View: 3097|Reply: 1
|
Rukun Solat (Panduan Lengkap RUMI)
[Copy link]
|
|
Rukun Solat (Panduan Lengkap RUMI)
Apakah maksud rukun solat?
Apakah rukun solat yang wajib diketahui?
Panduan ini akan menunjukkan kepada anda mengenai rukun solat, perkara yang membatalkan solat, dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya.
Anda WAJIB tahu kerana:
— Jika anda tertinggal salah satu rukun solat, maka solat anda tidak sah.
Oleh itu, mari kita teliti satu persatu perkara-perkara tersebut.
Maksud Rukun Solat
Rukun dari segi bahasa bermakna asas atau tiang bagi sesuatu.
Oleh itu, secara mudahnya, rukun solat solat bermaksud perbuatan-perbuatan yang tersusun dimana solat tidak akan lengkap dan tidak sah tanpanya.
Contohnya:
Kita tidak melakukan takbiratul ihram (rukun), maka solat kita tidak sah kerana rukun solat kita tidak lengkap.
Bilangan Rukun Solat
Rukun solat ada berapa?
Pendapat yang rajih (kuat) dan muktamad (yang dipegang) dalam mazhab Syafi’e adalah terdapat 13 perkara yang menjadi rukun solat.
Rukun solat tersebut adalah:
- Niat
- Berdiri tegak
- Takbiratul Ihram
- Membaca al-Fatihah
- Rukuk
- Iktidal
- Sujud
- Duduk antara dua sujud
- Duduk tahiyat akhir
- Membaca tahiyat akhir
- Membaca selawat ke atas Rasulullah
- Memberi salam
- Tertib
- Rukun solat mesti diketahui dan dilaksanakan dalam solat.
Solat tidak sah apabila tertinggal mana-mana satu rukun.
Apabila kamu bangun untuk solat, sempurnakanlah wuduk, kemudian hadaplah ke kiblat lalu bertakbir. Kemudian bacalah apa yang mudah daripada al-Quran. Kemudian rukuklah sehingga kamu rukuk dengan tamakninah. Kemudian bangunlah sehingga kamu berdiri tegak. Kemudian sujudlah sehingga kamu sujud dengan tamakninah. Kemudian bangkitlah sehingga kamu duduk dalam tamakninah. Kemudian sujudlah sehingga kamu sujud dalam tamakninah. Kemudian bangkitlah sehingga kamu duduk dengan tamakninah
— Riwayat Bukhari
13 Rukun Solat
Niat
Niat ialah lintasan atau ingatan di dalam hati mahu mengerjakan solat itu.
Tidak dikatakan berniat apabila hanya lidah yang melafazkan, tetapi tidak diikuti dengan mengingat di dalam hati.
Niat solat perlu dihadirkan di dalam hati ketika mengangkat takbiratul ihram
Sekurang-kurangnya niat itu merangkumi tiga perkara:
Qasad (ﻗﺼﺪ) iaitu solat semata-mata.
Ta’arudh (ﺗﻌﺮﺽ) iaitu jenis fardhu
Ta’yin (ﺗﻌﻴﻴﻦ) iaitu menentukan waktu solat yang hendak didirikan sama ada Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib atau Isyak.
Contohnya apabila seseorang hendak mendirikan solat Zuhur, memadai dia berniat “Sahaja aku solat fardu Zuhur”
Berdiri Betul
Maksud berdiri dengan betul adalah berdiri tegak lurus iaitu tulang belakang tegak dengan dada menghadap kiblat.
Sunat menundukkan sedikit kepala dan memandang ke tempat sujud.
Untuk yang tidak mampu berdiri dengan betul kerana cacat, bongkok atau sakit, boleh menunaikan solat mengikut cara yang termampu oleh mereka.
Solatlah dengan berdiri, sekiranya tidak mampu maka dengan duduk, sekiranya tidak mampu, maka dengan berbaring
— Riwayat Bukhari, Ahmad, Ibnu Majah dan Abu Dawud
Takbiratul Ihram
Takbiratul ihram adalah melafaz “Allahuakbar” untuk memulakan solat dengan suara yang dapat didengar sekurang-kurangnya oleh diri sendiri.
Lafaz ini tidak boleh ditukar dengan lafaz lain atau dilafazkan dalam bahasa lain selain bahasa arab.
Lafaz ini juga perlu dibuat dalam satu nafas sambil memasang niat.
Anak kunci solat ialah berwuduk, yang mengharamkan perlakuan yang dihalalkan sebelum solat ialah takbir dan yang menghalalkannya ialah salam.
— Riwayat Ahmad, Tirmizi dan Abu Dawud
Membaca Surah al-Fatihah
Surah al-Fatihah wajib dibaca ketika berdiri pada setiap rakaat solat dengan tajwid yang betul.
Tidak (sah) solat bagi seseorang yang tidak membaca Fatihatul Kitab (surah al-Fatihah).
— Riwayat Bukhari
Rukuk
Rukuk ialah membongkokkan badan dan kepala ke hadapan sehingga sama rata dengan punggung.
Kedua-dua telapak tangan dilekapkan pada kedua-dua kepala lutut.
