Edited by kruzaman at 22-11-2020 06:36 PM
Berdasarkan statistik Jan 2020, terdapat 26,690,000 pengguna internet di negara kita untuk tahun 2019. Pada bulan September 2020 sebanyak 98.29% iaitu 26,233,601 daripadanya menggunakan Google dalam mencari sesuatu yang dikehendaki.
Sudah pasti, daripada jumlah yang begitu besar ada segmen demografi atau 'niche market' untuk perniagaan yang kita lakukan. Persoalannya bagaimana untuk tempatkan perniagaan kita pada muka hadapan engin carian Google?
Jawapannya ialah melalui kaedah SEO (Search Engine Optimization) atau Optimakan Carian Engin. Ambil contoh 'tudung bawal', apakah bila orang cari di Google perniagaan tudung yang anda lakukan berada pada muka hadapan atau muka surat 1,2 dan 3.
Sekiranya tidak tersenarai di Google, sudah pasti 26 juta pengguna internet yang bakal mencarinya tidak akan menjumpai perniagaan kita.
Salah satu cara untuk menempatkan perniagaan kita secara PERCUMA dalam senarai 30 teratas ialah dengan penulisan 'Content Marketing' di laman web, media-media sosial, blog dan lain-lagi.
|