View: 1314|Reply: 3
|
RM10j untuk baik pulih padang seluruh negara
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Peruntukan penambahbaikan stadium berjumlah RM10 juta yang dimaklumkan sebelum ini bukan hanya membabitkan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) saja namun turut merangkumi beberapa venue utama di seluruh negara.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata kos itu sebenarnya akan digunakan bagi kebanyakan padang stadium yang memerlukan baik pulih atau penambahbaikan di seluruh Malaysia.
"Benar saya ada mengadakan perjumpaan dan berbicara tentang beberapa perkara dengan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim termasuk mengenai untuk memperbaiki padang-padang bola sepak di seluruh negara bukan saja di Bukit Jalil.
"Saya kira ada kemungkinan sembah saya mungkin tidak begitu tepat tetapi perkara yang dibincangkan adalah untuk padang-padang di seluruh negara, bukan hanya satu padang di Stadium Nasional.
"Perkara itu sering diingatkan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim kepada saya, malah selepas perbincangan itu sering diperingatkan kepada saya untuk memberi fokus kepada menaik taraf padang bola sepak di stadium seluruh Malaysia," kata Ahmad Faizal kepada media selepas mengadakan kunjungan ke Majlis Olimpik Malaysia (MOM).
Ahmad Faizal (dua, kiri) mempengerusikan mesyuarat di Wisma Olimpik. FOTO Bernama
Perkara itu dijelaskan Ahmad Faizal bagi menjawab pertanyaan media susulan kenyataan pemilik pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mempersoalkan jumlah kos berkenaan bagi membuat padang baharu di SNBJ.
Terdahulu, TMJ mempersoalkan kos berkenaan sedangkan beliau hanya memerlukan RM1.4 juta untuk membuat padang menggunakan rumput jenis Zoysia di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) yang lengkap dengan sistem perpaipan, tanah dan pelbagai lagi.
Tunku Ismail agak terkejut apabila kos baik pulih padang berkenaan agak tinggi hingga melihat kemungkinan ada pihak yang mengambil keuntungan atas angin.
"Saya berbual dengan Menteri KBS baru-baru ini dan tanya berapa kos saya buat padang. Dia terperanjat apabila saya cerita kos padang kerana dia dapat tawaran buat padang baharu di Bukit Jalil yang sama seperti ini, RM10 juta. Banyak sangat orang nak 'mark up.'
"Saya buat RM1.4 juta sahaja. Saya pakai Zoysia. Kos dia tetap sama... paling mahal pun RM1.5 juta, takkan ada lebih mahal daripada itu. Kenapa jadi sampai RM10 juta?.
"Untuk kos penyelenggaraan pun, (kos) tidak lebih RM300,000 setahun. Kalau ada orang nak selenggara padang perlukan berjuta-juta, itu cerita dongeng.
"Jadi kalau boleh saya nak minta pada kerajaan dan KBS, bajet yang ada jangan diberikan pada kelab tetapi pada Majlis Sukan Negeri (MSN) untuk buat padang. RM1.4 juta untuk 14 negeri, bagi saya tiada apa-apa," kata TMJ menerusi rancangan Bola@Mamak, sebelum ini. - HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ahmad Faizal. FOTO Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
kami percaya tmj |
|
|
|
|
|
|
| |
|