Sunat berdoa atau bertasbih sewaktu rukuk.
Sekiranya tidak tahu berdoa atau bertasbih, cukup diam seketika sekadar masa membaca sekali “Subhanallah”.
Berada dalam keadaan tersebut dinamakan tamakninah.
Maksud Tamakninah
Tamakninah dalam bahasa mudah bawa maksud BERTENANG.
Ibarat memandu kenderaan, waktu di simpang hentikan kereta sepenuhnya sebelum bergerak semula.
Selagi kenderaan itu masih bergerak, tidaklah dikira tamakninah
Iktidal
Iktidal ialah berdiri tegak selepas rukuk.
Perlu ada tamakninah dalam keadaan berdiri tegak sebelum beralih ke rukun solat seterusnya.
Kadar tamakninah sama seperti rukuk, iaitu kadar sekali nafas atau kadar menyebut “subhanallah”.
Allah tidak akan memerhatikan solat seorang hamba yang tidak menegakkan punggungnya di antara rukuk dan sujudnya
— Riwayat Ahmad
Sujud dua kali
Sujud ialah merendah dan tunduk.
Sujud yang minimum adalah meletakkan dahi yang terdedah ke tempat solat.
Tapak tangan dilekapkan rata pada tempat sujud bersetentang dengan bahu.
Sujud dilakukan dua kali untuk setiap rakaat.
Sujud yang sempurna adalah dengan meletakkan semua tujuh anggota sujud di atas lantai.
Anggota sujud adalah:
- Dahi
- Kedua-dua tapak tangan
- Kedua-dua lutut
- Kedua-dua kaki
- Sunat meletakkan hidung ketika sujud.
Sujud wajib dilakukan dengan tamakninah.
Duduk antara dua sujud
Duduk antara dua sujud ialah duduk sebentar selepas sujud pertama sebelum melakukan sujud yang kedua dalam setiap rakaat.
Sujud ini juga perlu dilakukan dengan tamakninah.
Duduk ini juga dilakukan secara iftirasy iaitu membaringkan tapak kaki kiri dan duduk diatasnya sementara tapak kaki kanan ditegakkan dengan anak-anak jari dihadapkan ke kiblat.
Kedua-dua tapak tangan diletakkan di atas kedua-dua paha dengan hujung jari berada hampir dengan pangkal lutut.
Duduk tahiyat akhir
Duduk tahiyat akhir ialah duduk ketika membaca tahiyat akhir sebelum memberi salam.
Duduk ini dilakukan secara tawarruk dan kedua-dua tangan diletakkan di atas paha.
Membaca tahiyat akhir
Tahiyat akhir dibaca ketika duduk tahiyat akhir.
Bacaan tahiyat atau ucapan penghormatan ini merangkumi dua sebutan iaitu:
Ungkapan memuji Allah SWT yang bermula daripada:
Dan salam:
Diakhiri dengan lafaz syahadah:
Membaca selawat ke atas Rasulullah SAW
Bacaan selawat ke atas Rasulullah SAW yang menjadi rukun solat adalah semasa duduk tahiyat akhir iaitu selepas melafazkan dua kalimah syahadah:
Rasulullah SAW juga berselawat atas dirinya semasa Baginda mendirikan solat.
Memberi salam
Memberi salam adalah penutup solat.
Sekurang-kurangnya dengan lafaz “Assalamualaikum”
Tertib
Setiap rukun solat wajib dilaksanakan dengan tertib iaitu mengikut turutan.
Hal ini terkecuali untuk rukun yang dilakukan serentak seperti takbiratul ihram bersama niat, berdiri tegak bersama membaca al-Fatihah dan duduk tahiyat akhir semasa membaca tahiyat, tasyahud dan selawat.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Sebelum ini trdapat banyak juga thread thread di board AGAMA yg telah membincangkan rukun rukun solat
mohon TT menyemak juga tajuk tajuk thread ya
Solat - Rukun Solat
10 Replies - 3084 Visit
Rukun Solat Soalan-soalan: [*]Posisi Duduk Tahiyat Awal [*]Terlupa Membaca Doa Iftitah [*]Hukum Tahhiyyat Awal [*]Niat dan Lafaz di dalam Solat [*]Meninggalkan Tasyahhud Awal dan Doa Qu ...
30-1-2015 05:25 PM - pestol - Agama Islam & Muslim
Rukun Solat ada 13 : discussion wahabi vs Sunni
223 Replies - 14699 Visit
Soalan ini khas ditujukan kpd para penganut ajaran wahabi or so-claimed as salafiah yang mengatakan sifat 20 tiada dlm Quran/Hadis... Kami ASWJ punyai 13 rukun utk setiap solat seperti yang telah d ...
2-8-2012 05:07 PM - niknasrul - Agama Islam & Muslim
Rukun Solat...
6 Replies - 2905 Visit
Salam Semua mengetahui yg rukun solat ada 13 iaitu : Rukun Solat Perkara yang mesti dilakukan dalam solat. · 1. BERDIRI BETUL, jika tidak mampu boleh dengan duduk jika tidak ma ...
3-9-2010 04:08 PM - Don Henley - Agama Islam & Muslim |
|
|
|
|
|
|
| |
|