CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9415|Reply: 5

Betul ke kerap bersetubuh ketika trimester akhir kehamilan dapat memudahkan pasa

[Copy link]
Post time 28-2-2021 10:15 AM | Show all posts |Read mode
Hubungan kelamin semasa hamil selamat dilakukan sekiranya tiada kontraindikasi dari aspek perubatan seperti pendarahan awal semasa hamil yang disebabkan oleh sematan uri pada bahagian bawah rahim (plasenta previa). Masalah perubatan lain termasuklah asma atau lelah yang tidak terkawal atau masalah jantung yang tidak menggalakkan ibu melalui aktiviti fizikal yang berat termasuk hubungan kelamin. Selalunya doktor yang merawat akan memberi nasihat yang sewajarnya. Jika kehamilan mengalami pendarahan dan doktor bimbang tentang kesihatan janin, hubungan kelamin tidak digalakkan kerana faktor fizikal dari tusukan semasa hubungan kelamin boleh membawa kepada keguguran.
Kepercayaan turun-temurun mengatakan hubungan kelamin boleh mencederakan bayi dan air mani menyebabkan kecacatan adalah tidak benar. Ini kerana, bayi terasing dan selamat di dalam selaput karung tetuban yang terletak di dalam rahim, sedangkan tusukan organ lelaki semasa hubungan kelamin hanya sampai paras liang vagina dan pangkal rahim belum terbuka sebelum waktu kelahiran.

KERAP BERSAMA KETIKA AKHIR KEHAMILAN MEMUDAHKAN PROSES KELAHIRAN
Air mani lelaki ada mengandungi bahan prostaglandin yang mempunyai ciri-ciri merangsang kontraksi atau pengecutan berlaku. Bahan ini merupakan bahan yang sama terkandung di dalam pengubatan pil yang digunakan untuk tujuan cetusan sakit bersalin (induction of labour) oleh kebanyakan doktor.Jadi, kemungkinan berlaku kontraksi pramatang atau kontraksi palsu jika hubungan kelamin dilakukan sebelum bayi matang. Perlu juga dimaklumkan bahawa tahap prostaglandin di dalam air mani tidak begitu tinggi sehingga begitu mudah boleh menyebabkan kontraksi setiap kali bersama suami. Jangan hairan, tetapi kaedah tradisional ini juga yang masih diamalkan untuk ibu hamil yang lebih hari untuk merangsang pembukaan pangkal rahim sebelum doktor menjalankan prosedur cetusan.

LARANGAN BERSAMA JIKA IBU HAMIL TIDAK SIHAT
Selain faktor-faktor yang disebut di atas, keadaan lain di mana doktor melarang hubungan kelamin adalah jika ibu senang mengalami kontraksi pramatang dan kelahiran pramatang. Lain-lain situasi termasuklah ibu mengandung kembar dan ibu yang hamil dan mengalami servikal yang tidak kompeten dan memerlukan pangkal rahim diikat seperti prosedur MacDonald’s stitch dan pemecahan air tetuban sebelum waktunya.
Larangan ini adalah untuk mengelakkan dari berlakunya kelahiran pramatang dan jangkitan selepas selaput tetuban pecah. Akibat perubahan hormon, ibu-ibu turut mengalami kesan psikologikal dan mental yang agak ketara pada sesetengah kes. Umpamanya, awal mengandung bila si ibu mengalami mual dan muntah yang teruk. Apabila ini berlaku, mereka cenderung menyalahkan suami kerana menyebabkannya mengandung. Mood swing atau perubahan angin semasa hamil juga agak kerap terjadi. Kemudian, apabila bakal ibu tadi melihat perubahan bentuk badan, payu dara dan peningkatan berat badan, rasa rendah diri mereka terus menular.
Keinginan seks juga, boleh jadi berubah-ubah atas sebab perubahan hormon yang sama iaitu mungkin meningkat atau menurun. Justeru, peranan suami untuk memberi perhatian yang lebih dan sokongan moral amat penting pada masa-masa ini. Kejang anggota badan adalah salah satu gejala yang amat kerap menjadi aduan. Ini dapat dikurangkan dengan pengambilan suplemen kalsium. Gejala simpul biawak/mengkarung/ular adalah gejala kejang yang paling menyakitkan di mana masalah ini memang boleh berlaku semasa atau selepas hubungan kelamin atau semasa meneran di saat kelahiran bayi.

