, kalo pic wechat terdelete camne nk dapat balik. tau tak... i terdelete pic lama i kt wechat. so sad |
|
|
|
|
|
|
|
Tq, TT. Perkongsian yang saaaaangat baik. Iols pun tengah berfikir nak buat videos and tak sure app mana yang senang untuk orang buta IT macam iols |
|
|
|
|
|
|
|
hehe.untuk apps video ,saya cadangkan inshot
agak mudah nak handle untuk yang baru bermula
|
|
|
|
|
|
|
|
trunks replied at 10-6-2020 12:02 AM
hehe.untuk apps video ,saya cadangkan inshot
agak mudah nak handle untuk yang baru bermula
Oh ye ke TT? Ok thanks!! Selalu juga nmpk vids kat ig youtube guna Inshot. Tq again ya |
|
|
|
|
|
|
|
trunks replied at 10-6-2020 12:03 AM
kalau untuk wechat, cuba awak baca2 sini
https://www.easeus.com/android-data-recovery/wechat-ph ...
tq so much |
|
|
|
|
|
|
|
Video2 yg dihasilkan boleh dibuat utk baper lama? Nak reka video sejam, boleh ke? |
|
|
|
|
|
|
|
boleh tu cuba try error,tapi,kalau apps inshot tu.taklah lama boleh edit
rasanya..tapi,trylah dulu tengok apa ceritanya
|
|
|
|
|
|
|
|
trunks replied at 18-6-2020 10:01 PM
boleh tu cuba try error,tapi,kalau apps inshot tu.taklah lama boleh edit
rasanya..tapi,trylah du ...
Ok tengkiu ... |
|
|
|
|
|
|
|
In shot tu dia akan tolong edit terus mcm quik ke? |
|
|
|
|
|
|
|
tolong edit? hehe
maksud awak?bukan ke kita yang edit..
|
|
|
|
|
|
|
|
trunks replied at 10-9-2020 06:35 AM
tolong edit? hehe
maksud awak?bukan ke kita yang edit..
Mksud ya, kalau mcm quik, Kita Masuk gamba/video, pilih nk Tema apa, apps tu akan tolong susunkan ikut tema |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by trunks at 10-9-2020 05:26 PM
tak silap saya..dalam inshot,kita kena masuk kan manual
dia memang banyak menu@option, agak canggih jugala
app ni.. cuma kalau awak dah selesa dengan app quik
apa kata teruskan aje dulu. tapi,kalau nak explore
aps baru, boleh try tu
|
|
|
|
|
|
|
|
I so far guna inshot. Quite nice. Cuma kena explore lagi features dia. Ingat nak try guna untuk buat video for company ads jugak , cuma yang tu kena lah nampak professional. As a beginner editing I nampak macam budak2 pulak |
|
|
|
|
|
|
| |
|