View: 2424|Reply: 10
|
Bunuh diri dosa besar, khianati amanah
[Copy link]
|
|
Bunuh diri dosa besar, khianati amanah
KEMURUNGAN melampau antara faktor pendorong perbuatan bunuh diri.
KADAR kes bunuh diri atau percubaan bunuh diri yang semakin meningkat mutakhir ini cukup membimbangkan. Antara faktor pendorong dikenal pasti adalah kerana stres, depresi dan kemurungan melampau disebabkan masalah kewangan, hilang pekerjaan, bebanan hutang dan masalah keluarga. Apatah lagi ketika negara dilanda pandemik Covid-19 dan ramai yang terkesan teruk akibat pandemik terbabit.
Allah SWT melarang hamba-Nya daripada membunuh diri kerana diri mereka adalah milik-Nya, bukan milik mutlak diri mereka sendiri. Justeru, membunuh diri bermakna mengkhianati amanah yang diberikan oleh Allah SWT kepadanya.
Dalam Islam, membunuh diri adalah perbuatan dosa besar yang dilarang oleh syarak. Hadis secara spesifik menyebutkan bagaimana azab seksa yang dikenakan kepada orang yang membunuh dirinya di akhirat nanti.
Thabit bin ad-Dhahhak RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa membunuh dirinya dengan sesuatu di dunia, maka dia akan diazab dengan sesuatu yang digunakannya itu di hari kiamat kelak." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Daripada Abu Hurairah RA berkata: Nabi SAW bersabda: "Orang yang menjerut dirinya, maka dia akan berterusan menjerut dirinya di dalam neraka dan orang yang menikam dirinya, maka dia akan berterusan menikam dirinya di dalam neraka." (Riwayat al-Bukhari)
Dalam hadis lain, Nabi SAW bersabda: "Barangsiapa menghumbankan diri dari bukit hingga membunuh dirinya, maka ia akan masuk ke neraka jahanam, di mana ia akan berterusan menghumbankan diri di dalamnya dalam keadaan kekal abadi selama-lamanya. Barangsiapa meneguk racun hingga membunuh dirinya, maka racun tersebut akan berada di tangannya, di mana ia akan berterusan meneguknya di neraka Jahannam dalam keadaan kekal abadi di dalamnya selama-lamanya. Barangsiapa membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu akan berada di tangannya, di mana ia akan berterusan menikamkannya ke perutnya di neraka Jahanam dalam keadaan kekal abadi di dalamnya selama-lamanya." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Walaupun hadis ini memberi ancaman cukup keras iaitu orang yang membunuh diri akan kekal dalam neraka, namun sebenarnya ia masih tertakluk kepada kehendak Allah SWT juga sama ada dia akan kekal atau tidak kerana firman-Nya: "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu apa jua) dan akan mengampunkan dosa yang lain daripada itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya." (Surah an-Nisa': 48)
Setiap Muslim perlu mempersiapkan dirinya dengan akidah dan iman yang mantap kepada Allah SWT. Ini kerana segala masalah dan kesulitan yang dihadapi di dunia adalah ujian dan cabaran yang perlu dihadapi dengan penuh sabar dan tawakal.
Keyakinan yang teguh kepada Allah SWT mampu menenangkan batin dan jiwa dalaman seseorang. Ia meyakini semua yang berlaku adalah ketentuan Allah SWT dan ia wajib reda dengannya. Justeru, seorang Muslim yang waras tidak akan tergamak untuk membunuh dirinya.
