CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12689|Reply: 92

Trivia - Sukan Olimpik Tokyo 2020

[Copy link]
Post time 6-8-2021 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Hello.

Beberapa hari lagi,  sukan Olimpik Tokyo 2020 akan melabuhkan tirai.

Jom kita kongsi peristiwa/perkara/cerita menarik mengenai temasya gemilang ini.

Selamat ber-trivia!

Sukan Olimpik ditunda buat kali pertama pada tahun 2020

Temasya Sukan Olimpik tidak pernah ditangguhkan sejak awal Olimpik moden pada tahun 1896. Apabila Sukan Olimpik Tokyo 2020 ditunda akibat pandemik Covid-19, penangguhan ini turut menjadi kali pertama dalam sejarah Sukan Olimpik moden di mana temasya tersebut terpaksa ditunda.

Walau bagaimanapun, Sukan Olimpik telah dibatalkan sebanyak tiga kali dalam sejarah. Yang pertama adalah semasa Perang Dunia Pertama (1916) dan Perang Dunia Kedua (1940 dan 1944).

Oleh kerana pihak berkuasa acara sukan itu menghitung setiap tahun keempat sejak 1896 sebagai Sukan Olimpik, maka Sukan Tokyo diiktiraf secara rasmi sebagai Olimpik XXXII (ke-32).

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-8-2021 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Berikut 10 perkara menarik mengenai Olimpik XXXII:

1. Penyertaan lebih 11,500 atlet
Lebih 11,500 atlet akan mengambil bahagian dengan 49 peratus daripada mereka adalah wanita. Bagi sukan paralimpik lagi pula, hanya 40.5 peratus sahaja atlet wanita.
Beberapa atlet bertindak menarik diri ekoran SOP yang melarang mereka untuk membawa peminat atau mana-mana individu.

Setakat ini, tenis sukan Olimpik sudahpun kehilangan ramai bintang seperti Rafael Nadal, Dominic Thiem, Stanislas Wawrinka, Nicholas Kyrgios, Serena Williams, Simona Halep dan Bianca Andreescu mengumumkan tarikh diri daripada sukan itu.

Pemilik 20 gelaran Grand Slam, Roger Federer dan bintang Great Britian, Johanna Konta menjadi nama besar terbaharu menarik diri daripada acara tenis di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Selain mereka, juara Wimbledon 2021, Novak Djokovic yang menyatakan peluangnya untuk beraksi dalam Olimpik Tokyo adalah 50-50.

2. Sejumlah 339 pingat akan dipertandingkan
Olimpik Tokyo bakal menyaksikan 339 pingat dipertandingkan bagi 33 sukan pelbagai jenis, meliputi 42 lokasi di Jepun.

3. PIngat sukan Olimpik Tokyo diperbuat daripada logam komputer dan telefon terpakai
Istimewanya edisi kali ini, atlet yang meraih pingat akan dikalungkan dengan pingat yang dihasilkan daripada bahan terpakai dan 6.2 juta peranti elektronik terbuang termasuk yang terbuang di laut.

4. Sejumlah 62 peratus populasi Jepun mahukan sukan itu ditangguh, dibatal. Kaji selidik yang dijalankan ke atas penduduk tempatan pada 21 Jun lalu mendapati 62 peratus daripada mereka mahukan sukan Olimpik ditangguh atau dibatalkan, manakala hanya 34 peratus bersetuju agar sukan itu diteruskan.

Ia turut disokong oleh lebih 6,000 pegawai perubatan yang mewakili Persatuan Perubatan Tokyo yang menggesa sukan berprestij itu dibatalkan dengan melibat kekurangan kapasiti hospital di negara itu.

5. Kira-kira 17.9 peratus populasi Jepun divaksinasi
Berdasarkan data dalam Our World, setakat 11 Julai lau, hanya kira-kira 17.9 peratus daripada populasi negara itu lengkap divaksinasi, berbanding 51.2 peratus di United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (47.6 peratus), Rusia (12.9 peratus).

6. Sebanyak AS$15.4 bilion (RM64.66 bilion) dibelanjakan
Kerajaan Jepun membelanjakan lebih RM64.66 bilion dengan AS$6.7 bilion (RM28.13 bilion) daripada kutipan cukai rakyat sebagai kos penangguhan.

7. Hampir 80 peratus atlet telah menerima vaksin COVID-19
Kira-kira 80 peratus atlet daripada 10, 900 atlet yang layak ke Olimpik Tokyo 2020 telah menerima vaksin COVID-19. Kesemua mereka menerima suntikan Pfizer-BioNTech.
Sekiranya disahkan positif jangkitan itu, mereka akan diasingkan dan tidak dibenarkan menyertai temasya sukan itu.

8. Tiada penonton, namun wartawan dibenarkan
Sukan Olimpik kali ini buat pertama kalinya akan berlangsung tanpa penonton, namun kakitangan sokongan dan wartawan dibenarkan untuk membuat liputan.

9. Tokyo menjadi tuan rumah untuk kali kedua
Olimpik Tokyo 2020 merupakan kali kedua sukan itu diadakan di Jepun. Pertama kali diadakan di Tokyo pada 1964.

