View: 1126|Reply: 1
|
Medvedev sekat Djokovic, juarai Terbuka AS
[Copy link]
|
|
New York: Daniil Medvedev memusnahkan impian Novak Djokovic untuk merangkul Grand Slam menerusi kemenangan straight set di final Terbuka Amerika Syarikat (AS) pagi ini, sekali gus menafikan usaha pemain nombor satu dunia itu untuk mencipta rekod memenangi kejuaraan utama perseorangan lelaki kali ke-21.
Medvedev pemain ranking kedua dunia dari Rusia mengatasi Djokovic, 6-4, 6-4, 6-4 untuk melakar sejarah dalam kalendar tahun pertama Grand Slam sejak 1969 ketika Djokovic menyamai pencapaian Roger Federer dan Rafael Nadal dalam kelompok teratas dalam senarai karier kejuaraan Slam.
"Maaf kepada peminat anda dan Novak kerana kami semua tahu apa yang disasarkannya," kata Medvedev.
"Apa yang anda capai dalam karier anda.. pada saya, anda adalah pemain tenis yang hebat dalam sejarah."
Medvedev naib juara Terbuka AS 2019, memenangi kejuaraan Grand Slam pertama pada final Slam ketiganya, yang juga pertarungan semula bagi final Terbuka Australia pada Februari, memenangi straight set kepada pemain berusia 34 tahun dari Serbia untuk memastikan pemburuan gelaran Slam.
"Tahniah kepada Daniil. Perlawanan hebat," kata Djokovic.
"Jika sesiapa di antara mereka yang berhak memenangi kejuaraan Grand Slam buat masa ini adalah anda."
Usaha Djokovic melakar kejuaraan AS, Perancis dan Terbuka Australia serta Wimbledon pada tahun sama buat pertama kali sejak Rod Laver melakukannya 52 tahun lalu, gagal pada detik terakhir, dengan Laver pemain lagenda berusia 83 tahun antara 23,700 orang yang menyaksikan perlawanan di Stadium Arthur Ashe itu.
Djokovic terlepas kejuaraan keempat Terbuka AS dan akan memasuki persaingan 2022 bersama seteru utamanya yang digelar "Big Three" iaitu Roger Federer dan Rafael Nadal, di mana kedua-duanya tidak beraksi kerana kecederaan dengan memegang rekod sepanjang zaman memenangi 20 kejuaraan Slam. - HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Daniil Medvedev mencium trofi kejuaraan Terbuka AS yang dimenangi. FOTO AFP |
|
|
|
|
|
|
| |
|