CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 937|Reply: 2

Fokus bentuk gandingan campuran pelayaran

[Copy link]
Post time 4-8-2021 07:59 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Selepas saingan 470 international di Olimpik Tokyo 2020 berakhir, semalam, skuad pelayaran negara akan memulakan kerja dengan fokus kepada persiapan Sukan Asia Hangzhou 2022 dan Olimpik Paris 2024.

Jurulatih negara, Muhammad Sahir A Rahim berkata, tumpuan kini diberikan bagi membentuk kombinasi campuran membabitkan pelayar lelaki dan wanita bagi mengharungi kedua-dua temasya itu.

"Bagi program akan datang, pihak kejurulatihan sudah merangka program ke arah Sukan Asia 2022 dan Olimpik Paris 2024 apabila acara ini (470 international) akan membabitkan atlet campuran selepas berakhir Olimpik Tokyo 2020.

"Kami akan mula melakukan sesi pemilihan bagi membentuk kombinasi campuran itu yang akan membawa cabaran negara nanti.

"Harapan saya, mereka terus komited dan meningkat prestasi agar dapat meningkatkan lagi peluang memenangi pingat pada kejohanan akan datang," katanya.

Di Olimpik Tokyo 2020, wakil negara dalam acara 470 International wanita, Nuraisyah Jamil-Juni Karimah Noor Jamali menamatkan saingan di tempat ke-19 daripada 21 atlet pada penampilan sulung mereka di temasya itu.

Mereka memberikan aksi cemerlang apabila menduduki tempat ke-17 pada perlumbaan kesembilan dan ke-11 pada perlumbaan terakhir, semalam.

Walaupun gagal menempatkan diri dalam kelompok 10 teratas untuk mara ke perlumbaan penentuan pingat, Sahir menganggap anak didiknya meraih pengalaman berharga sepanjang aksi di Tokyo 2020.

Katanya, prestasi ditunjukkan Nuraisyah dan Juni Karimah dalam perlumbaan terakhir sangat luar biasa apabila mampu memberi saingan kepada kelompok 10 teratas.

"Mereka mengekalkan konsistensi dan fokus kepada perubahan angin serta bijak mengambil peluang. Untuk mendapat tempat ke-11 itu mereka perlu berjuang dengan bijak terutama dalam keadaan angin perlahan.

"Secara keseluruhan, banyak aspek positif diraih di sini, memandangkan mereka tiada pendedahan luar negara dan pertandingan dalam negara sepanjang dua tahun ini akibat pandemik Covid-19.

"Berjaya mengatasi pelayar dunia yang kebanyakannya dapat berlatih dan menyertai kejohanan dunia serta Eropah sebelum ini, menunjukkan kemampuan atlet berdua ini sangat luar biasa," katanya.

sumber : HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-8-2021 08:00 PM | Show all posts

DUA atlet pelayaran negara, Juni Karimah Noor Jamali dan Nuraisyah Jamil pada dua perlumbaan pusingan terakhir acara International 470 wanita di Olimpik Tokyo 2020, semalam. FOTO Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2023 03:19 PM | Show all posts
The Malaysian sailing squad is shifting their focus to the Asian Games Hangzhou 2022 and the Paris Olympics 2024 after the conclusion of the 470 international competition at the Tokyo 2020 Olympics. The team will now focus on forming a mixed combination of male and female sailors to compete in both events. The coaching  staff has already outlined a program to prepare for the upcoming competitions and will begin the hogwarts legacy map selection process for the mixed combination soon. The head coach, Muhammad Sahir A Rahim, hopes that the team remains committed and improves their performance to increase their chances of winning medals in future championships.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 03:16 PM GMT+8 , Processed in 0.082054 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list