NOKIA sekali lagi dengan bangganya mengumumkan telefon bimbitmewah model 8800 Sapphire Arte, yang membawa ciri rekaan semula jadiserta disudahkan dengan mutu seni pertukangan berkualiti.Dibina daripada material berkualiti tinggi, ia memaparkan pengunaan material berteraskan kulit dan batu nilam.
Lebih menarik butang pilihan model telefon tersebut memperlihatkan pengunaan batu nilam sebagai material binaan.Bahagian panel telefon tersebut pula diperbuat daripada kulit premium yang hanya boleh didapati dari bahagian timur India.Dalam pada itu, model tersebut turut disaluti dengan beberapalapisan nipis yang bertindak melindungi permukaan telefon daripadakesan calar.
Dari segi warna pula, ia hadir dengan gabungan warna coklatkemewahan yang dipadankan dengan tona warna kopi sekali gusmelambangkan keyakinan serta pilihan sofistikated dalam rangkaianproduk bergaya mewah.Namun, bagi Model 8800 Arte pula ia hadir dengan warna hitam bergaya.
'Arte' yang membawa maksud seni itu diperlihatkan pada rekaan tersebut menerusi kehadiran kerlipan cahaya pada skrin paparan.Hanya dengan dua sentuhan perlahan pada skrin paparan, waktu ataumasa akan tertera menerangi skrin sementara diserikan lagi denganhiasan unik wallpapernya.
RekaanDari segi kesan bunyi, model Nokia 8800Sapphire Arte dilengkapi dengan runut bunyi eksklusif yang diselaraskanoleh penerbit terkemuka Kruder & Dorfmeister selain hadir denganrekaan visual grafik terkenal oleh Fritz Fitzke.Dari sudut prestasi, ia hadir dengan kemudahan 3G dan kamera auto fokus bersaiz 3.2 mega piksel.
Selain itu, model tersebut melihatkan kehadiran memori bersaiz 1GB yang dibina khas untuk menyimpan segala data pengguna.Bagi kemudahan sambungan pula, telefon ini turut dilengkapiteknologi EDGE, kemudahan wayarles Bluetooth serta sambungan mikro USB.Kini telefon bimbit tersebut sudah boleh didapati di pasaran tempatan dengan harga runcit RM5,990.
Maklumat dan spesifikasi lengkap boleh didapati dengan melayari laman web www.nokia.com/press/Nokia8800Arte.
|