10. Katil atlet Olimpik Tokyo diperbuat daripada kadbod.  Rangka katil untuk para atlet Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020 yang akan berlangsung antara 24 Julai dan 9 Ogos depan akan diperbuat daripada kadbod yang dikitar semula.

Tilam untuk katil itu pula adalah dalam bentuk politilena yang akan digunakan semula untuk produk plastik selepas temasya sukan tersebut berlangsung.

Astro Awani

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2021 12:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Sukan Olimpik moden pertama di Athens diadakan tanpa wanita. Buat pertama kali, wanita telah dimasukkan ke dalam pasukan pada tahun 1990 di pertandingan yang berlangsung di Paris. Mengikut keputusan mereka, wanita dengan cemerlang mempamerkan diri mereka sendiri, contohnya, tempat pertama dalam tenis dimenangi oleh Charlotte Cooper, yang juga membantu rekan senegaranya dalam pertarungan antara pasangan bercampur.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2021 12:23 AM | Show all posts
Nice info, thanks TT
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2021 12:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Supersirap replied at 7-8-2021 12:23 AM
Nice info, thanks TT

Kongsi jugaklah sama-sama.

Tak kisah dari sumber mana asalkan bersangkut dengan Olimpik.

Come on!
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2021 12:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Walaupun sukan skuasy merupakan sukan yang popular, tetapi sukan itu tidak dipertandingkan di kejohanan olimpik.
(tambahan: kalau dulu skuasy dipertandingkan, mesti Malaysia dapat pingat emas).

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-8-2021 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Nyalaan obor Olimpik bukanlah upacara sejak sukan itu diperkenalkan. Ia diperkenalkan ketika Kejohanan Olimpik di Berlin pada tahun 1936 sebagai propaganda tentera Nazi yang mempromosikan keagungan bangsa Aryan. Tradisi Nazi ini diteruskan oleh negara2 yang akhirnya jatuh ke pengaruh komunis selama 10 tahun seperti Greece, Bulgaria, Yugoslavia, Austria, Hungary, Czechoslovakia.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2021 12:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Dolu2 zaman Olimpik hanya dipertandingkan di Tamadun Greece, para atlet bertanding dalam keadaan sek kito "lanjey" . Perkataan "gymnasium" itu sendiri datang daripada perkataan "gymnos" yang bermaksud "lanjey." Jadi, gymnasium itu bermaksud "sekolah latihan secara bertelanjey."
(so sowwy, trivia ni walaupun agak 18 and above tapi menarik)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2021 12:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Min, boleh kongsi berapa trivia ni? Sebelum dikick keluar, iols tanya dulub
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2021 12:57 AM From the mobile phone | Show all posts
AnnaSendin replied at 7-8-2021 12:52 AM
Min, boleh kongsi berapa trivia ni? Sebelum dikick keluar, iols tanya dulub

Eh, kenapa nak kick pulak? Takde buat salah pun.
Kan enjoy baca.
Sila, sila tambah lagi.
Esok mungkin ada yang lain sambung-sambung pulak.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2021 12:59 AM From the mobile phone | Show all posts
AnnaSendin replied at 7-8-2021 12:35 AM
Nyalaan obor Olimpik bukanlah upacara sejak sukan itu diperkenalkan. Ia diperkenalkan ketika Kejohan ...

Ini baca-baca tadi, terjumpa.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2021 01:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 7-8-2021 12:57 AM
Eh, kenapa nak kick pulak? Takde buat salah pun.
Kan enjoy baca.
Sila, sila tambah lagi.

Ahh ok2. Tenkiu min!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2021 01:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Pencipta pingat sukan Olimpik Tokyo 2020.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2021 01:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 7-8-2021 12:59 AM
Ini baca-baca tadi, terjumpa.

Lol iols salah baca. Yang pas2 obor tu dari Nazi. Nyalaan api tu memang dah lama.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2021 01:04 AM From the mobile phone | Show all posts
AnnaSendin replied at 7-8-2021 01:02 AM
Iols ambik trivia dekat sini:
2. The Olympic Torch Relay is not an ancient tradition


Its ok.
Ada banyak versi.

Banyak baca-baca, banyak kita tahu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2021 01:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 7-8-2021 01:00 AM
Pencipta pingat sukan Olimpik Tokyo 2020.

Cantik pingat! Pandai heols design.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-8-2021 01:05 AM From the mobile phone | Show all posts
BANGGA.

Pingat pertama Malaysia di sukan Olimpik.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2021 01:06 AM From the mobile phone | Show all posts
AnnaSendin replied at 7-8-2021 01:05 AM
Cantik pingat! Pandai heols design.

Genius.

Negara berinovasi dan berteknologi.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2021 01:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Hanya 5 negara yang bertanding dalam semua acara dalam Kejohanan Olimpik moden musim panas. Negara2 itu ialah Greece, Australia, Great Britain, Switzerland dan Perancis.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2021 01:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 7-8-2021 01:06 AM
Genius.

Negara berinovasi dan berteknologi.


Samalah cam katil tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 02:54 AM GMT+8 , Processed in 0.153411 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list