CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5190|Reply: 6

Nak Bersama Tapi Tak Tahu Pasangan Ada Mood Atau Tidak? Perhatikan Petanda Ister

[Copy link]
Post time 8-10-2020 12:12 AM | Show all posts |Read mode



Kaum Adam, sekiranya anda ingin memberikan pengalaman seksual yang terbaik buat isteri, amat penting untuk anda kenal pasti tanda-tanda wanita ghairah terlebih dahulu!

Semasa sedang bersenggama, anda harus tahu apa yang isteri mahukan dan sama ada si dia menikmatinya sama seperti anda, jadi jangan syok sendiri pula ya!

Namun, untuk mengetahui sama ada si isteri benar-benar terangsang secara seksual atau tidak, kadangkala ia boleh menjadi rumit.

Justeru, artikel ini akan membantu para suami untuk mengenali tanda-tanda wanita ghairah, ketahuinya dengan lebih lanjut.

Bagaimana badan anda bertindak balas terhadap perasaan ghairah?

Bagi mengenali tanda-tanda seseorang wanita itu sedang terangsang, ketahui beberapa petanda tindak balas fizikal terhadap perasaan ghairah, antaranya:
  • Denyutan nadi dan jantung bertambah cepat, dan tekanan darah juga meningkat
  • Saluran darah akan berkembang, termasuk saluran darah ke alat kelamin
  • Faraj dan vulva mulai basah untuk menjadi pelincir semula jadi
  • Bahagian vulva, seperti labia (bibir) dan klitoris, menjadi bengkak kerana bekalan darah meningkat
  • Payudara menjadi lebih kenyal, dan puting boleh menjadi keras

Bagi para wanita, rangsangan seksual melibatkan sejumlah perubahan fisiologi dalam badan mereka.

Adakah terdapat perbezaan antara rasa ghairah dan keinginan?

Untuk pengetahuan anda, kata-kata ghairah dan keinginan sering digunakan secara bergantian, tetapi ia sedikit berbeza. Keinginan biasanya merujuk kepada kemahuan untuk melakukan hubungan seks secara emosional, sementara ghairah merujuk kepada perubahan fisiologi dalam tubuh yang berlaku ketika teruja secara seksual.

Menurut pakar, gangguan keinginan melibatkan kurang keinginan seksual atau minat seks, sementara gangguan keghairahan melibatkan keinginan seks tetapi berjuang untuk mendapatkan mood ingin bersenggama.

Hanya kerana seseorang menunjukkan tanda-tanda rangsangan seksual tidak bermaksud mereka ingin melakukan hubungan seks dan ia juga tidak bermaksud mereka bersetuju untuk melakukannya.

Menurut National Health Services (NHS) United Kingdom, para penyelidik telah mengenal pasti 4 peringkat tindak balas seksual iaitu tahap yang dilalui oleh tubuh dan fikiran anda sebelum, semasa, dan selepas hubungan seks.





Keghairahan jatuh kepada peringkat pertama kitaran tindak balas seksual.

  • Keterangsangan
Tahap keterangsangan seksual juga dikenali sebagai tahap rangsangan melibatkan pelbagai perubahan fisiologi dalam badan.
Sebilangan besar fungsi ini menyediakan tubuh untuk melakukan hubungan intim. Contohnya, faraj si isteri akan menjadi lebih basah kerana kelenjar menghasilkan cecair pelincir. Biji kelentit dan vulva juga akan membengkak semasa saluran darah mulai berkembang.
Tambahan itu, puting juga mungkin menjadi lebih sensitif terhadap sebarang sentuhan.

  • Plateau
Ini adalah tempoh sebelum seseorang wanita mendapat orgasme. Pada peringkat ini, perubahan yang anda rasakan dalam fasa keterangsangan semakin meningkat. Nafas anda juga mungkin akan menjadi semakin laju, dan mula mengerang atau bersuara tanpa sengaja.
Selain itu, faraj anda akan mulai mengetat dan menghasilkan cecair pelincir dengan lebih banyak.

