CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1949|Reply: 0

Najis anjing berjangkit/berpindah ke?

[Copy link]
Post time 17-7-2020 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum. Cerita dia macam ni, 2 hari lepas aku berdua je la dengan anak kat rumah, malam2 kat ruang tamu. Rumah yg aku sewa ni takde pagar. Rumah taman lowcost. Pagar asal ada tapi aku taktahu kenapa owner cabut pagar. Tengah elok2 layan anak aku, tetiba terdengar suara anjing mcm suara bergaduh tu betul2 kt beranda rumah aku ni. Dekat gila suara dia. Dengan dia terlanggar barang lagi. Barang ape tu aku tak pasti la. Tak sempat nak ngendap anjing tu gaduh dengan sape. Kt beranda rumah aku ni ada robok kasut. Stray cat memang selalu la berteduh kt robok kasut tu, lagi2 malam dorang tumpang tidur. So aku tak nampak la anjing tu masuk sampai mana. Sebab bila aku bukak pintu je anjing nye dah takde.

So citenye ni malam tu lepas anak aku tidur, aku tengok la ada kesan tapak kaki anjing ke apa kan. Sebab kt luar baru lepas hujan. So aku ada la nampak beberapa kesan yg aku syak anjing punye la. Macam kesan kt lantai tu mcm tompok air tapak kaki anjing. Yang kat tong tu macam kesan badan dia bergesel dengan tong kesan basah. Sebab aku kan terdengar dia langgar barang kt luar ni. Boleh tengok gambar.

Ok so dah siang semalam, aku nak sertu lah. Kesan air kat lantai dah kering. Kesan yg kat tong ada lagi. So dimulakan dengan air bercampur tanah. Aku jirus lantai dengan tong. Yg kat tong tu aku sampai confuse kesan bergesel dari badan anjing yang basah ke bukan sebab masa jirus air tanah first tu dia tak hilang kesan. Aku amik mask terpakai yg ada buang kt tepi tong tu, aku gosok kesan yg ada kt tong tu baru hilang. Lepas tu aku jirus lagi dengan air tanah. Aku jirus la sampai yakin dah bersih.

Dah habis jirus lantai dengan tong hitam tu, aku nk sertu tangan dengan kaki aku pulak, sebab masa jirus2 tu air terpercik2. Sebenarnye sambil sertu lantai dengan tong tu aku ada sertu tangan aku jugak. Aku tak tahu la rasa mcm bernajis sangat. Lagi satu aku memang ada perasaan was was ni. Dah hbis sertu lantai, aku sertu lagi tangan berserta kaki, lantai jadi berpasir tanah balik. Tapi aku biar je sebab dah penat masa tu. Dah petang. Nak settle kan kemudian. Malam tu lepas anak aku tidur aku nk jirus la kesan pasir2 tanah tu, siap basuh getah paip tu lagi. Basuh tangan kaki lagi. Lepas masuk rumah aku mandi sertu tangan kaki lagi. Bila nak tidur, aku terfikir tadi aku sertu tak lantai luar tu, ke aku jirus pasir2 je. Adoii. Lepas tu sekarang aku fikir aku sertu tak getah paip tu ke setakat jirus air 6 kali. Aku dah la pelupa.

So soalan dia kat sini, lepas dah habis sertu lantai dengan tong siang tu kan, aku sertu tangan kaki lepastu lantai jadi bernajis balik ke? Sebab kesan pasir dari sertu tangan kaki masih ada. Aku runsing dah ni, masuk rumah sertu 1 badan sekali dengan baju pun kena sertu. Lepas tu dah siang semula, masa laki aku nk pergi kerja petang tadi, dia kerja malam, aku suruh park reverse pagi tadi balik kerja sebab tak nak dia lalu kat lantai yg aku sertu tu. Bila nk pergi kerja boleh pulak dia lalu kt tempat lantai yg aku sertu tu. Dah la aku lupa aku sertu habis ke tak. Pastu dia otw kerja aku wasap la aku suruh park reverse sebab tak nak dia lalu kt situ sbb aku was2 lagi. Masa dia lalu tu kering dah lantai. Boleh dia lupa dia cakap. Aku stress la. Teruk sangat la perasaan was2 aku ni. Ni pun aku fikir, mcm malam semalam kan aku jirus2 pasir ada la percik2 lepas tu basuh je kaki tangan, dah masuk rumah, aku cuci tangan aku kt sinki lepas tu baru aku kunci pintu dengan tangan yg basah, lepas tu aku mandi baru sertu kaki tangan. Tempat yg aku pegang mcm kunci dengan tombol pintu tu jadi bernajis tak eh? Tangan aku bernajis tak? Tetiba fikir benda ni padahal semalam aku dah yakin bersih.

Asalnye laki aku nk sertu aku tanya pernah sertu ke? Tak pernah. Aku pernah la sebab masa sekolah dulu selalu sertu kasut sebab pijak taik anjing. Sekali dengan kain baju sekolah, badan aku pun aku sertu. Hmm. Sebab tu aku yg nak sertu tapi jadi mcm ni pulak tahap was2 tu. Adoii.

Mintak yg berpengalaman dan berilmu komen la ye. Terima kasih.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:34 AM GMT+8 , Processed in 0.039141 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list