CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1371|Reply: 0

Bijak tangani khilaf

[Copy link]
Post time 16-7-2021 12:23 AM | Show all posts |Read mode
Bijak tangani khilaf



PERBEZAAN pandangan sememangnya adalah fitrah manusia. Mereka tidak sentiasa berada pada satu garisan yang sama setiap masa. Allah SWT menjelaskan hal ini menerusi firman-Nya bermaksud:  “Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah Dia menjadikan umat manusia itu umat yang satu. (Tetapi Dia tidak menjadikan yang demikian) dan kerana itulah mereka sentiasa berselisihan.”  (Surah Hud, ayat 118)

Setiap individu Muslim perlu menyedari bahawa perselisihan pandangan satu perkara yang lumrah. Dan ia perlu sentiasa dilihat daripada sudut pandang positif. Sekiranya dilihat secara positif, pastinya perbezaan itu mendatangkan kebaikan untuk umat. Perbezaan pandangan
tidak dilihat sebagai satu
perkara yang mendatangkan perpecahan dan perbalahan.

Ada banyak ayat al-Quran menerangkan bahawa apa juga perbezaan dalam penciptaan makhluk Allah di atas muka bumi, ia memberi gambaran tentang kekuasaan dan kebesaran-Nya. Firman Allah SWT bermaksud:  “Dan di antara tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan kebijaksanaan-Nya ialah kejadian langit dan bumi dan perbezaan bahasa dan warna kulit kamu...” (Surah ar-Rum, ayat 22)

Kebanyakan perbezaan pendapat dalam kalangan ulama Islam berlaku dalam masalah fekah. Hal ini berlaku beberapa sebab antaranya perbezaan ulama membuat tafsiran terhadap nas membabitkan pendalilan
sesuatu hukum. Biasanya, perbezaan pemahaman terhadap nas ini merujuk kepada nas bersifat umum.

Perbezaan juga boleh berlaku disebabkan faktor tempat dan masa. Bagaimanapun, sekiranya perbezaan pendapat
itu dilihat secara positif,
maka ia melahirkan faedah positif. Umar bin ‘Abd ‘Aziz pernah menyebut bahawa beliau melihat fenomena perbezaan pendapat kalangan sahabat Rasulullah SAW sebagai satu yang baik kerana ia memberi  rukhsah (keringanan) kepada umat.

Bagaimanapun, tiada istilah perbezaan atau perselisihan dalam bab akidah. Pegangan
Ahli Sunah Wal Jamaah  adalah satu pegangan menyatukan seluruh umat Islam di bawah kalimah tauhid. Al-Quran dan Sunnah adalah dua sumber pegangan akidah tanpa
wujudnya kepelbagaian tafsiran daripada kalangan ulama.
Ini menjadi asas keutuhan pegangan akidah umat Islam.

Firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud:  “Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (al-Quran) dan (Sunah) Rasul.”  (Surah an-Nisa’, ayat 59)

Kejahilan umat Islam dalam menangani isu khilaf  (perbezaan pandangan) menjadikan mereka berkecamuk. Lebih dikhuatiri,
ia bakal menjerumuskan
mereka ke dalam lembah kesesatan.  Oleh itu, bagi orang awam, bertanyalah kepada mereka yang berilmu sekiranya berdepan sebarang masalah berkaitan agama. Firman Allah SWT yang bermaksud:  “Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui.” (Surah an-Nahl, ayat 43)

Jika dalam bab agama pun,
kita diajar sentiasa bijak menangani perbezaan
pandangan maka amat wajar sekiranya perkara membabitkan urusan dunia ditangani secara bijaksana. Setiap orang pasti mempunyai pandangan tersendiri dalam urusan
dunia. Hal ini dibuat secara  ijtihadi  iaitu berdasarkan pemahaman masing-masing
yang tidak sempurna.

Oleh itu, elakkanlah terjebak dalam permusuhan dan perbalahan sesama umat hanya kerana perbezaan dalam bab politik kepartian. Tambahan pula sekarang ini, dapat diperhatikan ramai orang mengulas berkaitan isu semasa berdasarkan maklumat yang mereka peroleh. Mereka sebenarnya hanya tahu maklumat terhad ditambah sumber informasi pula daripada media sosial semata-mata.

Usahlah digadaikan keharmonian hidup bermasyarakat disebabkan perbezaan pandangan dalam bab politik atau seumpamanya. Hormati pandangan orang lain tanpa perlu menggadaikan maruah diri sendiri. Sesungguhnya perbalahan yang mengakibatkan permusuhan sesama sendiri hanya merosakkan kehidupan bermasyarakat dan bernegara.

Firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud:  “Dan taatlah kamu kepada Allah
dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan;
kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah berserta orang yang sabar.” (Surah al-Anfal, ayat 46)

Penulis adalah pensyarah
Pusat Pengajian Bahasa Arab, Fakulti Bahasa Dan Komunikasi,  Universiti
Sultan Zainal Abidin
Sumber:https://www.hmetro.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:09 PM GMT+8 , Processed in 1.022428 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list