tengkorakputih This user has been deleted
|
Kasih..
Hadir dikau dalam hidupku
Tanpaku sedar niat sucimu
Kehadiranmu tidak ditunggu
Apatah lagi yang dirindu
Walau niatmu hanya kau yang tahu
Walau seketika perkenalan kita
Keakraban kian terasa
Namunku sedar siapa empunya
Walaupun tidak pernah kubertanya
Aku mengerti status yang ada
Sementara perkenalan kian berbunga
Tanpaku sedar menjelma ia
Kita hanya mampu bersama
Tanpa pasti apakah akhirnya
Hubungan cinta kita
Kita bertemu dan bercinta
Walau payah kujalani jua
Pahit getir sentiasa bersama
Kau umpama penawar duka
Aku redha ketentuan-Nya
Yang pasti..
Kini..
Kulabuhkan sandaran ini buat selamanya..
Missza
Universiti Kebangsaan Malaysia.
1230 am 02102006 |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|