CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 112900|Reply: 1282

poligami - kisah saya pula

 Close [Copy link]
Post time 20-3-2007 12:25 PM | Show all posts |Read mode
Pengenalan
saya baca2, blom ada yg meyerupai kisah saya.
tujuan posting bukan hendak minta nasihat, sekadar nak kongsi satu lagi kisah, buat pedoman dan renungan.

Bertemunya dua hati
Cerita 6 tahun lepas, hubby (masa tu belum lagilah) ada advertising company, jadi masa tu abang saya nak promoting sesuatu. Saya baru habis belalajar, sementara nak kerja betul2, kerja dulu dengan abang. Pendekkan cerita, saya jumpa masa itulah. Saya 24, dia 43. Memang sah2 saya tahu dia sudah berkeluarga kerana ada gambar dalam ofis dia.

Perkenalan dengan ibubapa saya
Selepas 6 bulan keluar, dia putuskan nak jumpa ibubapa saya. Saya bawa ke rumah, tapi sblm tu memang dah cerita. Semua family memang tak setuju. Tapi saya pujuk, jumpa dulu. Jumpa pertama kali, memang dingin sangat2. Memang tak berjalan lancar. Abang memang marah, dia kata menyesal ambil company tu masa tu. Kami tak putus asa. Jumpa lagi dan lagi dan lagi. Apa saja saya buat saya cerita pada family. Saya nak tunjukkan saya tidak membelakangkan keluarga.

Entah macamana, nak dijadikan cerita, mungkin Allah nak memudahkan jodoh kami, anak jiran lari kawin ke Siam sebab parents tak approve dia nak kawin dengan seorang duda. Masa tu ibu saya macam takut saya buat perkara yang sama. Dan masa tu juga hubungan kami dah berlanjutan sampai setahun.

Akhir, saya berjaya pujuk family saya.

Bapa dia
Ibunya dah tak ada, so dia bawak saya jumpa bapa dan makcik pakciknya sahaja. Tak ada masalah sebelah sana.

Bermula episod perang
Lepas tu, kami mula berbincang, kahwin secara rahsia atau berterus terang. Konon2 nak bertimbang rasa, kami putuskan untuk kahwin terang terangan.

Suami beri tahu isterinya (mereka ada 4 anak, isterinya surirumah sepenuh masa).
Tak payah nak cerita panjang, sah2 memang tak bagi, perang besar, isteri angkut anak2 balik kampung. Umur isteri masa tu 40 tahun. Suami pergi pujuk isteri pertama kat kampung. Bla bla bla, berlanjutan benda2 lari balik kampung selama 3 bulan.

Datang serang
Mungkin isteri pertama terfikir, kalau dia bercerai pun memang susah, sebab dia surirumah, tak ada kelulusan, anak 4 orang pulak tu. Jadi dia putuskan untuk main kasar dengan saya. Dia dtg ke ofis saya (ofis abg saya sebab saya tak jadi nak kerja tempat lain) mengamuk-ngamuk. Saya biarkan saja. Sebab saya belum kawin dengan suami dia, so apapun saya tak ada hak nak buat atau cakap. Rasanya 2 kali dia datang ofis, sekali dia mengamuk kat tepi jalan, masa tu saya baru keluar lunch dengan suami dia.

Nikah
Isteri (atas nasihat kawan2 dia) pergi pejabat agama dan mengadu. Suami dipanggil ke pejabat agama juga. TIADA KES.

5 bulan lepas tu, dia izinkan (lepas pujuk dan nasihat oleh saudara mara) dengan meletakkan pelbagai syarat. Antaranya, dua2 rumah mereka ditukarkan ke atas nama dia. Dan meningkatkan elaun bulanannya. Saya cakap pada suami, berikan saja.

Kami nikah. Dah nak masuk 4 tahun. Ada sorang baby, nak masuk 15 bulan sekarang ni.

Lepas kawin
Sementara rumah yg dibeli suami untuk saya siap, saya menumpang di apartment mereka (yg selama ni kosong), diaorg duduk rumah lain. Apartment tu di beli utk investment saja. Isteri pertama mengamuk tak bagi. Saya kata, oklah kalau tak bagi, saya akan minta abang cari condo utk saya menyewa. Dia calculate, kalau saya minta sewa kat condo, lagi byk bayaran bulanannya, hehe. Jadi dia izinkan (dia tak tahu kami dah beli rumah lain dan menunggu rumah itu untuk siap).

Pertama kali jejak kaki ke rumah isteri pertama
Bukan nak memburukkan. Masuk saja rumah, saya rasa macam tak masuk rumah. kain baju anak2 merata2. Dekat tangga rumah bergantungan. Saya tanya suami, kenapa tak berikan maid. Dia kata isteri tak mau. Tapi saya fikir pulak, kakak saya hsewife anak 6, tapi rumah bersih dan teratur. Tak ada maid jugak.

