|
Oleh ibnuhasyim
"DATUK A. Samad Said, seorang Sasterawan Negara yang tidak mahu lagi guna gelaran itu, kini mengambil sikap ‘tidak akan menerima sebarang jemputan ceramah atau program berkaitan Kompenan Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu (Komsas)’ kecuali atas nama peribadi. Penentangan ini terpaksa dilakukan ‘…demi masa depan generasi sastera dan dunia kreatif di negara ini yang kelihatan semakin terpinggir.’
Difahamkan, baru-baru ini Kementerian Pelajaran telah mengumumkan untuk menukarkan teks sastera sekolah dengan novel-novel remaja popular seperti karya Ahadiat Akashah, Zaid Akhtar dan Sharifah Abu Salem. Antara alasan yang dikemukakan ialah sebahagian teks yang sedia ada ‘terlalu berat dan tidak sesuai’ di peringkat pelajar sekolah menengah. Sebaliknya karya-karya popular yang banyak beredar di pasaran tempatan hari ini dapat mengurangkan ‘tekanan dan kebosanan’ pelajar.
Beliau yang lebih 4 dekat bergelumang dengan dunia kreatif menyebutkan, pengarang mesti berani mempertahankan hak mereka… Seorang pengarang tidak hanya tahu menulis, tetapi juga berani bersuara tentang masa depan bangsa dan negara, samada melalui karya kreatif atau sebaliknya. Beliau meluahkan perkara tersebut di majlis bacaan puisi dan naskhah Kata Suara di Galeri RA Kuala Lumpur baru-baru ini.
Beliau seolah-olah memberi amaran, pemilihan ‘karya-karya picisan’ sebagai sesuatu yang cukup berbahaya kepada pembentukan generasi baru. Contohnya, seperti penggunaan bahasa Melayu ‘bersifat rojak’ (diselang seli bahasa Inggeris) dan bahasa pasar. Begitu juga mengenai ‘mesej remaja’ dalam karya-karya tersebut boleh membawa kepada impak negatif.
Ada yang menyebutkan beliau cuma ‘merajuk’ saja. Tetapi pada saya tidak. Apabila beliau mula melihat mesej remaja yang boleh membawa kepada kesan-kesan negative, maknanya beliau mula memperluaskan perjuangannya kepada membela kebenaran dan menentang kemungkaran. Bererti beliau akan menolak dasar negatif dan mungkar seperti yang dibawa oleh Kementerian Pendidikan dan kerajaan BN hari ini.
Bolehkah jadi begitu? Kalau kepada Prof Shahnon Ahmad boleh, kenapa kepada orang lain tidak. Akhirnya A.Samad Said menutup majlis tersebut dengan bacaan puisi ‘Suara Dari Dinding Madrasah’ yang mengangkat tema mengenai isu sekolah-sekolah agama di negara ini.
Wabillahi taufik wal hidayah, assalamu ‘alaikum! |
|
|
|
|
|
|
|
honestly memnag buhsan blajar sastera..
tp nak blajar kenelah mende berat... kl senang blajar aper namanyer |
|
|
|
|
|
|
|
novel Ahadiat Akashah & Sharifah Abu Salem utk kajian sastera???
makin hanyut la bebudak sekolahhhh...cintaaaaaa manjangggggg |
|
|
|
|
|
|
|
memang dah tak betul diaorang ni |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 True-X's post
tapi ini bukan sebarang sastera
ini dia cite pasal sastera berilmu, berilmu tu pulak dari pelbagai segi, ada yang dibuat dalam bentuk sejarah, dalam bentuk agama, dan especially dalam bentuk bertatabahasa yang baik. Dengan kata lain, sastera berat ni penting untuk memartabatkan bidang seni penulisan, sebab kalau setakat novel cam ahadiat akashah tu, aku pun boleh jadi penulis novel, angan angan sikit je dah jadi. Kataku dengan riak.
Aku juga tak setuju kalau novel mengarut alaf 21 dijadikan teks buku sekolah. Kalau macam ni lah, sampai bila bila pun bidang seni tulisan dan bacaan kita tak akan kemana-mana. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau nak ikut bosan tak bosan student, lepas ni matematik tambahan bolehlah dikurangkan subjeknya
sejarah bolehlah belajar takat sejarah tempat masing-masing je
english pun setakat yes no jer
agama pun setakat ambik wudhu dan baca doa makan je.
matematik biasa bolehla takat tambah tolak je.
kalau nak ikut kebosanan pelajar-pelajar kat malaysia ni, senang je nak bagi dorang rajin dan tak bosan, ajar ilmu merempit atau ilmu korek mengorek (pinjam istilah kak senah ekeke) |
|
|
|
|
|
|
|
dulu masa keje kat fast food store area bukit bintang..ari jumaat, dia leh lepak lagi minum kopi time solat jumaat... wallahualam.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Vvenus at 25-1-2008 07:29 PM
novel Ahadiat Akashah & Sharifah Abu Salem utk kajian sastera???
makin hanyut la bebudak sekolahhhh...cintaaaaaa manjangggggg
Ha ah kalau novel tu aku kira dah tak de sastera dah...cite cinta je namanya.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 myrih's post
jgn le novel2 cenggitu nk jd rujukan kajian sstera..bg aku xada value pun |
|
|
|
|
|
|
|
tak faham aku bahasa dia walaupun aku melayu |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aseela at 25-1-2008 07:43 PM
dulu masa keje kat fast food store area bukit bintang..ari jumaat, dia leh lepak lagi minum kopi time solat jumaat... wallahualam..
Ha Ha Ha
Memang byk kali aku dgr dia nie
kantoi bila hari Jumaat
tapi aku tak berani nak kata
wallahualam
|
|
|
|
|
|
|
|
motif thread ni berada kat gossip? |
|
|
|
|
|
|
|
salah seorang idola yang aku kagumi..... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by cambaik at 25-1-2008 09:45 PM
Ha Ha Ha
Memang byk kali aku dgr dia nie
kantoi bila hari Jumaat
tapi aku tak berani nak kata
wallahualam
faham2 sendiri la. lagipun karya dia pun tak begitu melambangkan dia ni dekat pada Nya. |
|
|
|
|
|
|
|
Tok Samad Said ni selalu nampak dia and son berjalan 2 orang kat LRT Bangsar.
Anak dia cam rupe dia...ngan rambut panjang ala2 orang seni gitu |
|
|
|
|
|
|
|
sapa yg cdgkan ni??
toloooonnnnnggggg la...
mentri pelajaran ke???:@ :@ :@ :@ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #17 pinkzara's post
yg cadangkan ni pun xada value punye org:@ :@
sengaja nak merendahkan mutu sastera negara |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by pluto at 25-1-2008 09:38 PM
tak faham aku bahasa dia walaupun aku melayu
hehehe....ini comment paling honest ma! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #15 mistgreen's post
anak dia nama helmi samad... skang suami kpd daliza dohat, anak sedara shahidan kasim.
daliza nih anak tunggal & de saham kat bernas nun...
so si helmi mmg tangkap baik punya!
sakng helmi nih rambut dah pendek dah |
|
|
|
|
|
|
| |
|