CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2801|Reply: 3

ICM RichWorks himpun 300 jutawan secara virtual. Dikendalikan Mentor Usahawan d

[Copy link]
Post time 14-9-2021 08:12 AM | Show all posts |Read mode
ICM RichWorks himpun 300 jutawan

https://www.kosmo.com.my/2021/09 ... himpun-300-jutawan/

Oleh MOHD RIDZAUDDIN ROSLAN
14 September 2021, 8:00 am


Dr. Azizan bersama sebahagian lebih 300 usahawan yang menyertai ICM ke-18 secara virtual yang bermula semalam hingga Khamis ini.

PETALING JAYA – Inner Circle Meeting (ICM) RichWorks menjadi medan lebih 300 usahawan jutawan berkampung secara virtual semalam bagi menimba ilmu bermanfaat dan memajukan perniagaan masing-masing.

ICM RichWorks dikendalikan Mentor Usahawan dan Pakar Pemasaran No.1 Asia, Datuk Wira Dr. Azizan Osman itu dianjurkan khusus buat usahawan yang berjaya mencatatkan jualan melebihi RM1 juta setahun menerusi program mentoring, Titanium.

Menurut Dr. Azizan, usahawan terbabit merupakan mereka yang terlibat dalam perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan melibatkan peserta dari dalam dan luar negara.

“Usahawan jutawan di RichWorks merupakan market leaders yang mempunyai pemikiran, keinginan dan hala tuju sama bagi membina perniagaan ke tahap lebih tinggi.

“Mereka merupakan sebahagian besar daripada 700 usahawan yang dibimbing RichWorks dan berjaya mencapai jualan terkumpul berjumlah RM2.2 bilion pada 2020 berbanding RM900 juta pada tahun sebelumnya,” kata beliau.



Dr. Azizan

ICM diadakan sebanyak tiga kali setahun bagi ahli Titanium mendapatkan panduan, strategi, pemahaman dan keadaan masa kini yang diperlukan sesebuah perniagaan untuk terus berkembang.

Dr. Azizan memberitahu, usahawan jutawan terbabit bukan sahaja dibimbing, malah mereka juga dapat membina rangkaian perniagaan antara satu sama lain.

“Saya berkongsi ilmu, strategi dan dapatan berdasarkan kajian terbaharu serta pengalaman bagi meningkatkan sesebuah perniagaan pada tahun 2022.

“Mereka bukan hanya diajar berkaitan teori tetapi meliputi konsep praktikal bagaimana seseorang usahawan jutawan boleh terus berkembang dan menyaksikan peningkatan dalam perniagaan,” jelasnya.

Sementara itu, Dr. Azizan turut mengingatkan semua usahawan jutawan agar tidak berada dalam keadaan selesa susulan peningkatan jualan yang dicapai pada tahun lalu dan tahun ini.

“Ekonomi sekarang sudah mula dibuka dan dijangkakan menjelang Oktober dan November ini akan menjadi lebih agresif. Inilah masanya untuk usahawan merebut peluang dan berniaga secara kompetitif.

“Jangan terlalu cepat selesa dengan landskap perniagaan masa kini kerana ia membuatkan persaingan lebih sengit dan anda kena bergerak pantas supaya tidak ketinggalan berbanding pesaing lain,” jelasnya.

Dalam pada itu, seramai 100 usahawan jutawan akan ditampilkan menerusi program khas, Titan Summit-10X Bina Bisnes Berjaya pada 24 hingga 26 September ini.

“Antara yang akan dikongsikan pada program itu adalah bagaimana 100 usahawan jutawan ini berjaya harungi cabaran bisnes ketika musim pandemik,” katanya.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, orang ramai boleh layari laman web richworks.com/titansummit/kosmo.-K! ONLINE

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2021 12:07 PM | Show all posts
Mana info yg berfaedah bolehla ambil, however i assumed this is not iklan
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2021 10:42 PM | Show all posts
Iyo la tu…
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2021 11:20 AM | Show all posts
adila39 replied at 14-9-2021 04:07 AM
Mana info yg berfaedah bolehla ambil, however i assumed this is not iklan

balik balik pun dalam ramai2 tu meniaga bende yang sama.
kalau tak tudung. kosmetik kalau tak makanan. kalau tak jual Jus gula 1 kilo.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:01 PM GMT+8 , Processed in 0.094794 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list