Tapi saya nak bersangka baik, saya anggap mungkin jadi macam tu lepas suami dia decide nak kawin dengan saya. Lepas2 tu, saya ada borak dengan adik beradik suami, saya cerita pada mereka, saya dah pergi rumah 'J' (isteri pertama), diaorg sneyum2, saya tanya kenapa? Diaorg kata, dah nampak dgn matakepalalah yer. Baru saya tau, isteri pertama memang dari dulu tidak pandai berkemas dan tidak kisah tentang penampilan diri.

Bila gaduh
Isteri pertama ni, suka betul datang rumah jerit2 kat carpark. Saya tak salahkan dia, dia tak belajar tinggi, mungkin pemikiran dia berbeza.

Saya dah tak larat nak main mengalah, so saya pun mula pasang taktik.

Anak demam
Ini taktik isteri pertama, bila suami dia bersama saya, giliran saya, slalu call kata anak demam.
kalau ada madu2 yang kena macam ni, ikut apa yang saya buat, hehe

Masuk kali keempat dia guna alasan anak demam. Saya kata pada suami saya nak ikut suami balik sana. kalau betul anak dia demam, saya sanggup balik naik cab. Sampai sana, mengamuklah J tengok saya ikut, saya kata, bawa anak ke klinik. J kata tak perlu, sebab semua ubat dah ada. Saya insist bawak klinik, suami bawak, tak ada temperature pun, huh nampak sangat menipu. Jadi saya bawaklah suami saya balik. Lepas tu, dia tak berani guna alasan tu lagi.

Taktik saya
Sebab isteri pertama tak mahu berlembut jugak, saya jadi bosan.
masa mengandung, saya berhenti kerja dengan abg saya. Saya minta suami kerja di syarikat dia pulak. Mula2 ingat nak jadi sekretari jer, tapi sayang pada kelulusan yang ada, saya buat marketing. Isteri pertama dapat tau, dia mengamuk lagi. Lantak ler.

Sekarang saya pegang akaun suami, tapi suami letak syarat, kalau saya bagi kurang pada isteri pertama, dia akan ambil balik semua akaun dia. So far, saya tak pernah bagi kurang pada J, malah kalau dia nak beli apa tambahan, saya bagi jer. Ni dia belum tau, kalau dia tau, sah mengamuk lagi.

Nak berhenti kerja
Saya nak berhenti kerja sekarang ni. Isteri pertama dapat tau, itu pun dia ngamuk jugak. Hahaha, takut sangat belanja dia kurang kalau saya berhenti kerja. Saya call dia, saya cakap saya nak ambil maid, dan nak suggest kami kongsi maid tu. Sebelah siang di rumah saya, jaga anak saya. Petang kami hantar maid ke rumah dia, buat kerja2 rumah dan bersihkan rumah dia yang berselerak. Dia tak mau. Tapi saya dah tanya suami, suami kata, bagus juga rancangan ni. Tunggu jelah nanti.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-3-2007 12:26 PM | Show all posts
sebentar, nak rehat, penat menaip
Reply

Use magic Report

lyda_f This user has been deleted
Post time 20-3-2007 12:35 PM | Show all posts

Reply #1 doreen's post

cop cop..nak tanya..masa dia kawin dgn first wife dia dulu ada tak dia bg tahu kat wife dia tu aper kekurangan derang..i mean tak kemas umah ler..penampilan diri ler..aper2 jelah..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2007 12:36 PM | Show all posts
well.....i memang kagum dengan u...sbb u tau ..u da amik laki org n u bole bertolak ansur dgn 1st wife..walaupun  1st wife tu x suker kat u....u mmg tabah...u go girl...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2007 12:37 PM | Show all posts
nape isteri pertama tu asyik ngamuk je keje nye?

u nk berenti keje pn nk ngamuk... aduussss!!! parah2....

sian i tgk u ni, tp nmpknye u berjaya tangani semua masalah tu dgn bijaksana!!

tahniah!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2007 12:39 PM | Show all posts
Originally posted by lyda_f at 20-3-2007 12:35 PM
cop cop..nak tanya..masa dia kawin dgn first wife dia dulu ada tak dia bg tahu kat wife dia tu aper kekurangan derang..i mean tak kemas umah ler..penampilan diri ler..aper2 jelah..



tak faham,maksud awak, sebelum diaorg kawin, suami tanya dia, dia pandai berkemas atau tidak? itu ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-3-2007 12:42 PM | Show all posts
Originally posted by ayang77 at 20-3-2007 12:36 PM
well.....i memang kagum dengan u...sbb u tau ..u da amik laki org n u bole bertolak ansur dgn 1st wife..walaupun  1st wife tu x suker kat u....u mmg tabah...u go girl...