Membunuh diri walau apa pun alasannya adalah perbuatan putus asa daripada rahmat Allah SWT dan seolah-olah menentang takdir yang ditentukan oleh Allah SWT kepadanya. Justeru, ia akan diharamkan daripada memasuki syurga. Jundab bin 'Abdullah RA berkata Rasulullah SAW bersabda: "Ada seorang lelaki di antara umat sebelum kalian menderita luka parah, namun dia tidak sabar lalu dia mengambil sebilah pisau kemudian mengelar tangannya yang mengakibatkan darah mengalir tidak berhenti hingga dia mati. Lalu Allah berfirman: "Hamba-Ku mendahului-Ku dengan membunuh dirinya, maka Aku haramkan baginya syurga." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Perbuatan membunuh diri adalah perbuatan jenayah individu yang berlaku sejak sekian lama dalam sejarah manusia. Termasuk juga pernah berlaku di zaman Nabi SAW.
Sahl bin Saad RA Imenceritakan bahawa ada seorang lelaki yang parah dalam satu peperangan, lalu dia meletakkan pedangnya di tengah dadanya dan menusukkannya hingga membunuh dirinya. Lalu sabda Rasulullah SAW: "Dia adalah daripada ahli neraka." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Jabir bin Samurah RA turut menceritakan seorang lelaki yang menderita luka parah, lalu dia mengambil sebilah anak panah, lantas mengelar lehernya hingga mati. Lalu Nabi SAW pun tidak bersolat jenazah ke atasnya. (Riwayat Ibn Hibban)
Rasa stres, depresi dan kemurungan melampau hingga tidak mahu lagi meneruskan hidup adalah 'sakit' yang perlu segera dirawat. Membunuh diri bukan penyelesai kepada masalah, bahkan ia adalah permulaan kepada masalah yang lebih besar di sebelah sana nanti sebagaimana yang dijelaskan oleh Baginda Nabi SAW.
Penulis Ketua Unit Hadis di Institut Kajian Hadis & Akidah (Inhad), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis)
Sumber:https://www.hmetro.com.my
|
|
|
|
|
|
|
|
i curious la..org yg bunuh diri ni kan..kalau dia xbunuh diri pun mmg dia mati jgk kn wktu tu..sbb mati ni xlambat sesaat..sbb ada yg try bnh diri tp xberjaya sbb umo dia pjg..camno nth nk tny..tp i betul curious |
|
|
|
|
|
|
|
jgn bg soalan kbat, moderator pun susah nak jawab
|
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap replied at 5-7-2021 09:05 PM
jgn bg soalan kbat, moderator pun susah nak jawab
apakata kaka cili tlg jwb |
|
|
|
|
|
|
|
edayildiz replied at 5-7-2021 09:21 PM
apakata kaka cili tlg jwb
Xpayah bunuh diri bunuh nyamuk dah lah. |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum, pertama sekali saya doakan mohon Allah lindungi kita dari terlalu banyak berfikir dan bimbang.
Dalam kejadian seseorang sudah bunuh diri, sudah tiada lagi persoalan kalau itu kalau ini. Adakah dia akan mati cara lain diwaktu sama? = tidak.
Allah lebih mengetahui tentang kita dan tahu akan apa kehendak kita dan isi hati kita sebelum kita diciptakan.
”Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (QS. Al Hadid : 22)
”Dan orang-orang yang mau menerima petunjuk, Allah menambah petunjuk kepada mereka dan memberikan Balasan ketaqwaannya.” (QS. Muhammad : 17)
”Barangsiapa yang mengerjakan amal yang saleh Maka (pahalanya) untuk dirinya sendiri dan Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, Maka (dosanya) untuk dirinya sendiri; dan sekali-kali tidaklah Rabb-mu Menganiaya hamba-hambaNya.” (QS. Fushilat : 46)
Oleh itu, marilah kita berkeinginan kepada taqwa dan kebaikan. Sila rujuk https://www.eramuslim.com/ustadz ... oh.htm#.YOPHE-gzbIU
|
|
|
|
|
|
|
|
ibnur replied at 6-7-2021 11:16 AM
Assalamualaikum, pertama sekali saya doakan mohon Allah lindungi kita dari terlalu banyak berfikir ...
wslm wbt
ok ok terima kasih mod
|
|
|
|
|
|
|
|
Assalammualaikum.
