Edited by Aking at 20-12-2020 08:31 PM
Datuk Mohd Asri Zainul Abidin berkata kemestian dalam mengambil vaksin tergantung kepada manfaat dan mudarat yang bakal ditanggung. — Foto oleh Hari Anggara
Hasbullah Awang Chik
KUALA LUMPUR, 20 Dis — Mufti Perlis hari ini menjelaskan kewajaran dalam memastikan vaksin wajib diambil masyarakat seluruhnya.
Datuk Mohd Asri Zainul Abidin berkata kemestian dalam mengambil vaksin tergantung kepada manfaat dan mudarat yang bakal ditanggung penerima.
“Jika dapat dibuktikan secara saintifik bahawa sesuatu vaksin itu mempunyai mudarat ke atas penerimanya, maka pemerintah tidak boleh memaksa rakyat mengambilnya.
“Jika tidak dapat dibuktikan hal itu, sebaliknya jika pemerintah dapat membuktikan kepentingan, kebaikan dan keselamatan sesuatu vaksin, maka pemerintah berhak menetapkan rakyat mesti mengambilnya,” katanya.
Mohd Asri mengulas isu vaksin Covid-19 yang masih menjadi polemik dalam masyarakat berhubung status halal dan kesan sampingannya.
Fatwa penggunaan Covid-19 sedang diperhalusi Yang di-Pertuan Agong selepas Majlis Fatwa Kebangsaan selesai berbincang mengenainya.
Kerajaan kini sedang berusaha mendapat lebih banyak vaksin Covid-19 bagi menampung keperluan golongan yang mudah terjejas. |