View: 1686|Reply: 1
|
Jangan ambil mudah cabaran England, Mesir - Chong Wei
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Skuad negara tidak harus mengambil mudah kemampuan pasukan England dan Mesir untuk melepasi peringkat kumpulan pada saingan Piala Sudirman 2021 yang berlangsung di Vantaa, Finland, bermula Ahad ini hingga 3 Oktober ini.
Legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei menegaskan kedua-dua negara tersebut khususnya England boleh melakukan kejutan seandainya pasukan negara memandang ringan kemampuan lawan pada saingan kejohanan berpasukan campuran itu.
"Kita sedia maklum Jepun adalah pilihan utama dalam Kumpulan D, maka ia pertemuan sukar untuk skuad negara.
"Jangan ambil mudah cabaran England dan Mesir tetapi apa yang penting... semua pemain tidak harus hilang tumpuan sepanjang kejohanan itu dalam usaha melangkah jauh di Finland nanti," kata bekas pemain nombor satu dunia itu.
Pada edisi dua tahun lalu di Nanning, China, Malaysia tersingkir di suku akhir selepas tewas kepada Jepun 0-3. Jepun muncul naib juara selepas tewas 0-3 kepada China pada final.
Sementara itu, Chong Wei yang mengetuai cabaran negara mencapai keputusan terbaik dengan kedudukan tempat ketiga pada edisi 2009, menyifatkan sasaran layak ke suku akhir yang diletakkan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) adalah realistik.
"Saya percaya Malaysia mempunyai peluang besar untuk mara ke peringkat suku akhir," katanya.
Juara Seluruh England 2021, Lee Zii Jia, 23, akan mengetuai skuad muda negara dalam saingan Piala Sudirman dengan dibantu dua lagi perseorangan lelaki, Ng Tze Yong dan Aidil Sholeh Ali Sadikin, masing-masing berusia 21 tahun.
Cabaran beregu lelaki akan digalas oleh pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020, Aaron Chia-Soh Wooi Yik selain Man Wei Chong dan Tee Kawi Wun.
Pemenang pingat emas Sukan Sea Filipina 2019, S Kisona, akan menjadi tunjang bahagian perseorangan wanita dan akan dibantu pemain muda, K Letshanaa dan Woon Qi Xuan.
Pasangan Pearly Tan dan M Thinaah akan membawa cabaran beregu wanita bersama-sama gandingan Yap Ling-Teoh Mei Xing manakala beregu campuran dibarisi Hoo Pang Ron-Yee See dan Chen Tan Jie-Peck Yen Wei.
Malaysia akan membuka kempen dalam Kumpulan D dengan menentang England, Isnin ini, diikuti Mesir pada hari berikut sebelum melengkapkan saingan peringkat kumpulan berdepan Jepun, Khamis depan. - HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Beregu utama negara, Aaron Chia (kanan) Wooi Yik jadi sandaran pasukan. FOTO AFP |
|
|
|
|
|
|
| |
|