Pada pandangan saya, perbuatan membunuh diri berlaku atas dasar kejahilan dan kelupaan seseorang, yang mana, diri yg terlibat itu menjadikan nafsu sebagai ikutan, sekalipun diilhamkan kejahatan dan ketaqwaan oleh-Nya, manusia berkenaan cenderung memilih ilham kejahatan samaada yg ada pada diri sendiri atau menerusi ilham kejahatan syaitan.
Adapun kematian seseorang, sudah tertulis diluh Mahfus, manusia tetap diberi pilihan oleh-Nya samaada bersyukur dengan kehidupan ataupun kufur dengan kehidupan yg Allah s.w.t berikan.
Orang yg membunuh dirinya sendiri, hakikatnya, tidak bersyukur kepada Allah s.w.t. Tidak bersyukur dengan ujian2 yg Allah s.w.t datangkan. Tidak bersyukur atas nikmat kehidupan dan sebagainya.
Bagi diri mereka2 membunuh diri, nilai kehidupan itu tidak lebih dari apa yang memuaskan nafsu mereka sahaja. Ini kerana, hanya menerusi nafsu, seseorang itu berupaya membunuh dirinya sendiri, sekalipun dirinya tidak berakal.
Contohnya, seorang budak kecik, meniru perbuatan hingga membunuh dirinya sendiri, sedangkan akalnya belum sempurna kan? Adakah sama keadaannya berbanding seseorang yg sudah berakal, akan tetapi membunuh dirinya sendiri?
Nafsu yang dituruti tanpa punya pemahanan ilmu kehidupan sebenar atau terlupa akannya, merupakan punca sebenar, tindakan seseorang membunuh diri ketika diuji-Nya menerusi kejadian2 yg menyebabkannya berlaku.
Kematian itu pasti kepada sesiapa jua. Akan tetapi, tindakan membunuh diri, semata2 untuk memuaskan nafsu yg diikuti, sudah tertulis diluh Mahfus, sedangkan ianya merupakan perkara yg boleh diubah oleh manusia, juga ada kalanya kematian membunuh diri itu tidak berlaku kerana Allah s.w.t menghendakinya.
Moga2, Allah s.w.t jauhkan diri kita dari siksaan neraka-Nya.
|
|
|
|
|
|
|
|
salam,
beberapa minggu lepas ada terbaca sorang bilal bunuh diri..
i mcm terkesima lama jugak cuba nak digest news ni..
umur dia 70an, i assume kehidupan dia dah banyak urusan yg selesai (hutang/hal anak2)
dia bilal, org yg dekat dengan surau/masjid...
katalah dah 10 tahun dia jadi bilal....
hari2 dlm 10 tahun tu kehidupan dia byk habiskan masa kat surau/masjid kot...
i tak faham kenapa dia memilih untuk bunuh diri/gantung diri...
apakah yg berlaku sebenarnya...
sampai dia tergamak pilih jalan tu...
Moga kita semua sentiasa terpelihara di dlm rahmat Allah swt |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ussopp at 6-9-2021 01:31 AM
kita ambil iktibar.....
jangan kita lupa doa,
Ya Allah matikanlah kami dalam husnul khotimah....
kami itu rujuk diri , teman, ibubapa dan suka hati anda....selagi dia muslim....
kita amalkan ya...insyaAllah
semoga kita dapat husnul khotimah....insyaAllah
|
|
|
|
|
|
|
|
ya.. saya selalu doa mcm tu.. 'kami' : merujuk kita semua umat Islam..
dipelihara iman, akidah, akhlak..
dijauhkan dari azab kubur - azab api neraka - fitnah/sihir dajjal
saya rasa mcm kita sesama islam tak cakna sesama saudara kita hingga mereka
buat keputusan seteruk itu...
buta ke kita?
selfish ke kita?
allahu, ampunkan kami ya Allah...
ampunkan kami
|
|
|
|
|
|
|
| |
|