  • Orgasme
Tahap orgasme sering dianggap sebagai tujuan akhir seks, tetapi tidak semestinya!
Orgasme boleh merangkumi kekejangan otot, terutama di bahagian bawah punggung dan pelvis.
Pada tahap ini, faraj anda mungkin akan mulai mengetat dan mungkin menjadi lebih basah.


  • Resolusi
Selepas orgasme, otot akan kembali berehat dan tekanan darah juga menurun.
Di samping itu, bahagian kelentit anda mungkin berasa sangat sensitif atau menyakitkan apabila disentuh.


Apakah tanda-tanda wanita ghairah?






Untuk mengetahui tanda-tanda wanita ghairah, si dia mungkin sukar untuk menumpukan perhatian terhadap perkara lain, walaupun isteri anda mungkin sebenarnya tidak mahu melakukan hubungan seks!

Itu kerana rangsangan seksual mengaktifkan perubahan tertentu pada otak, mendorong aktiviti otak yang berfokus pada seks. Namun, masih banyak yang tidak kita ketahui berkenaan bagaimana otak berfungsi semasa hubungan seks.

Secara umumnya, kaedah terbaik untuk mengetahui sama ada seorang wanita terangsang secara seksual adalah dengan cara bercakap dengannya.
Tetapi selalunya, para wanita tidak menyedari bahawa mereka sedang terangsang. Ini kerana para wanita akan bereaksi secara berbeza pada masa yang berbeza dan dengan pasangan yang berbeza.

Kadang-kadang seorang wanita akan bernafas dalam-dalam dengan dadanya naik dan turun.

Selain itu, si dia mungkin akan mulai mengerang lembut. Apabila perkara ini berlaku, anda harus tumpukan perhatian, dengarkan dan perhatikan.
Tanda-tanda lain ialah jika si dia mula mengurut payudaranya. Dia mungkin menggosoknya dengan lembut dan kadangkala membelainya.
Sekiranya isteri anda bertindak secara lebih agresif, ini adalah petanda bahawa si dia telah benar-benar terangsang dan bersedia untuk melakukan hubungan seks.


Konklusi

Dapat dirumuskan, komunikasi adalah sangat penting dalam mengekalkan kualiti hubungan seks yang sihat antara suami isteri. Untuk kedua-dua pihak dapat menikmati pengalaman atas katil yang terbaik, pasangan haruslah terbuka dengan keinginan seksual mereka.

Ini kerana, walaupun isteri anda menunjukkan tanda-tanda terangsang apabila digoda, si dia mungkin sebenarnya tidak berada di dalam mood untuk ‘bersama.’

Justeru, dengan mengamalkan komunikasi secara terbuka, anda akan dapat memahami pasangan secara lebih baik!








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2020 09:57 AM | Show all posts
mlm ni mlm jumaat

yabeda bedoooo  
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2020 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Hakikatnya jantan2 melayu ni jenis henjut2 terus cretttt...haha.. sendiri jolok sendiri puas.. ada plak kesah isteri puas ke tak..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2020 01:54 PM | Show all posts
RatuDunia94 replied at 8-10-2020 11:55 AM
Hakikatnya jantan2 melayu ni jenis henjut2 terus cretttt...haha.. sendiri jolok sendiri puas.. ada p ...



yeke...tu bbnu kot.


Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2020 10:44 PM | Show all posts
tagas replied at 8-10-2020 09:57 AM
mlm ni mlm jumaat

yabeda bedoooo

Jumaat lebih ada mood keh??
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2020 07:26 AM From the mobile phone | Show all posts
FussioAnwar replied at 9-10-2020 10:44 PM
Jumaat lebih ada mood keh??


more energy more harder

tambah pahala
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-10-2020 06:06 PM | Show all posts
tagas replied at 10-10-2020 07:26 AM
more energy more harder

tambah pahala

Hari ni Saturday, viagra mari mari )
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:59 PM GMT+8 , Processed in 0.724247 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list