saya bukan nak dia suka pada saya pun.
saya pun tahu susah utk dia suka pada saya, tapi henti2lah nak ngamuk2.
Reply

Use magic Report

lyda_f This user has been deleted
Post time 20-3-2007 12:42 PM | Show all posts

Reply #6 doreen's post

bukan camtu..pernah tak laki u tegur kat si J ni pasal tak kemas rumah lah..tak jaga penampilan diri lah..camtu ler kiranya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-3-2007 12:43 PM | Show all posts
Originally posted by petite_adry at 20-3-2007 12:37 PM
nape isteri pertama tu asyik ngamuk je keje nye?

u nk berenti keje pn nk ngamuk... aduussss!!! parah2....

sian i tgk u ni, tp nmpknye u berjaya tangani semua masalah tu dgn bijaksana!!

t ...



oh pasal berhenti kerja tu, dia takut, perbelanjaan suami akan bertambah, yelah mesti nak kena tambah elaun pada saya sebab saya dah tak kerja.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2007 12:46 PM | Show all posts
Originally posted by lyda_f at 20-3-2007 12:42 PM
bukan camtu..pernah tak laki u tegur kat si J ni pasal tak kemas rumah lah..tak jaga penampilan diri lah..camtu ler kiranya..



pernah, dan dia tak harapkan isteri dia buat sebab tu dia nak bagi maid pada isterinya dulu. Takkan tak paham2 kalau suami suarakan nak ambil maid, maknanya suami nak rumah tu kemas. Tapi saya dengar cerita, mak dia (mak mertua suami) pernah tegur depan2 adik suami, pasal dia tak berkemas dan tak pandai jaga diri, tu yang suami kawin lain.
Reply

Use magic Report

lyda_f This user has been deleted
Post time 20-3-2007 12:51 PM | Show all posts

Reply #10 doreen's post

ok..itu jerlah aku nak tanya pun..
tapi aku pun ada citer camni jugak..but i will not compare dgn u coz benda ni is about my father and mother and aku respect giler kat bapa aku coz he very2 understanding about my mom situation..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2007 12:52 PM | Show all posts
kalau situasi mcm ni..boleh diterima kalau suami cari lain..mintalah dijauhkan dari diriku..amin..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2007 12:55 PM | Show all posts
bab ni aku no komen lah...kalau aku d tmpat 1 st wife pun hmmm....x tau nk kata...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2007 12:56 PM | Show all posts
bila aku baca citer ko nie kan..takkan ler semua yg buruk jer isteri pertama tu..takde ker yg best2 pasal dia?
Reply

Use magic Report

lyda_f This user has been deleted
Post time 20-3-2007 12:57 PM | Show all posts

Reply #14 midori88's post

best ler soalan kau ni..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2007 01:00 PM | Show all posts
well satu pengajaran yg cukup baik...

moga2 cabaran yg doreen hadapi ini tidak menjadi sia-sia.... dan teruslah bersemangat....

jgn patah semangat ya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-3-2007 01:02 PM | Show all posts
midori, tu baru satu dua keburukan, lagi, hmm, dia ni dulu memang slimlah, tak kurus, sedap2 badan, sekarang ni, hmm, tak tahu nak cakap.

bila cakap ngan aku pun aku boleh bau badan dia. Pastu dia slalu pakai baju yang memang tak sesuai utk dia.

Aku ni, punyalah ajak dia join pergi aerobik. Dah pulak dia kata aku nak menghabiskan duit suami. Macam masa raya tahun lepas, aku ajak dia pergi tailor sama2, dia buat bodoh sombong. Cemana aku nak ajar dia perbaiki diri kalau dia sendiri tak mau.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2007 01:03 PM | Show all posts
Originally posted by doreen at 20-3-2007 12:43 PM



oh pasal berhenti kerja tu, dia takut, perbelanjaan suami akan bertambah, yelah mesti nak kena tambah elaun pada saya sebab saya dah tak kerja.




ooo.... mcm tu, br saye phm... hehehe

tp nape awak nk berenti keje sbnrnya? nk jaga anak kecik tu ke? or nk cr keje lain?
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2007 01:03 PM | Show all posts
err........
Reply

Use magic Report

lyda_f This user has been deleted
Post time 20-3-2007 01:03 PM | Show all posts

Reply #17 doreen's post

sabo jelah..kau pun dah buat yang terbaik..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 47606 Replies : 6
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 47191 Replies : 2
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38406 Replies : 25
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39220 Replies : 41
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 41746 Replies : 360
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 49996 Replies : 147
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 276078 Replies : 8051
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 64352 Replies : 376
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 145506 Replies : 2458
Amukan Ablasa di Twitter : Peminat bengang Aina Abdul corot di tangga 41
ashilalatAmukan Ablasa di Twitter : Peminat benga
Views : 36180 Replies : 220

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 07:55 AM GMT+8 , Processed in 0.157570 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list