POSISI YANG SESUAI BERSAMA KETIKA HAMIL
Di saat akhir kehamilan, dengan keadaan ibu yang tentunya sarat, posisi ibu di bawah masih merupakan yang paling selesa. Walau bagaimanapun, posisi reverse missionary atau lateral (sisi) masih popular bagi mereka yang belum begitu sarat keadaannya. Jika tiada halangan dari aspek perubatan, tidak ada sebab kenapa hubungan kelamin tidak diteruskan kerana ikatan suami isteri akan lebih akrab sementara menunggu cahaya mata yang bakal lahir. Perasaan negatif di mana ibu sering berasa dirinya sudah tidak cantik akan secara semula jadi ditepis dan saat ini perlu digunakan sepenuhnya oleh si suami untuk membelai dan memanjakan isteri.
RUJUK PADA YANG PAKAR
Selepas kelahiran, dari aspek perubatan juga keperluan agama, tempoh pantang adalah selama lebih kurang 40 hingga 44 hari. Amal ibadat serta hubungan kelamin boleh diteruskan selepas waktu ini melainkan jika darah nifas masih belum kering. Doktor akan pastikan ibu membuat rawatan susulan selepas sebulan dan kesihatan fizikal ibu akan dinilaikan masa ini. Pasangan suami isteri perlu berbincang sepanjang waktu hamil terutama mereka yang hamil buat pertama kali untuk mengenali perubahan pada ibu juga keperluan hubungan kelamin dan kekerapan. Semua ini patut diajukan kepada doktor berserta lain-lain kemusykilan sebagai persiapan tanpa rasa segan silu. Segala masalah peringkat awal kehamilan, boleh dikesan seawal enam minggu kehamilan. Jadi sejurus selepas kehamilan disahkan, buatlah temu janji dengan doktor agar masalah boleh dikesan dan ditangani dari awal kehamilan.

Single Polls, Total 5 Users voted
80.00% (4)
20.00% (1)
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2021 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai orang kata gitu.. Katanya main ni selusuh yang natural.. Ntahla 3 kali bini aku beranak sebelum ni tak main selalu masa dekat2 due tu sebab bini aku cepat penat
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Hampir benar. Tapi tak leh lah yang hardcore. Penyek anak aku woii.. haha.. senang2 pun10 jam juga layan contraction. Teran 2 kali terus keluar..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila bersetubuh masa pregnant, badan perempuan akan keluarkan oxytocin, hormon utk kontraksi uterus/rahim. Tu yg akan mudahkan bersalin.. lebih2 lagi kalau perempuan capai klimaks. Lagi tinggi pengeluaran oxytocin.. sebab tu kalau bersetubuh masa pertengahan pregnancy, perempuan tu akan rasa contraction di perut lepas klimaks..
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2021 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul...
Yang pertama posisi gimak tu bantu buka lalauan pada vagina.

Yg kedua - ketika seks hormon endorfine dan exytocin akan dirembeskan..hormon ni membantu ibu untuk contraction terutama saat saat minggu kelahiran..tapi jika dah ada bukaan tak boleh Se...ks dah...nanti boleh jangkitan kuman kat baby...hormon hormon ni mmemang penting untuk ibu mngandung..

Emosi ibu yang baik akan mudahkan proses bersalin ... Seks tu bantu emosi ibu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 06:30 AM | Show all posts
masa 1st pregnen, bolehlah juga mengesek..
ni tgh pregnen kali 2, hilang terus napsu seks tu..
bila cuba, rasa tak sedap dan sakit..terus ilang napsu nak teruskan...
akhirnya BJ jer penis suami..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:55 PM GMT+8 , Processed in 0.055105 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list